Kay memakaikan Cally topeng muka.
" Maaf saya lewat Encik Kaysan. " Sapa doktor peribadi Kay sebaik tiba.
" Tak apa. Kekasih saya ini terjatuh atas botol pecah kerana takutkan lipas beberapa hari lepas. Dia tak nak jumpa doktor kerana takut jarum. Tapi sekarang dia sakit sangat pula. Demam. " Kata Kay tenang.
Cally hanya terkebil - kebil mendengar cerita rekaan Kay. Doktor hanya tersenyum menahan tawa.
" Patut pakai topeng muka. Boleh tunjukkan lukanya ? " Soal doktor.
" Boleh - boleh doktor. " Kata Kay sebelum menyelak kain Cally.
" Oh , teruk juga lukanya. Kena jahit ini. Beri saya ruang untuk rawat lukanya. " Kata doktor sebelum mula menyuntik ubat.
Segala kerjanya dilakukan dengan tertib. Kay hanya memerhati di tepi. Sesekali Cally mengaduh kesakitan. Kay hanya mengelus lembut belakang tangan Cally memberikannya semangat.
" Ubat nanti beli di farmasi ya. Saya akan beri deskripsinya. Saya minta diri dulu. " Kata doktor sebelum dihantar Robert ke muka pintu utama.
" Dah selesai ? Mati ke ? Ada organ yang hilang ? " Soal Kay sinis.
Cally menggelengkan kepalanya letih.
" Kau tidur di sini dahulu. Aku nak uruskan beberapa perkara. Bila ada masa terluang aku hantar kau ke rumah baru kau. Tengah hari nanti kita keluar. Beli barang dan bungkus makanan untuk kau. " Kata Kay sebelum keluar.
Cally diam sebelum terlena.
* * *
Dua jam kemudian.
" Kay " Panggil Cally lemah.
Diam tiada sahutan.
" Kay ? " Panggil Cally lagi.
Pintu bilik dibuka dari luar. Robert masuk lambat - lambat.
" Kay keluar. Dah tak payah panggil dia. " Marah Robert.
Cally diam mengangguk sebelum menghantar Robert keluar dengan matanya.
Cally memerhati sekelilingnya. Letih. Perlahan - lahan dia bangun dari pembaringan. Diam duduk terkebil - kebil. Seluruh badannya terasa sengal.
Cally segera duduk di lantai sebelum mengesot menuju ke tandas. Lututnya masih terasa perit.
Cally masuk ke tandas tanpa menutup pintu. Hanya langsir pemisah tandas dan bilik air ditariknya perlahan.
Selesai Cally membuang hajatnya , pintu bilik dibuka sekali lagi dari luar.
" Cally ? " Panggil Kay sebaik melihat Cally tiada di katilnya.
Barang - barang yang dibelinya diletakkan di sisi katil.
" Ya. " Sahut Cally perlahan dan tidak didengari Kay.
Kay menumbuk dinding biliknya.
" Robert arahkan budak kau untuk cari Cally di sekeliling rumah. Aku rasa dia belum jauh. " Pekik Kay lantang.
" Kay. " Panggil Cally lemah sambil berusaha mengesot secepatnya.
Kay tidak mendengari panggilan Cally Segera Cally berbaring di pintu tandas untuk menarik perhatian Kay.
" Kay. " Panggil Cally sambil melambai.
Kay segera berpaling memandang Cally
" Robert berhenti. Aku dah jumpa dia." Pekik Kay lantang sambil mendekati Cally
" Apa yang kau buat ? Kenapa tak menyahut bila aku panggil ? " Soal Kay menahan geram sambil mengcangkung berhampiran Cally.
Rahang Kay bergerak - gerak menahan sabar. Giginya diketap kasar sehingga berbunyi giginya berlaga.
" Aku pergi tandas. Aku menyahut tapi kau tak dengar. Tadi aku panggil Robert kata kau keluar. " Kata Cally lemah sebelum kembali duduk.
" Cally ? " Panggil Kay pelik sebelum masuk ke tandas.
" Aku penat sangatlah. " Rungut Cally perlahan.
Kay segera mengangkat tubuh kecil itu kembali ke katil.
" Tukar pakaian kau. Sebentar lagi aku bawa kau keluar dan pindah ke rumah baru kau. " Terang Kay sebelum keluar menutup pintu.
Cally menarik nafas dalam sebelum berbaring semula. Letih tak terkata yang dirasakannya sekarang.
Lambat - lambat Cally bangun sebelum memeriksa pakaian yang dibeli Kay.
" Jubah? Selendang ? Boleh tahan cantik. " Kata Cally teruja tiba - tiba.
Cally segera menukar pakaiannya sebelum terpandang kerusi roda di tepi kaki katil. Dia terpana sebelum seorang lelaki asing masuk.
" Dah siap ? " Soal lelaki tadi.
" Kay mana ? " Soal Cally sambil tercari - cari kelibat Kay.
" Ini aku Kay. " Kata lelaki tadi.
Cally terlongo terkejut melihat wajah Kay tanpa topeng biasanya. Kay segera menyorong kerusi roda menghampiri Cally sebelum meletakkan Cally di atasnya.
Perlahan Kay mendorong kerusi roda menuju ke luar rumahnya. Cally diam memerhati sekeliling rumah Kay.
" Cantik. " Gumam Cally perlahan sebelum dimasukkan ke dalam kereta.
" Mulai sekarang aku panggil kau Lily. " Kata Kay sebelum mula memandu.
Cally hanya diam menurut.
Share this novel