* * *
" Cally bangun Cally." Panggil Billy risau.
Billy menguis - nguis perlahan kaki Cally yang masih lena tidak sedarkan diri dengan kakinya.
Tiba - tiba dua orang lelaki asing masuk menghampiri Billy membawanya ke bilik lain.
" Apa kau nak hah ? " Soal Billy berang.
" Bos kata jangan ganggu Cally. Biar dia rehat. Bila dia dah sedar baru jumpa balik. " Kata salah seorang dari lelaki tadi sebelum berlalu keluar meninggalkan Billy .
" Ishhh , apa yang mereka buat kepada Cally ya ? " Gumam Billy tertekan sebelum tiba - tiba pewangi automatik menyemburkan harumannya.
Billy terdiam pening sebelum tidak sedarkan diri.
Dua orang lelaki tadi kembali masuk sebelum mematikan pewangi automatik yang mana telah disuntik ubat tidur. Billy dibaringkan di atas sofa dengan ikatan pada tangannya dibuka.
Pintu bilik dikunci dari luar sebelum mereka melaporkan semuanya kepada ketua mereka.
* * *
Seorang lelaki bertubuh sederhana kurus dan tinggi masuk ke bilik yang menempatkan Cally. Topeng putih kosong yang hanya memperlihatkan mata dikemaskan sebelum duduk di sebelah tubuh Cally .
Rambut Cally dikemaskan lelaki tadi dengan jari - jemari kasarnya. Anak rambut Cally dikuaknya ke belakang memperlihatkan rinik - rinik peluh.
" Kau nampak semakin cantik bila lena. Aku tak salah menilai kau. Tapi. " Kata lelaki yang menguak rambut Cally sambil membelai pipi Cally sebelum keluar meninggalkannya.
" Carl buka kipas. Tutup lampu. " Arah lelaki tadi sebaik keluar dari bilik yang menempatkan Cally.
" Baik bos. " Sahut Carl sebelum berlalu naik ke tingkat atas untuk mengambil kipas meja.
" Luwis buka ikatan dia. Cukup rantai kaki dia. Aku tak nak dia cedera. Hanya aku yang boleh sakitkan dia. Bila dia sedar beritahu aku. Dan jangan sekali - kali masuk ke dalam selepas ini. " Pesan lelaki tadi sebelum mula melangkah untuk pergi.
Tiba - tiba lelaki tadi berhenti dan berpaling memandang Luwis.
" Jangan bagi mereka makan. " Kata lelaki tadi sebelum tersenyum sinis di balik topeng.
Langkah kemas diatur lelaki tadi menuju ke pejabatnya.
Share this novel