2 - Keras kepala

Romance Series 12467

Terkelip-kelip matanya cuba untuk dibuka akibat dari cahaya lampu yang menyilaukan mata.

"Lya..." Kedengaran suara Salimah di tepi katil memanggilnya.

"Yes, mama?" Sahut Lya selepas matanya berjaya dibuka dan kini wajah Salimah jelas di matanya.

"Syukur alhamdulillah, Lya dah sedar. Lya demam ni. Lya kena rehat." Nada Salimah bertukar risau.

Lya tidak menjawab sebaliknya dia hanya menghembuskan nafas perlahan. Badannya terasa sungguh lesu. Namun, tiba-tiba dia teringat akan sesuatu! "Macam mana Lya boleh dekat hospital ni? Seingat Lya, Lya pening lepastu jatuh."

"Kawan lelaki Lya hantar Lya ke hospital dia cakap Lya pengsan dan demam." Jawab Salimah.

"Habis tu, macam mana mama tahu?" Soal Lya lagi.

"Mama tahu lepas kawan Lya call mama, mama ingatkan Lya yang call mama sebab dia guna telefon Lya." Jawab Salimah lagi. Lya ni memang jenis banyak tanya orangnya.

"Oh..." Lya cuba menghadam satu-satu penjelasan Salimah. "Apa nama lelaki tu?" Dia tak dengar sangat nama Heriqh semasa Heriqh beritahu lagi satu, dia ni memang jenis pelupa. Yang dia ingat macam Riq, Riq, gitu je.

"Aik, takkan kawan sendiri pun Lya tak ingat nama?" Salimah mulai pelik.

"Entah. Tak ingat." Jawab Lya lagi. Dia malas nak terangkan perkara yang sebenar pada Salimah.

"Lya ni pelik-pelik jelah. Nama dia Heriqh Sufian tak silap mama tadi masa dia beritahu." Balas Salimah.

"Oh." Lya hanya menganggukkan kepala tanda faham.

"Mama tak tahu pula Lya ada kawan lelaki selain Ezzan. Handsome pula tu. Kawan ke boyfriend?" Usik Salimah. Setahunya Lya hanya ada seorang kawan lelaki iaitu Ezzan.

"Ehh, takde makna lah nak berboyfriend bagai! Kami baru je kenal. Lya jumpa dia dekat..." Lya cuba mencari ayat untuk menjawab pertanyaan Salimah. "Entah tak ingat, Lya pun dah lupa." Malas nak cerita panjang-panjang dia buat tak ingat jelah. Lagipun, ini akan jadi kali pertama dan terakhir dia berjumpa dengan Heriqh.

"Baik orangnya. Siap tolong bayarkan bil hospital lagi!" Bersungguh-sungguh Salimah memuji Heriqh.

"Oh ya ke? Baguslah kalau macam tu." Ikutkan hatinya dia nak saja cari Heriqh untuk bayar balik bil hospital tapi kalau difikirkan balik... ada juga untung dia. Tak perlulah dia nak keluarkan duit untuk bayar bil hospital. Dah orang nak tolong bagi jelah.

"Aduh!" Lya kembali memejamkan mata apabila merasakan sakit kepalanya menyerang semula.

"Lya sakit kepala ke? Lya rehat lah dulu ya." Pesan Salimah.

"ASSALAMUALAIKUM." Ezzan melangkah masuk ke dalam wad bersama di tangannya menjinjing beg plastik yang berisi buah.

"Waalaikumussalam." Lya menyambut salam dari Ezzan bersama senyuman manis. Gembiranya dia tatkala kawan baiknya datang melawat. Hakikatnya, Ezzan sahaja kawan baik yang dia ada.

"Ni I ada bawa buah untuk you. Mana aunty?"

"Mama dah balik dah dengan Su tadi." Jawab Lya masih dengan senyumannya.

Ezzan turut tersenyum. Lya masih nampak cantik walaupun mukanya dalam keadaan pucat. Tambahan lagi dengan rambut ikal mayang Lya dilepaskan. "You dah okey dah?" Soal Ezzan lagi.

"Okay kalau you hari-hari datang jumpa I."

"Kenapa? You rindu I ke?" Usik Ezzan. Mereka dah selalu bergurau begitu.

"Haah. Dah lama you tak teman I shopping." Adu Lya. Muncung sedepanya dikeluarkan. Sementelah kawan baiknya itu sibuk memanjang baru-baru ini.

Ezzan ketawa kecil melihat muncung Lya. "I janji lepas you dah sihat I teman you shopping." Balas Ezzan cuba memujuk Lya. Kadang Ezzan atau Suraya yang selalu teman dia shopping.

"Tolong potong buah tu untuk I." Pinta Lya dengan mata yang dikelip-kelipkan.

Ezzan ketawa melihat gelagat Lya. Lya ni memang dari dulu manja dengannya. "Nah." Usai buah dipotong jari Ezzan menyuapkan buah ke dalam mulut Lya.

"Thank you. Ermm, sedap!"

"WHAT THE HELL!" Buntang mata Lya apabila telefon pintarnya tiba-tiba sahaja berdering dan nama 'Heriqh' tertera di atas skrin. "Bila masa aku save nombor mamat handsome ni?" Lya mendengus geram.

"Ke mamat ni yang save kan nombor telefon dia dalam telefon aku?" Pantas tangan Lya mematikan panggilan sekaligus mematikan telefon pintarnya. Senang!

"Why Lya?" Ezzan yang baru sahaja keluar dari tandas terus menyoal Lya selepas terdengar bunyi Lya menjerit sebentar tadi.

"Nothing." Jawab Lya pendek bersama senyuman.

"Ezzan..." Nada suara Lya mulai bertukar manja dan matanya dikelip-kelipkan.

"You nak apa ni?" Ezzan ketawa kecil melihat gelagat Lya. Tahu sangat dia akan sikap Lya bila menginginkan sesuatu.

"You teman I shopping sebelum balik rumah, boleh?"

"What? You demam Lya!" Tegas Ezzan.

"No! I dah sembuh sikit. I kalau sakit bukannya lama mana pun. Boleh lah... please!" Lya mula merayu.

"Tak boleh! You kena balik rumah. You kena rehat." Tegas Ezzan lagi.

"Kalau macam tu I tak nak balik. You sendiri dah janji kan yang you nak teman I shopping lepas I dah sihat. You jangan mungkir janji..." Muncung sedepanya dikeluarkan tanda protes.

"You belum sihat sepenuhnya, my dear." Ezzan cuba memujuk Lya.

"Keluar." Tiba-tiba sahaja Lya menghalau Ezzan.

"I yang hantar you balik kan? Cepat lah, mari!" Ezzan tahu Lya takkan mengalah dengan sikap Lya yang keras kepala.

"I boleh balik sendiri." Berubah ketat wajah Lya.

Ezzan yang melihat perubahan pada wajah Lya hanya mampu mengeluh panjang. Lya dengan sikap keras kepalanya itu memang tak dapat dipisahkan!

"Okay, fine! I teman you shopping." Ezzan mengalah.

Bersinar-sinar mata Lya selepas mendengar balasan daripada Ezzan. "Yeay! Thank you!" Wajah Lya kini berubah teruja.

Ezzan hanya tersenyum dan menggeleng kepala perlahan. 'Lya, Lya kenapa lah you ni comel sangat?'

"APA yang you nak beli ni sebenarnya?" Soal Ezzan yang mulai penat berjalan walaupun sudah dua tiga kedai mereka masuk tapi hampa. Lya masih belum membeli apa-apa.

"I..." Lya menghentikan langkahnya seraya memusingkan badannya ke kanan menghadap Ezzan.

"What?" Ezzan menanti jawapan dari Lya.

"I lapar. I belum makan lagi. Jom makan!" Ajak Lya. Dia tiada mood untuk beli belah dengan perut yang kelaparan.

"Kenapa tak cakap awal-awal tadi? Jom, I tahu kedai makan yang sedap." Balas Ezzan.

"Lya Sarah right?" Tegur Heriqh yang tiba-tiba sahaja muncul.

Lya mulai bengang. 'Ada pula mamat handsome ni dekat sini!'

"You dah sihat ke?" Soal Heriqh terkejut kerana dia rasa macam baru dua hari lepas Lya demam dan pengsan.

"Lya... you kenal ke siapa ni? Kawan you?" Soal Ezzan pula pelik. Yang dia tahu hanya dia sahaja kawan Lya.

"Tak. Dia bukan kawan I tapi dia pernah tumpangkan I pergi kerja masa kereta I rosak hari tu." Terang Lya pada Ezzan dan terlupa menjawab soalan Heriqh.

"Oh... I see." Ezzan menganggukkan kepala tanda faham.

"Lya? You dah sihat ke?" Heriqh mengulangi soalannya pada Lya.

"Haah, I dah sihat. Err... kami pergi dulu." Balas Lya seraya menarik tangan Ezzan pergi dari situ. Malas dia nak berlama-lama dengan Heriqh.

Heriqh memusingkan badannya ke belakang melihat Lya dan Ezzan yang sudah pun pergi. 'Siapa lelaki tu? Boyfriend dia ke?'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience