22 - Memori

Romance Series 12467

"Aya! Heriqh! Masuk! Hujan ni!" Laung Halina pada Heriqh dan Suraya yang sedang main hujan di luar. Kepalanya digelengkan beberapa kali melihat perangai kebudak-budakan Heriqh dan Suraya walaupun telah dewasa.

Suka benar dia orang main air hujan jika balik kampung. Pantang hujan turun, laju kaki berlari keluar!

Suraya pandang Heriqh. Dilihatnya Heriqh telah basah kuyup begitu juga dengan dirinya. Renungannya menghantar isyarat.

Seperti faham dengan isyarat mata Suraya, Heriqh bersuara. "Alaaa, nek. Air hujan dekat bandar tak best! Dekat kampung best. Nenek bagilah kami 'can' sekejap eh? Sekejap je. Nanti kami masuk mandi." Muka kesian ditayangkan.

Tak boleh tengok muka kesian mahu tak mahu Heriqh, Halina bersetuju. "Yelah, jangan lama-lama. Ingat sikit, kau orang dua bukan budak-budak lagi. Seorang bujang. Seorang anak dara. Tak manis kalau dilihat orang. Lagi-lagi kalau berdua-duaan. Ingat..."

"Syaitan yang ketiga!" jawab Heriqh dan Suraya serentak. Mereka berdua ketawa. Seronok dapat mengenakan Halina. Selalu sangat Halina menasihati mereka, siap dah boleh hafal!

"Tahu pun!" Halina berpaling melangkah untuk pergi. Ingin menyambung kerjanya yang tergendala di dapur.

"Bestnya!" Suraya melompat-lompat gembira. Dah lama hujan lebat tak turun di kampung itu dan mereka beruntung 'hari main hujan' telah tiba!

"Kan?" Heriqh mendepakan tangannya sambil kepala mendongak ke atas, bersama mata yang terpejam. Menikmati satu-persatu air hujan yang menitik turun.

Suraya berdiri kaku di tempatnya. Dia tatap Heriqh lama. Heriqh anggapnya sebagai seorang adik dan dia harus lepaskan Heriqh keluar dari hatinya untuk hubungan mereka yang seakan adik-beradik itu. Walaupun hakikatnya dia ingin lebih dari itu.

Seperti sedar dirinya diperhatikan, Heriqh toleh ke arah Suraya dan mengangkat kedua keningnya tanda menyoal.

"Tak ada apa." Suraya geleng kepala. Takkan dia nak mengaku perasaannya pada Heriqh tiba-tiba? Tak ke kejung anak bujang orang berdiri di tengah-tengah hujan ni.

"Jom lumba nak? Siapa kalah kena buat apa yang disuruh. Contohnya, kalau abang Riqh menang, Aya kena buat apa yang abang Riqh suruh." Tak payah bagi contoh, memang fakta Heriqh yang akan menang. Sengaja lah tu nak kenakan Suraya!

"Tapi..." Belum sempat Suraya membalas, Heriqh terlebih dahulu berlari meninggalkannya. Dan Suraya? Mana dia nak kalah walaupun dia tahu yang dia tak akan menang.

Suraya gembira! Adakalanya dia di hadapan dan kadangkala Heriqh pula di hadapan. Mereka berdua bergelak ketawa! Suraya jeling Heriqh yang telah berhenti di tepinya. "Kan abang Riqh dah cakap abang Riqh yang..." Segala omelan Heriqh tidak masuk ditelinganya. Ralit matanya menatap wajah Heriqh, lelaki yang dia sayang. 'Aya gembira sangat abang. Aya bersyukur Aya masih boleh dekat dengan abang. Berlari macam ni dengan abang. Senyum dan gelak sama-sama. Sekurang-kurangnya, Aya dapat simpan kenangan kita bersama walaupun Aya tak dapat simpan perasaan pada abang Riqh. Abang Riqh adalah satu memori yang tak akan Aya dapat padamkan dari ingatan. Aya rela lepaskan abang Riqh dari hati.'

"Abang Riqh ni handsome sangat ke sampai Aya tenung macam tu? Aya dah jatuh hati dekat abang Riqh eh?" Muka mengejek ditayangkan.

"Huh! Perasan!" balas Suraya pula dan segera melangkah masuk ke dalam rumah. 'Haah, memang Aya dah jatuh hati dekat abang Riqh pun. Sejak dulu lagi dan perasaan ni tak pernah berubah.'

"Ehh! Aya tunggu!"

"AWAK ni Lya kan? Lya Sarah?" soal Dina cuba memastikan.

"Ya, tapi awak siapa?" soal Lya pula. Tidak mengerti. Entah dari mana wanita dihadapannya ini mendapat nombor telefonnya dan meminta untuk berjumpa. Kononnya nak bincang pasal Ezzan. Tapi tak tahu pasal apa. Yelah, risau juga dia kalau ada apa-apa yang terjadi pada kawan baiknya itu.

"Saya Dina Sofea. Isteri Ezzan yang sah." jawab Dina membuatkan lidah Lya terkelu untuk menyoal lagi.

"Isteri? Ezzan dah kahwin ke?" soal Lya lagi, terkejut, tergamam dan tersentak.

"Haah, kami nikah masa di kampung. Kami buat majlis kecil-kecil je." jawab Dina lagi acuh tak acuh.

"Serius lah? Kenapa saya tak tahu pun?" Lya masih belum habis dengan terkejutnya. Ezzan kahwin tak bagitahu dia? Sampai hati! Kata kawan baik.

"Why should you know? Awak keluar dengan suami saya senyap-senyap, lepastu, messages ber-dear- dear bagai. Habis tu, saya ni siapa? Saya..."

"Wait, wait!" Lya memotong percakapan Dina. Rasanya dia dah boleh agak apa yang ingin dikatakan oleh Dina. Sebelum dirinya dituduh sesuka hati, baik dia jelaskan isu salah faham ini. "Saya dengan Ezzan kawan. Kami kawan baik. Saya tak tahu Ezzan dah kahwin, sebab Ezzan pun tak ada beritahu saya apa-apa dan yang awak cakap, saya keluar dengan Ezzan senyap-senyap tu, masa tu saya tak tahu Ezzan dah kahwin, dah ada isteri dan saya memang selalu keluar dengan Ezzan sebelum awak kahwin dengan dia. Lagi satu, pasal ber-dear-dear bagai tu, dear tu adalah panggilan yang Ezzan beri pada saya. Haah, kami memang sekadar kawan sahaja dan tak lebih dari itu. Kami kawan baik dan rapat. Jangan risau, saya hanya sukakan Ezzan sebagai kawan. Harap salah faham ni dah selesailah." Panjang lebar Lya menjelaskan. Dia malas nak bergaduh sesama kaum. Lagi-lagi kalau melibatkan 'hal lelaki'. Macam tak ada maruah. Tapi dia juga tak salahkan Dina kerana Dina berada di posisi 'tidak tahu perkara sebenar'.

"Oh ya ka?" Dina malu sendiri. Dia dah salah faham. Maksudnya, sekarang ini yang salah bukan Lya, tapi Ezzan, suaminya sendiri. 'Kenapa anje sanggup buat Fea macam ni.' Hatinya merintih.

"Fea?" Ezzan menghampiri Dina bersama senyuman.

"Ez?" Lya berpaling ke belakang kemudian kembali memandang wajah Dina. Ternyata wajah mereka semua menunjukkan reaksi yang sama. Keliru. Bingung.

TANGANNYA naik memulas tombol pintu dan melangkah setapak. "ARR!" Baru sahaja mendongakkan kepala, Suraya terkejut. Tercemar mata sucinya! Langsung badannya dipusingkan ke belakang bersama kedua tapak tangannya yang naik menutup sepasang mata. "Apa abang Riqh ni? Abang Riqh tak kunci pintu ke? Tak malu eh?" Marah Suraya bercampur geram. Sudahlah dengan posisi mereka yang agak dekat. Mahu sesak nafas dia!

"Aya yang salah! Lain kali ketuk pintu. Ke Aya sengaja nak masuk sini?" Ada nada mengejek di hujung ayatnya.

"Eii! Tak adanya!" balas Suraya dan segera melangkah keluar dari bilik air.

"Kenapa terjerit-jerit ni?" Halina menghampiri Suraya dan Heriqh.

"Abang Riqh ni..."

"Aya tu! Dia tiba-tiba masuk bilik air, masa Riqh tengah mandi. Sengaja lah tu." Heriqh berpura-pura marah. Perkataan 'sengaja' ditekan.

Suraya terkejut! Sangat terkejut. Suka hati je Heriqh nak buat cerita dan tuduh dia. "Mana ada! Aya nak masuk mandi, Aya buka lah pintu, lepastu, tiba-tiba Abang Riqh ada dekat depan Aya. Bukan salah Aya. Abang Riqh ni yang tak kunci pintu!" Terang Suraya bersungguh-sungguh pada Halina.

"Macam-macam lah kau orang dua ni. Aya pergi masuk mandi. Heriqh pergi pakai baju. Lain kali mandi tu kunci pintu. Nak tayang body dekat siapa? Berdosa tau!" Bebel Halina. Macam dia tak kenal cucunya sendiri.

"Bukan salah Heriqh lah! Bukan salah Aya juga! Salah pintu tu! Aya baru nak masuk, Heriqh pula baru nak keluar. Pintu tu yang tak bagitahu kami. Tulah, lain kali nenek buat pintu yang boleh nampak orang di luar. Supaya lain kali, kalau Aya nak masuk ke apa, Heriqh boleh bagitahu dia." Bantah Heriqh pula. Sengaja. Tak nak kalah.

"Hish, budak ni!" Tangan Halina sudah naik ingin mencubit mulut Heriqh yang lancang mengeluarkan kata, namun Heriqh lebih pantas berlari dari situ dan Halina juga tidak ketinggalan untuk mengejar.

Suraya yang belum masuk ke dalam bilik air hanya ketawa melihat gelagat Heriqh dan Halina.

"ANJE marah Fea ke?" soal Dina pada Ezzan. Sejak mereka keluar dari kafe dan masuk ke dalam kereta, reaksi wajah Ezzan masih sama. Tegang. Sekarang ni, siapa yang patut marah siapa?

Ezzan hanya mengerling sekilas ke arah Dina. Kuat tangan kirinya mencengkam stereng kereta. Tadi, dia baru sahaja habis berbincang dengan salah seorang pekerja bengkelnya di kafe dan dia ternampak Dina sedang duduk di sofa belakang yang lebih tertutup. Ezzan pelik. Dia tak tahu pun yang Dina keluar sebab Dina tak ada beritahunya. Selalunya, kalau Dina nak keluar ke apa, mesti laju sahaja pesanan masuk di telefonnya. Tapi ni tak. Sudahlah keluar berjumpa dengan Lya pula tu!

"Siapa yang patut marah siapa sekarang ni? Anje yang salah. Kenapa anje tak bagitahu Lya yang anje dah kahwin? Kenapa anje masih layan Lya macam dulu? Sedangkan anje dah kahwin dengan Fea. Fea bukan nak control anje ke apa, tapi anje kena lah pandai letakkan batas sebagai kawan. Lagi-lagi kalau anje dah ada isteri. Sudahlah ber-dear-dear pula tu." Perlahan sahaja nada Dina memujuk Ezzan. Cuma ayat dihujung tu dia terlepas kata.

"Fea check telefon anje?" Ezzan berhentikan kereta. Badannya dipusingkan ke arah Dina. Tangannya diletakkan ke atas stereng kereta. Tajam matanya menikam wajah Dina. Menanti jawapan.

"Fe..." Tergagap-gagap dia ingin menjawab.

"Fea apa?!" Suara Ezzan naik seoktaf. Lagaknya ketika ini seperti ingin menelan Dina hidup-hidup.

"Mestilah Fea check telefon anje. Anje tipu Fea! Anje cakap ada emergency dekat bengkel, tapi rupanya anje keluar dengan Lya." jawab Dina. Dia tunggu masa je nak keluarkan apa yang dia pendam!

"Fea stalk anje ke?" Dadanya mula berombak kencang. Geram dia dengan sikap Dina tika ini!

"Fea nampak dekat mall hari tu. Fea percayakan anje. Tapi apa anje buat? Anje tipu Fea! Fea tunggu-tunggu lah anje nak beritahu hal sebenar, tapi sampai sekarang ni Fea tak tahu apa-apa. Sebab tulah Fea kena cari tahu sendiri. Pasal Fea check telefon anje pula sebab Fea nak cari tahu siapa Lya. Kenapa anje jumpa dia? And guess what? Anje ber-dear-dear dengan Lya. How dare you, anje?" Lirih suara Dina.

Ezzan tidak menjawab. Dia kembali memusingkan badan ke hadapan dan meneruskan perjalanan.

Alhamdulillah, done update! Happy reading >< Selamat Berpuasa semua(:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience