23

Crime Series 1214

Cally terjaga dari lenanya sebelum mengiring mencari Kay. Tiada. Cally tersenyum gembira dan segera bangkit.

Cally keluar dari bilik segera menuju ke tandas. Dia menggelengkan kepalanya melihat sampah semalam bersepah - sepah di atas meja sebelum masuk ke tandas.

Cally segera mengemas meja makan sebelum kembali ke bilik untuk mencari pakaian ganti. Dia perlu mandi dan menukar balutan lukanya.

Sebaik selesai mandi dan menukar pakaian , Cally segera duduk di tepi tong sampah dapur.

Balutan luka di kakinya dibuka perlahan. Kelihatan tompokan darah merah yang masih basah di sekitar luka Cally.

Balutan lama dicampakkan ke dalam tong sampah sebelum dia menyapu antiseptik dan minyak gamat ke kakinya. Perlahan dia membalut semula kakinya.

Kay yang baru sedar dari lenanya segera mencari Cally di dalam bilik. Sebaik tidak kelihatan dia segera berlari ke tandas mencari Cally . Juga tidak kelihatan.

" Cally ! " Pekik Kay geram.

" Haa ya. " Sahut Cally perlahan dari balik meja makan.

" Berani kau lari ? " Marah Kay lagi.

" Saya dekat sini. " Panggil Cally perlahan sambil bangun perlahan - lahan.

" Kau tunggu aku jumpa kau. Aku potong kaki kau. " Kata Kay lagi.

Cally menggelengkan kepalanya sebelum membaling kotak tisu di atas meja ke arah Kay.

Kay merengus sebelum memandang ke arah Cally . Kedua tangannya digepal geram. Cally melambai tangan ke arah Kay agar mendekatinya sebelum kembali duduk di lantai menyambung kerjanya yang terganggu tadi.

Kay segera mendekati Cally sambil menahan amarahnya.

" Kau pergi mana hah ? Aku panggil kau buat bodoh sahaja. " Tengking Kay.

Cally terhenjut terkejut mendengar tengkingan Kay.

" Saya dekat sinilah. Tak pergi mana pun. Saya menyahut awak tak dengar. Saya balinglah kotak tisu. " Terang Cally takut - takut.

" Kau menipu siap. " Kata Kay memberi amaran.

Cally mengangguk perlahan.

" Kau apa hal duduk di sini ? Dah tak ada tempat lain ? "Soal Kay dengan amarah yang belum reda sepenuhnya.

" Nak tukar balut ini. Dekat dengan tong sampah. "Kata Cally rimas.

" Banyaklah alasan kau. " Marah Kay lagi.

Cally menunduk memandang lantai.

" Memandangkan kau dah pecahkan televisyen aku. Kau kena kahwin dengan aku. Tak ada tolak ansur. " Kata Kay tegas sebelum meninggalkan Cally sendirian.

Cally terkedu. Terasa seakan dia bermimpi di siang hari. Dia menampar pipinya sendiri. Sakit.

" Aku tak bermimpi. Ini realiti. " Gumam Cally sebak.

Air matanya mulai berlinang kembali sebelum akhirnya dia termenung.

Setelah lama masa berlalu dan balutan yang tadinya basah mulai mengering, barulah Cally kembali ke realiti. Balutan segera ditukar. Luka jahitan di lututnya mengecut terkena air.

Cally hanya mengeluh lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience