21

Crime Series 1214

Cally melompat ke atas kerusi rodanya sebelum berdecit kesakitan. Lututnya yang belum sembuh terasa nyilu. Televisyen yang sudah hancur berkecai dibiarkannya begitu sahaja.

Kucing berjaya menangkap tikus tadi berjalan ke arah Cally dengan riangnya. Tikus digonggongnya kasar sebelum dibuat main.

" Eeee bawalah jauh sikit. Aku takut. Syuhh syuh. Pergi sana." Pekik Cally geli - geliman.

Kucing hanya memandangnya sepi sebelum menyambung bermain dengan mangsanya.

Tiba - tiba tikus terlepas dan melarikan diri ke arah Cally. Cally melompat turun dari kerusi roda sebelum terpijak kaca dan terjatuh.

Tapak kaki kanan dan tapak tangan kiri Cally tercucuk kaca yang pecah.

" Aaa sakitnya." Rintih Cally.

Kaca dicabutkannya perlahan - lahan. Kay masih sibuk dan belum sempat melihat rakaman kamera litar tertutup.

Rumah kelihatan semakin gelap dek cuaca yang mulai mendung. Cally cuba mengesot menuju ke tandas. Darah yang meleleh dari lukanya mengotori lantai seakan ada tragedi berdarah di situ.

Luka segera dibasuh oleh Cally sebelum mengesot ke arah barang yang dibeli tadi. Peti kecemasan dikeluarkan sebelum dia merawat sendiri lukanya.

Lampu segera dinyalakan sebelum dia terhencot - hencot menutup tingkap. Kaca segera disapunya berhati - hati sebelum plug televisyen dicabut.

Televisyen ditarik Cally ke tepi pintu sebelum dia duduk termengah - mengah.

Selang beberapa minit , Cally bangun menuju ke tandas mengambil mop untuk mencuci darahnya.

Sebaik selesai mencuci Cally duduk berbaring di sofa. Tanpa disedari dia terlena.

~ Beberapa jam kemudian. ~

Kay yang baru selesai menguruskan urusan pejabatnya segera melihat rakaman kamera litar tertutup.

" Cally ! " Pekik Kay berang.

Dada Kay berombak kencang. Kunci keretanya segera diambil sebelum dia meluncur laju ke rumah Cally. Jam sudah menunjukkan angka dua pagi tetap tidak dihiraukan Kay.

Kay segera membuka pintu rumah Cally. Kasar. Berdenting bunyi kunci mangga berlaga dengan pintu rel besi.

Cally tersedar dari lenanya terpisat - pisat memandang ke arah pintu.

" Kay ? " Soal Cally pelik dalam mamainya.

Kay masuk dengan wajah merah di balik topengnya.

" Apa kau buat hah ? " Soal Kay menggila.

" Apa ? " Soal Cally mamai.

" Aku suruh kau kemas dan duduk di sini elok - elok tapi kau jahanamkan harta aku. " Kata Kay berang sambil mencekik leher Cally.

" Ma ma maaf. A aku tak se nga ja." Kata Cally tercungap - cungap. Air matanya mengalir deras.

Kay melepaskan cengkamannya sebelum menempeleng pipi Cally

" Tak sengaja kepala otak kau ! " Kata Kay sambil menarik rambut Cally.

Kulit kepala Cally terasa seperti hendak terkoyak dek perbuatan Kay yang ganas.

" Sa sa sakit. " Rintih Cally. Kedua tangannya memegang tangan Kay untuk mengurangkan rasa sakitnya.

Cally terasa tersangat pening dan letih sebelum tidak sedarkan diri. Kay melepaskan cengkamannya sebelum duduk di sebelah Cally kepenatan.

Tubuh Cally ditarik ke arahnya sebelum dilentokkan ke atas ribanya. Rambut Cally dikemaskan dan diusap lembut.

" Aku sayang sangat kau. Aku nak kau cuma milik aku. Bukan orang lain. Tapi kau suka mencabar kesabaran aku. Aku tak suka. Aku benci. Kau bertindak seperti perempuan tak berguna itu " Kata Kay serak sebelum mencium atas telinga Cally lembut.

Tubuh Cally dipeluknya erat dari belakang. Air mata jantannya gugur beberapa titis sebelum dikesatnya kasar. Tubuh Cally diangkatnya masuk ke bilik sebelum direbahkan di atas katil.

Lampu ruang tamu dan tandas ditutup Kay sebelum tidur di sebelah Cally. Kay terus memeluk tubuh Cally erat dari belakang. Nafasnya kembali tenang di leher Cally.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience