Putri memakai baju kurung dan bercekak rambut sedondon dengan bajunya. Ungu. Mekap disolekkan tipis di mukanya. Teringat dengan kata ibunya semalam.
"Putri dah ada yang punya ke? Bukan apa, jiran kita dulu, Pak Mahmud berkenan dengan Putri, lagipun anaknya pun kerja bagus. Doktor" kata ibunya menerusi telefon.
."Tak naklah ibu. Putri masih muda" kata Putri
"Muda apanya, Put. Umur nak dekat 24, ibu dulu khawin dengan pak kamu umur macam kamu ni lah" rayu ibunya, Puan Samsiah.
"Tak nak lah ibu. Maaf" kata Putri
Dia menarik nafas dan bertenang. Putri pun merasa pelik. Apa yang menarik kepada dirinya. Sudah lah pendiam, tidak tahu bermasyarakat. Itulah dia.
***********
Putri masuk ke lif dan terus ke tingkat atas. Ya, dia bekerja sebagai PA Datuk Jalal selain daripada memberikan idea-idea untuk design kepada klien. Diam-diam Puteri namun dia seorang yang kreatif. Bak kata Datuk Jalal , idea Putri adalah idea yang tidak akan difikirkan oleh semua orang.
"Ya, nasib ada awak, kalau tak sesat saya. Apatah lagi, kalau dekat hati awak. Lagilah sesat saya. " kata lelaki dan perempuan yang baru sahaja masuk ke lif.
Putri hanya mendengar apa yang dikatakan oleh insan di hadapannya
"Alah, encik ini.. saya ikhlas nak tolong" kata perempuan tersebut.
"Terima kasih tau, tolong saya. Awak ni dah lah cantik, pandai menolong , memang type saya ni" kata lelaki tersebut.
Perempuan tersebut sudah tersipu malu dipuji oleh lelaki itu.
Putri hanya tersenyum simpul melihat mereka berdua.
Putri menuju ke mejanya. Dia harus memaklumkan jadual Datuk Jalal pada hari ini. Buku notanya diambil lalu Putri memanjngkan langkahnya ke bilik Datuk Jalal.
Ketika dalam perjalanan ke sana, Putri ditahan oleh Khaled.
"Hai Putri, cantik awak hari ini. Err, hari ni saya ada bawa bekal. Jom makan sekali nak?" basa-basi Khaled.
"Owh yeke? Bagus lah. Hari ni saya tak bawa bekal. Saya makan luar. Bye" balas Putri berlalu meninggalkan Khaled.
Khaled terkesima dengan jawapan Putri. Diingatnya hari ni dia dapat makan bersama dengan Putri. Namun, jawapan Putri kepadanya sedikit menyinggung perasaan Khaled...
"I like .... semakin kau tak nak kan aku, semakin kuat aku nak kan kau" kata Khaled dalam hati.
********
Putri mengetuk pintu bilik Datuk Jalal. Laungan masuk dari Datuk Jalal kedengaran. Putri masuk ke bilik Datuk.
"Selamat Pagi Datuk. Saya cuma nak ingatkan program Datuk hari ini:
1. Meeting dengan ahli lembaga.
2. Lunch dengan anak Datuk.
Datuk Jalal hanya menganggukkan kepalanya dan berkata
"Putri, hari ni lunch dengan saya ya, Boleh? Saya nak kenalkan Puteri dengan anak saya"
"Baik Datuk" angguk Putri.
Setelah keluar dari bilik Datuk, Puteri kembali ke meja namun dalam perjalanannya ke meja. Puteri mendengar suara ketawa-ketawa dari arah pantry.
"Hahahhahaha. Lawak lah kau ni" kata Nonie.
"Semestinya" kata Farid
Nonie dan Farid melihat Putri hanya berjalan melepasi mereka. Bagaikan ada malaikat lalu apabila Puteri lalu di sana.
"Rid, aku nak cabar kau. Kau sanggup tak?" kata Nonie kepada Farid. Farid merupakan sepupu Nonie.
"Apa Nie, kau tahukan sepupu kau ni pantang dicabar" kata Farid.
"Kau buat budak tadi yang lalu tu jatuh cinta dengan kau. Boleh?" aju Nonie.
"Budak nerd tadi tu. Hurmm. not my taste lah Nie. Taste aku international" kata Farid
"Kalau kau dapat buat dia jatuh cinta, apa yang kau nak aku belikan, apa macam?" kata Nonie.
"Okay, boleh. Kau belikan aku Ps5 yang baru keluar, on tak?" balas Farid.
"Okay boleh" kata Nonie.
"Kijap. aku nak tanya kau. Apasal budak nerd tu yang kau pilih?" tanya Farid
"Khaled syokkan dia, padahal aku nak Khaled" rajuk Nonie
"Khaled?. Owh.. anak kawan ayah aku itu ke? Dia kerja dekat sini?" tanya Farid
"Yelah.. kau apa tahu, dah lama berkelana dekat negara orang. Kau tu kenapa nak balik sini syarikat?" tanya Nonie
"Ayah suruh lah.. Lagipun, syarikat dekat luar negara tu aku suruh sepupu kita urus" terang Farid.
"Yalah. So, your task start now" kata Nonie.
"No prob cousin, dahlah aku nak jumpa ayah dulu, see you later" kata Farid.
Sebelum Farid menuju ke bilik ayahnya. Sempat dia melihat Putri di meja kerjanya.
"Setakat budak nerd tu, senang lah. Demi Ps 5" kata Farid dalam hati.
Farid menuju ke bilik ayahnya.
Share this novel