2

Crime Series 1214

Seminggu sebelumnya...

Cally berjalan sendirian menuju ke arah motornya yang secara tidak sengaja diletakkan jauh dari tempat kerjanya dek kerana tempat parkir penuh. Beg tangannya disarung disebalik baju sejuk yang dipakainya dipeluk erat.

Mata Cally melilau memerhati sekeliling kerana terasa seperti diperhatikan. Kebiasaannya dia tidak akan meletakkan motornya jauh dari tempat kerjanya memandangkan dia seorang yang penakut.Terlalu penakut sehinggakan dia sendiri tidak dapat membezakan perasaannya sendiri atau kenyataan.

Tiba - tiba tong sampah tumbang dihadapannya, Cally segera berlari ke arah motornya sebelum tergelincir dek terpijak kulit pisang. Sampah dan kulit pisang bersepah - sepah dek perbuatan kucing dan anjing terbiar di kawasan berkenaan.

Anjing terbiar menyergut ke arah Cally sebelum kembali menggeledah tong sampah yang ditumbangkannya sebentar tadi. Beberapa ekor anjing keluar dari balik sampah turut mengorek isi kandungan plastik sampah.

Cally perlahan - lahan bangkit sebelum duduk menyapu kotoran di pakaiannya.

Tiba - tiba seorang pekerja lelaki sambilan di tempat kerja Cally datang mendekatinya.

" Hai awak okey?" Sapa lelaki tadi.

Cally hanya mengangguk letih tanpa memandang sementara lelaki tadi memerhati Cally tekun.

" Awak lutut kanan awak luka." Tegur lelaki tadi lembut sebaik melihat Cally leka membelek tapak tangannya yang merah.

" Haa. " Sahut Cally sebelum tergesa - gesa melihat lututnya.

Cally berdecit menahan sakit sebaik sikunya bergesel dengan bajunya. Tepi bibirnya turut pedih dek terhantuk pada tin biskut kosong.

" Jom saya bawa awak ke klinik panel keluarga saya." Kata lelaki tadi ikhlas.

Qalisya memandang lelaki tadi tajam.

" Saya Billy pekerja baru masuk dua hari lepas. Satu tempat kerja dengan awak." Terang lelaki tadi tanpa dipinta.

Cally diam membisu.

" Jangan risau. Saya takkan apa - apakan awak. Jomlah nanti jangkitan pula. Kalau awak tak percaya saya mesej bos beritahu dia keadaan awak. " Kata Billy lurus.

" Tak payahlah. Baiklah saya ikut." Kata Cally paksa rela.

" Okey." Kata Billy sambil tersenyum menghulurkan sapu tangannya.

Cally memandang wajah Billy dengan riak keliru.

" Lap air mata itu. " Tegur Billy mesra.

Cally hanya diam menurut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience