Bab 13- Dilemma

Romance Series 11689

Putri sudah bersedia. Kak Ayu akan menjadi ketua mereka kali ini. Sememangnya kewibawaan, berkalibernya anak Datuk Jalal yang seorang ini. Selayaknya dia menjadi ketua. Mr Farid diturunkan menjadi penolong. Seakan ketua kelas dan penolong ketua kelas sekiranya mereka berada di kelas sekarang. Dan, guru kelas mereka semestinya Datuk Jalal.

Namun, apa yang membuatkan hati Putri tersinggung tadi apabila Kak Ayu seakan menyindirnya.

"Saya tak nak ambil tahu, awak semua ada kaitan dengan Papa ke, Akmal Farid ke, atau sesiapa sahaja. Dalam syarikat ini, tak ada seorang pun yang terlepas dan boleh mencuri tulang. Termasuklah bakal isteri Akmal Farid" kata Kak Ayu sambil melihat ke arah Putri.

Nonie sudah memegang tangan Putri untuk menguatkan Putri. Putri tahu hari-hari yang mendatang tidak akan senang baginya.

Tiba saatnya makan tengah hari. Kelihatan Kak Ayu, Akmal Farid, Nonie, dan Khaled sudah bersedia untuk makan tengah hari.

"Princess.. Jom makan tengah hari bersama-sama" ajak Farid.

"Wait, who said i'm invite this girl to go lunch? Tak boleh. Dia cuma PA. Bukan ada jawatan besar dalam syarikat ni" sindir Kak Ayu.

Putri tersenyum kelat mendengarkan perkara itu. Ya, betul apa yang dikatakan. Dia seperti belum berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan mereka. Mereka orang-orang hebat. Dia hanyalah PA, pencatat minit mesyuarat dan pengatur jadual.

"But, Kak. She's my fiance. Lagipun.. Kita makan bukan nak bincang hal syarikat kan?" kata Farid tidak puas hati.

"Errr, Mr Farid. It's okay. Lagipun, saya ada bawa bekal. Maafkan saya Cik Ayu" terasa rendah diri sekali Putri.

"Dah. Jom.... " atur langkah Ayu.

Nonie dan Khaled seakan tersepit dalam kejadian ini. Farid pula sudah mendung wajahnya. Mereka bertiga keluar mengikuti langkah kak Ayu.

Melihatkan mereka sudah keluar. Sebenarnya Putri terpaksa menipu, sebenarnya dia tidak membawa bekal. Dia memanjangkan langkahnya ke pantri.

"Uishh.. nasib ada biskut kering." ujar Putri sambil tangannya membuat kopi. Kalau dia keluar, ketara dia menipu. Jadi, adalah lebih baik dia berada di pejabat sahaja.

Setelah habis dia makan biskut kering. Masuk wassap daripada tunangnya.

Abang : Abang tahu Princess tipu tadi kan? Jangan risau , Abang tapaukan ye.

Putri : Terima kasih Abang. Abang jangan lah risau.

Abang : Maaf atas kejadian tadi.

Putri: No need.

Setelah habis membalas wasap tunangnya, dia pergi menunaikan solat Zohor di surau pejabatnya.

Setelah empat puluh minit di surau, Putri keluar dan mulai terdengar suara gelak ketawa Kak Ayu, Farid, Nonie, dan Khaled. Dia tidak mahu menjadi pemusnah kegembiraan mereka. Dia hanya jalan melewati mereka.

Di meja, terdapat bungkusan tapau makanan dan terselitnya nota kecil.

"I'm sorry Princess"

Putri tersenyum lalu memakan tapau yang dibelinya.

Sambil itu, Putri berfikir bagaimana mahu mengambil hati Kak Ayu. Dia juga buntu.

Tiba-tiba masuk panggilan yang tidak diketahui.

"Hello, siapa ni?" soal Putri.

"Ni Putri ke?" soal seseorang.

"Ye, saya. Siapa ni?" soal Putri lagi.

"Ni Julia ni. Boleh kita jumpa tak petang ni?" soal Julia.

"Boleh." kata Putri.

*********Cafe******

"Sorry lambat" kata Putri. Gembira dia berjumpa dengan Julia. Supermodel terkenal. Dulu, dia masih gugup, dan tidak sempat bercerita dengan Julia.

"Tak pe, Putri... Anyway, kita order dulu ye" kata Julia.

Putri kagum melihat Julia. Matang, cantik, lembut tutur kata dan sebagainya.

Setelah mereka habis membuat pesanan. Putri menyoal Julia.

"Errr.. Anyway, Kak Julia. kenapa nak jumpa saya?" soal Putri.

"Hehehehe... Farid tahu tak awak nak jumpa dengan Akak?" soal Julia.

Putri hanya menggelengkan kepalanya dan berkata,

"Dia balik awal tadi. Tak sempat nak bagitahu" jujur Putri.

"Tak pe.. Lagipun Farid yang suruh Akak jumpa awak. " kata Julia.

"Ahhh?? Kenapa? " soal Putri.

"Kak Ayu dah balik Malaysia kan? And, i know how you feel right now, Putri. Akak dulu pun macan tu juga. Susah Kak Ayu nak terima Akak. Farid suruh Akak turunkan ilmu dekat Putri sikit macam mana nak ambil hati Kak Ayu tu" terang Julia.

"Ye kak. Sebenarnya Putri pun buntu macam mana nak ambil hati Kak Ayu" luah Putri.

"First of all, jangan salahkan Kak Ayu kenapa dia boleh macam tu, sebab dari pengalaman, dia tak nak apa yang terjadi dekat dia terjadi dekat Farid. Kedua, Putri sepatutnya beruntung dapat Farid sebab he gonna make sure that orang yang dia sayang tak terluka. Awak beruntung dapat Farid tu Putri. Saya sahaja yang rasa bersalah sangat dekat dia. Tapi, inilah jodoh" terang Julia.

Putri hanya senyum melihat Julia.

"Lagipun, kali pertama Akak jumpa awak. Awak memang sesuai dengan Farid. Jangan risau okay, akak akan cuba bantu awak. Lagipun kan, kita ni dah dikira macam keluarga dah." terang Julia.

Mereka bercerita dan di situ Julia mengajarkan apa yang perlu dilakukan oleh Putri.

Setelah habis berborak, Putri meluahkan perasaannya.

"Akak Julia tak pelah. Akak lagi hebat dari saya, saya ni cuma biasa-biasa je. Kak Ayu pun tak heran dengan saya, Kak" kata Putri

Julia hanya memandang Putri yang dirasakan seperti adiknya.

"You're totally wrong, Putri Darlisa. You have something. Kalau tak, macam mana Abang awak tu boleh tersangkut hati dengan awak. Kalau awak nak tahu, taste Farid tu very international. But, i think when Farid meet you. Mungkin dia nampak sesuatu dalam diri awak. Awak janganlah rendah diri sangat. Tak gitu Farid?" soal Julia.

Putri menoleh ke belakang dan terkejut tunangnya berada di belakang. Farid terus duduk di sebelah Putri.

"She's right. Princess. Jangan rasa rendah diri sangat, okay?" kata Farid, meraih tangan Putri dan mengenggamnya sambil merenung mata Putri dalam-dalam. Dia mahu Putri percaya, dialah suri hati Farid.

"Dahlah tu, korang ni. Jeles pula aku. Ahhh, tu Daniel dah sampai.. Babyy" kata Julia.

"Hai cou, hai Putri..." sapa Daniel.

Mereka bercerita dan Putri kagum dengan Julia dan Farid. Seakan tidak ada pernah terjadi apa-apa di antara mereka. mungkin kematangan mereka.

**** dalam kereta ****

"So, abang semalam telefon Akak Julia lah ye?" soal Putri.

"Ye, betul tu Princess. Dia seorang je yang boleh dikatakan berjaya memikat hati Kak Ayu tu". terang Farid.

Putri hanya mengangguk, mengiakan kata-kata Farid.

"Anyway, are you ready.. 2 minggu lagi kita nak kahwin dah? Jangan asyik fikir pasal Kak Ayu sampai majlis kita pun, awak lupa" kata Farid.

"Tak delah. Kan, tinggal 20% lagi. Anyway, boleh tak Putri nak ambil cuti awal. Nak ready-ready ni" luah Putri.

"Kalau Abang okay je. Tapi, yang meluluskan semua ni... errr.. Kak Ayu. Tapi tak pe. Kita ambil cuti sama-sama ye?" kata Farid.

Dalam hatinya, dia risau akan kakaknya. Namun, nasib dia ada kabel terbesar di syarikat itu... Papanya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience