Kay kembali ke rumah Cally dengan perasaan yang lebih tenang.
Cally yang duduk termenung di sofa dipandangnya sekilas sebelum menuju ke dapur.
Kay segera memasak untuk makan tengah hari. Bawang dicuci dan dihirisnya nipis sebelum dia mengeluarkan barang - barang lain.
Cally berbaring tanpa menyedari kehadiran Kay.
Kay terus memasak dengan lincahnya. Sekian lama memasak menjadi hobinya menyebabkan dia lincah di dapur.
Cally terlena kepenatan.
Sejam kemudian , Kay berjaya menyiapkan menu tengah harinya. Daging masak kicap , sayur campur dan air soda herba. Kay segera mendekati Cally dan mengejutnya.
" Cally bangun. Cally. " Kejut Kay.
" Hmmm." Sahut Cally keletihan.
" Bangun makan. Tidur memanjang apa faedahnya ? " Marah Kay.
" Tak nak. " Kata Cally kembali menyambung tidur.
" Hei , kau nak ke tak ke kau kena juga makan sekarang ! " Marah Kay lagi.
Cally tetap mengeraskan badannya. Kay menyentak tubuh Cally agar duduk di hadapannya.
Cally tersentak sebelum memegang dadanya yang sakit. Dia melutut di paha Kay kesakitan. Air matanya merembes sedikit menahan sakit. Sebelah kakinya yang sakit dilunjurkan ke bawah.
" Apa hal ? " Soal Kay berang.
Cally terus membisu menangis.
" Aku tak faham dengan kau ini. Suka sangat menangis. Dengan Billy bukan main lagi kau bercerekarama. Jangan sampai aku guna kekerasan. " Marah Kay.
' Habis selama ini tak guna kekerasan ke ? ' Fikir Cally.
Kay menarik rambut Cally agar duduk memandangnya.
" Apa masalah kau sebenarnya hah ? Kau ingat aku ini nujum ke nak tahu apa masalah kau hah ? Bod*hlah kau ini ! " Tengking Kay berang.
Dada Kay berombak kasar menahan amarahnya yang membara.
Cally terus menangis sambil memegang rambutnya yang perit. Terasa seperti tersiat kulit kepalanya dek perbuatan buas Kay.
" Sa sa kit. "Kata Cally menahan kesakitan.
" Tahu sakit kau ? Habis hati aku ini tak sakit dengan perangai kau ? Lepas satu , satu masalah yang kau buat. Susah sangat ke makan hah ? Aku suruh makan sahaja bukan menari tiang pun. "Kata Kay sambil menguatkan lagi cengkamannya.
" Ma ma af. " Kata Cally terseksa.
" Itu sahaja yang kau boleh cakap ? " Soal Kay geram setelah melepaskan cengkamannya.
Cally tersandar lemah di kepala sofa. Kay terus merengus.
Kay bangun menumbuk dinding berhampiran dengannya.
" Kay. " Panggil Cally lemah.
" Apa lagi ? " Tengking Kay.
" Aa aa ku sakit. " Kata Cally terketar - ketar.
" Cuba kau berterus - terang." Kata Kay sambil memegang bahu Cally dengan tangannya yang berdarah.
Kay duduk betul - betul di hadapan Cally menunggu jawapan yang keluar dari bibir Cally.
Cally menggelengkan kepalanya.
" Aku penat. " Kata Cally letih.
" Aku tanya kau tak nak jawab. Kau nak aku buat apa hah ? " Soal Kay serabut.
Bahu Cally dilepaskan sebelum dia ke dapur mencuci tangannya. Cally terbaring lemah kesakitan.
Kay memegang tepi singki sambil menunduk menahan segala rasa yang memberontak. Kecewa. Tertipu. Marah. Sakit. Semuanya menghentam jiwa Kay.
" Susah sangat ke kau nak faham aku sayang kau ? Aku cinta kau ? Aku cuma nak kau. Itu sahaja. Susah sangat ke nak terima aku ? " Gumam Kay dengan mata yang berkaca.
Share this novel