8

Crime Series 1214

Cally mengesot mendekati paip air sebelum menanggalkan pakaiannya. Air paip dipasang perlahan dibiarkan membasahi tubuhnya. Darah merah mengalir dipandangnya lesu. Kepala Billy yang dihadapkan keluar dipandangnya sayu.

Setelah setengah jam berada di bawah air , Cally mengesot keluar tanpa seurat benang mencari pakaian bersih. Almari kecil dibuka sebelum sepasang pakaian lelaki diambil dan dipakainya perlahan.

Sebaik selesai Cally merangkak ke arah pintu bilik. Setibanya di tengah bilik , Robert tiba - tiba masuk dengan sehelai plastik sampah.

" To tolong. " Pinta Cally lemah.

" Nak apa lagi ? " Soal Robert rimas.

" Peti kecemasan dan selimut. " Kata Cally.

Robert membisu menuju ke tandas dan membawa pergi kepala Billy. Cally diam terkedu tak berdaya. Hanya air matanya mengalir deras menghantar pemergian Billy .

Sebaik Robert keluar , Cally segera mengesot menghampiri tilam lusuh di pinggir bilik dan berbaring lemah dengan separuh badan di lantai.

Robert masuk kembali dengan barangan yang dipintanya memaksa Cally kembali bangun. Barangan yang dibawa dihempas ke tilam sebelum pintu ditutup kasar.

Lambat - lambat Cally kembali mengesot bersandar ke dinding untuk merawat luka di kakinya. Nafasnya yang tidak teratur cuba dikawal sebaiknya.

Tiba - tiba lelaki bertopeng melangkah masuk segera dengan beberapa helai kertas ditangannya.

" Tanda tangan perjanjian antara kita." Kata lelaki bertopeng senang.

" Janji apa ? Selepas saya minta tolong boleh ? " Soal Cally takut.

" Tak boleh. Hanya selepas ada hitam putih antara kita. " Kata lelaki bertopeng tegas.

" Janji apa ? " Soal Cally lemah.

" Kau akan ikut semua arahan aku dan aku akan jaga kau seadanyalah. " Kata lelaki bertopeng sambil memandang Cally dalam.

" Ooo okey. " Kata Cally tanpa berfikir.

" Tolong apa ? " Soal lelaki bertopeng masih tenang.

" Saya nak jumpa doktor boleh ? " Soal Cally separa mamai.

" Tandatangan dulu. " Kata lelaki bertopeng serius.

" Haa ? " Soal Cally bingung.

" Memandangkan kau dah setuju." Kata lelaki bertopeng sebelum segera menarik tangan kanan Cally.

Ibu jari Cally ditenyeh pada cop jari sebelum dicop pada surat perjanjian yang dibawanya tadi. Cally mengerang kesakitan sebaik kakinya tersentak mengejut akibat perbuatan lelaki bertopeng.

Lelaki bertopeng perlahan - lahan menyelak selimut yang menutupi separuh tubuh Cally.

" Bila kau cedera ? " Soal lelaki bertopeng kasar.

" Tadi. " Jawab Cally kuyu.

" Baring." Arah lelaki bertopeng garang.

Lambat - lambat Cally menurut. Seluar yang dipakai Cally dipotong separas paha sebelum lukanya dirawat. Sekeping serpihan kaca dikeluarkan dari lutut Cally.

" Sakit ? " Soal lelaki bertopeng sambil menekan lembut luka Cally.

Qalisya mengangguk lemah.

" Kau pernah kena tembak ? " Soal lelaki bertopeng tiba - tiba.

" Tak. " Kata Cally lemah.

Matanya terpejam menahan sakit dengan peluh bercucuran di dahi.

" Tiga tahun lepas aku ditembak. Disiang hidup - hidup." Kata lelaki bertopeng muram.

Jaket hitam yang sentiasa dipakainya ditanggalkan.

" Tengok ini. Ini parut tembakan. Dan. " Kata lelaki bertopeng sambil menunjukkan lengannya sebelum menanggalkan bajunya.

" Ini parut pisau." Tambahnya sebelum meletakkan tangan Cally pada parut di dadanya.

" Kenapa kau cerita semua ini ? Siapa kau sebenarnya ? Dan kenapa kau buat semua ini? " Soal Cally lebih tenang.

" Sengaja. Kau boleh panggil aku Kay. Biar masa jelaskan semuanya pada kau nanti. " Kata lelaki bertopeng sambil menyelesaikan kerjanya.

" Kau sebenarnya baik ke jahat ? Kenapa bunuh Billy ? " Soal Cally sebelum bangkit bersandar ke dinding.

" Nanti kau nilai sendiri. Billy ? Sebab dia itu pengkhianat. Kau tahu kenapa dia baik dengan kau ? Sebab dia nak korek rahsia kau. Aku suruh dia berkawan dan jaga kau sementara bukan suruh angau dengan kau. Dia jual semua maklumat kau yang dia dapat pada aku. Kau percaya 4x4 yang dia bawa selalu itu ayah sedara dia punya ? Kau silap besar. Itu hasil dia jual maklumat kau dan beberapa perempuan lain pada aku dan beberapa orang mafia lagilah. Kayakan dia ? Dan kunci rumah kau. Aku tak tahu berapa banyak kali dia ceroboh rumah kau. " Terang Kay.

" Maknanya barang - barang aku teralih semua kerja dialah ? Kurang ajar punya abang angkat. Aku beri kepercayaan tapi dia balas dusta. " Kata Cally kecewa.

" Mungkinlah. Abang angkat ? Lah bercinta dalam diam rupanya. Patut kau peduli sangat pada dia. Apa - apa sahajalah. Tapi aku belum bunuh dia lagi. Tadi sengaja aku suruh mereka buat patung lilin kepala Billy untuk sakat kau. " Kata Kay sinis.

" Aaa apa ? Kau pun sama ? " Soal Qalisya terkejut.

Kay bangkit meninggalkan Cally terpinga - pinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience