1

Crime Series 1214

" Penatnya." Sungut Cally yang baru pulang dari kerja sebagai pelayan di kedai makan.

Lampu rumah dihidupkan sebelum pintu dikunci. Nafas dalam dihela Cally. Beg tangannya dicampakkan ke atas tilam sebelum pakaiannya kerjanya ditanggalkan.

Berseluar pendek dan bersinglet adalah kegemaran Cally tatkala pulang ke rumah. Bersendirian tanpa orang tua atau rakan sudah menjadi lumrah dalam hidupnya.

Walaupun penat, tangan Cally tetap sahaja laju melakukan kerjanya. Baju kotor segera dimasukkan ke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci sebelum memanaskan lauk yang dibungkus dari tempat kerjanya.

Cally leka makan sambil membelek telefonnya sebelum seekor kucing hitam masuk melalui tingkap yang pecah.

" Pecah lagi? Aduh. Aku bukan orang kaya nak tukar cermin tingkap setiap masa." Bebel Cally geram.

" Meow." Tegur kucing hitam yang masuk sebentar tadi.

" Ya sayang. Sebentar ya. Nak makan biskut atau makanan basah?" Soal Cally senang sambil mengusap badan kucing tadi.

" Meow. " Sahut kucing tadi.

" Jom. " Kata Cally teruja sebelum mencuci tangannya.

Kedua jenis makanan kucing diisi ke dalam mangkuk kucingnya yang sudah sebulan mati dilanggar. Bangkainya dicampakkan ke depan pintu pagar Cally.

Air matanya mengalir perlahan sambil mengusap lembut kucing yang kelaparan. Cally menunggu sehingga kucing selesai makan sebelum memeluk dan mengucup dahi kucing tersebut lama dek terlalu merindukan kucingnya yang telah mati.

Cally terus memeluk dan mencium kucing tadi menuju ke pintu untuk mengeluarkannya. Tiba - tiba dia terasa pening yang amat sangat.

" Billy tolong." Gumam Cally perlahan sebelum rebah terhempas ke lantai.

Kunci pintu secara tidak sengaja telah dibukanya sewaktu rebah. Cally akhirnya tidak sedarkan diri. Kucing yang berada dalam pelukan Cally melompat melepaskan diri sebelum mengiau di sisi Cally.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience