9

Crime Series 1214

Cally merebahkan badannya sebelum melelapkan matanya.

~ Selang beberapa jam ~

Cally tersedar dari lenanya dalam kegelapan ruangan bilik. Kepalanya dipalingkan ke kiri dan ke kanan gelisah. Rambut panjangnya diramas kusut cuba menenangkan gelora hatinya. Namun gagal.

Cally menjerit nyaring sambil menangis teresak - esak. Memori lampaunya terimbas secara tak sengaja. Berbelas tahun dia cuba membina kekuatan sekukuh tembok China namun tetap roboh dengan traumanya.

Kay yang kebetulan berada berdekatan dengan bilik Cally segera masuk dan menyalakan lampu.

Sebaik melihat Cally yang dalam keadaan serba tidak kena , Kay segera mengunci pintu dan berlari mendekatinya. Tubuh Cally digoncangkan bagi menyedarkannya sebelum longlai terlentok di dadanya.

Billy yang masih mamai terkejut mendengar teriakan Cally. Kedua tangan dan kakinya diikat kemas sementara mulutnya ditutup rapi. Hanya matanya membulat menandakan gelodak emosinya yang memberontak ingin membebaskan diri.

" Cally ? Cally? Awak kenapa? " Soal Kay risau.

" Pa. Ma. Lily . Takut. Pa. Ma. " Gumam Cally satu demi satu.

Sebak sahaja suaranya seakan ada satu bebanan berat di pundaknya.

" Dah - dah aku ada. Jangan risau. Jangan sedih. " Kata Kay sambil mengurut belakang dada Cally.

" Pa. " Gumam Cally lagi.

" Syhhh. " Balas Kay lembut.

Cally hanya diam kembali terlena. Perlahan - lahan Kay meletakkan kepala Cally kembali ke tilam sebelum Cally menarik hujung lengan bajunya.

" Ma. " Panggil Cally lagi.

" Aku tak tahu apa yang kau dah hadap tapi aku cukup benci perkataan yang keluar dari mulut kau. " Kata Kay sebelum menepis tangan Cally dan meninggalkannya sendirian.

Cally terus terlena sementara Billy dibelasah tanpa ehsan oleh Kay. Sudah dipesan kepada Cally agar tidak membuat onar jika mahu Billy selamat. Tapi Cally tetap melawan.

Selang beberapa jam , Kay menggoncang tubuh Cally untuk menyedarkannya.

" Heh , bangunlah. Bangun. " Paksa Kay.

Cally tersentak tersedar dari lenanya bangun tergesa - gesa dan terhantuk perlahan pada dinding.

" Aku dah pesan jangan buat apa yang aku tak suka kalau nak Billy selamat. Sekarang tengoklah apa yang kau dah buat. " Marah Kay sebelum menyerahkan telefonnya.

" Maksudnya ? " Soal Cally bingung.

" Tengoklah." Kata Kay serius.

Cally segera membuka rakaman video dalam telefon Kay sebelum meraung.

" Kenapa kau buat dia begitu ? Aku tak buat apa - apa pun. " Soal Cally lirih sebaik melihat sahabat baiknya dipukul tanpa ehsan.

" Kau seru siapa tadi ? Kau panggil siapa ? Kau panggil orang yang paling aku benci. Itu kau kata tiada apa - apa ? " Tengking Kay hilang sabar.

Cally terkedu sebelum Kay merangkak mendekatinya.

" Kau nak buat apa ? " Soal Cally cemas.

Kay membisu sebelum memanjat ke atas tubuh Cally. Cally terjerit - jerit sebaik lutut Kay menindih lututnya yang terluka.

" Aaa sakit. Ampun ampun sakit." Rayu Cally teresak - esak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience