" Mana satu motor awak ?" Soal Billy .
" Kenapa ? " Soal Cally pelik.
" Saya bawa 4x4 pak cik saya jadi saya hantar balik teruslah. Rupa macam itu nak bawa motor ? Tak payahlah. " Terang Billy ikhlas.
Cally diam.
" Cally ? " Panggil Billy prihatin.
Cally memandang wajah Billy sebelum menunjuk ke arah sebuah skuter hitam. Billy mengangguk sebelum menghubungi seseorang. Kunci motor Cally bertukar tangan.
Selang beberapa minit beberapa orang lelaki datang membantu Billy menaikkan motor ke atas kereta ayah sedaranya sementara Cally dipaksa berehat di dalam.
Segala urusan diselesaikan oleh Billy lancar. Cally hanya menurut serba - salah.
" Besok awak nak masuk kerja juga ke ? Ambillah cuti. Saya boleh ganti awak. Esok sepatutnya saya cuti tapi saya rasa bosan pula. Kita tukar ya ? Saya ganti awak ? " Soal Billy memecah kesunyian.
" Tak perlulah. Luka saya bukan teruk pun. Menyusahkan awak sahaja. " Kata Cally serba - salah.
" Tak ada susahnyalah. Saya yang nak bukan awak minta pun. " Kata Billy lembut.
" Tak mengapalah saya boleh. " Kata Cally masih berkeras.
" Baiklah. Betulkan simpang ini ? " Soal Billy kembali fokus pada pemanduannya.
" Ya betullah. Rumah yang hujung sekali. " Kata Cally serba salah.
Takut sebenarnya untuk dia mendedahkan kedudukan rumahnya.
" Awak tak takut ke duduk di sini ? Macam terbiar sahaja kawasan ini. Dah lama ke rumah - rumah ini tidak berpenghuni? Awak tak rasa bahaya ke ? Nanti ambil nombor telefon saya. Apa - apa boleh telefon saya. Bila - bila masa sahaja. " Kata Billy risau.
" Saya memang ada rasa nak pindah tapi sayang ini rumah peninggalan mak ayah saya. Menyusahkan awak sahaja nanti. " Kata Cally segan.
" Susah apanya ? Saya serius nak kenal dan berkawan dengan awak. Lagi pun saya teringin nak ada adik. Saya anak tunggal. Bolehkan awak jadi adik angkat saya ? " Kata Billy serius.
" Haaa ? " Soal Cally terkejut.
" Tak apa. Awak ambil masa untuk fikirkan pelawaan saya ini. Jangan stress. Cepat masuk rumah. Jangan lupa kunci pintu. Bersihkan diri , makan , makan ubat dan tidur ya. Esok jangan masuk kerja. Saya yang masuk. " Kata Billy sambil memakirkan kereta sebelum keluar berlari membukakan pintu dan membantu Cally untuk keluar.
" Kunci ? " Soal Billy.
" Pada kunci motor. " Kata Cally serba - salah.
" Ohh. " Kata Billy sebelum kelam - kabut mencari kunci dan membuka pintu.
" Tombol pintu awak ini macam dah lama tak tukar. Bahayalah. " Tegur Billy prihatin.
" Saya tak pandai tukar. Saya dah ada beli. " Kata Cally segan.
" Ooo, tak apalah. Bagi saya tombol yang baru itu , esok saya minta kawan saya pasangkan. Kalau jenama yang awak beli itu tak berkualiti boleh dia tukarkan dengan jenama lain. Kalau bab kos jangan risau , saya yang tanggung. Lagi pun harga kawan - kawan murah. " Kata Billy serius.
" Macam menyusahkan awak sahaja. " Kata Cally sebelum dibangkang oleh Billy.
" Susah ke senang ke. Saya tak peduli. Pergi ambil tombol itu. Saya tunggu sementara saya nak turunkan motor awak. " Kata Billy tegas sambil mula membuka belakang kereta.
Dalam keterpaksaan , Cally mengambil tombol pintu yang baru dibelinya semalam sebelum menyerahkannya kepada Billy.
" Jenama apa ini ? Macam tak berkualiti sahaja ? " Kata Billy sambil membelek - belek.
" Tak tahulah. Saya tengok macam okey , saya belilah. " Kata Cally sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.
" Apalah awak ini ? Tak apalah ini kunci motor awak. Nanti saya minta kawan saya datang. " Kata Billy sebelum berlalu setengah jalan dan berhenti.
" Lupa ini nombor saya. Apa - apa panggil saya. Saya akan datang. " Kata Billy sebelum menyerahkan kadnya dan berlalu meninggalkan Cally terpinga - pinga.
Share this novel