Bab 11- Kerisauan

Romance Series 11689

Putri terbangun dari tidurnya. Ya, dia mengingati yang bahawa dia tertidur selepas menangis. Inilah dia, lepas menangis terus tertidur. Dia bangun dan melihat tunangnya duduk di hadapannya.

"Princess, are you okay?" soal Farid, risau.

"What happened?" kata Putri. Dia sedar Datuk, Khaled, Nonie masuk ke bilik namun selepas itu dia tertidur.

"Nothing. But, Khaled say sorry to us. That's all" kata Farid.

"Owh... okay, Putri pergi ke kerja dulu" kata Putri, dia tidak mahu dikatakan curi tulang.

"Who said that? dah... Abang nak Putri rehat je. Lepas ni pulang dengan Abang." arah Farid.

"Eee... okay lah. Arahan diterima Mr Farid" Farid yang ketika itu ingin ke mejanya tersenyum dengan keletah Putri.

Telefon bimbit Farid berbunyi , tanda wasap daripada Papanya masuk.

Datuk : Putri dah bangun?
Farid : Dah, Pa.
Datuk : Lupa nak bagitahu kamu, hari ni Kak Ayu balik. Lagipun, perkhawinan kamu dua nak dekat dah kan. So, dalam jam 6 petang, ambil Kak Ayu dekat airport.
Farid : Baik Pa.
Datuk : Jangan lupa ajak Nonie juga. Dia pun nak ambil Kak Ayu kamu.
Farid : Okay Pa.

Farid merengus, dia tidak tahu bagaimana dengan penerimaan kakaknya terhadap semua ini. Paling dia takut, adakah kakaknya akan menerima Putri?

Masuk panggilan daripada Nonie.

"Bro, Putri dah bangun?" soal Nonie.
"Dah. Kenapa ?" soal Farid sambil melihat Putri yang sedang duduk di sofa menonton drama Korea di telefonnya.

"Aku dengan Khaled ni, Jomlah kita makan-makan. Lagipun, kita kan nak ambil Kak Ayu." kata Nonie.

"Hurmm. Nie, aku takut lah" kata Farid sambil matanya melirik ke arah Putri.

"Aku pun takut kalau pasal Kak Ayu ni, takut macam Julia lah juga nanti. Habis kau kena. Tapi, aku paling takut Putri. Better kau cerita dengan dia pasal Kak Ayu supaya dia lebih bersedia" terang Nonie.

"Okay. Dah, jumpa nanti. Share location restoran kau tu. Nanti aku dengan Putri ke sana" kata Farid.

"Okay. Bro" kata Nonie terus menamatkan panggilan.

Farid mendapatkan Putri yang duduk di sofa.

"Princess, actually hari ni Kak Ayu balik" kata Farid.

"Kak Ayu? owh... Kakak Abang kan?.. Wahh.. best nya.." girang Putri.

"Jangan happy sangat Princess, there are something about Kak Ayu that i want to tell you" kata Farid.

******* di kereta ******

"Maksudnya, Kak Ayu pun dulu susah nak terima Julia, macam tu ke ?" soal Putri. Gerun dia mendengar cerita Farid mengenai kakaknya.

Ayu Faridah, kakak kepada Akmal Farid, berumur 35. Belum berkhawin. Membawa diri ke Ireland. Seorang yang garang, tegas, dan hanya katanya sahaja yang betul.

"Abang ingat lagi dulu. Nonie jadi saksi. Kami dua terduduk di depan Kak Ayu, merayu-rayu supaya Kak Ayu terima Julia. Tapi, kan Abang dah tak jadi dengan Julia. Mestilah dia bising lagi. Abang takut Princess jadi mangsa Kak Ayu" kata Farid sambil mengenggam tangan Putri memberi kekuatan.

"Jangan risau Abang. Princess akan cuba sedaya upaya ambil hati Kak Ayu" kata Putri namun hatinya risau mendengarkan sikap Kak Ayu.

*****Restoran *****

Khaled malu dengan Farid dan Putri setelah apa yang terjadi tadi. Ingin sahaja dia menjadi halimunan.

"Khaled, are you okay? Dah lah tu, Putri dengan Farid dah maafkan dah " kata Putri.

Khaled senyum paksa namun dia masih malu apa yang terjadi.

"Anyway, Abang. Tengok Khaled dengan Nonie ni. Muka mereka hampir sama kan? Macam berjodoh pula" seloroh Putri.

"Yelah Princess. Abang pun baru perasan.." kata Farid, menyokong Putri.

Nonie sudah malu manakala Khaled melihat Nonie dari lirikan matanya.

"So, kalau dah macam tu. Why should we give it a try, right Nonie?" kata Khaled.

"Apa???" muka Nonie makin merah.

*****lapangan terbang *****

"Amboi, rancaknya berwasap." usik Farid.

"Tak delah. " balas Nonie.

Farid dan Putri gembira dengan semua ini. Perancangan yang hebat.

"Abang... Princess risau" kata Putri.

"No worry Putri, aku ada. Aku pun takut sebenarnya dengan Kak Ayu tu" kata Nonie memberi sokongan.

"Itu pun Kak Ayu"kata Farid.

Putri melihat gaya jalan Kak Ayu. Yakin, riak wajah yang tidak senyum, dan macam mat salleh dilihat. Kak Ayu mendekati mereka.

"That's my brother.. how are you?" kata Kak Ayu.

"Fine Kak Ayu" kata Farid, jelas kedengaran nada takutnya.

"Tak payah Fine sangat dengan aku. Dah putus tunang, nak Fine-Fine sangat. Tulah kau. Aku dah cakap. Perempuan macam tu. Memang tak guna. Dah banyak kali aku cakap dengan kau. Jangan khawin dengan perempuan tu. Kau nak juga." Ayu bersuara.

Putri dan Nonie sudah kecut perut mendengar suara Kak Ayu. Sangat garang.

Nonie pergi menyelamatkan Farid. Kalau tidak, terjadilah peperangan di lapangan terbang.

"Kak Ayu, apa khabar?" manis Nonie.

"Ahh.. mestilah nak kena ajak Nonie, ye tak Mal. Kau Nonie sama ne dengan si Mal ni, beria-ia nakkan Julia jadi tunang Mal. Tengok Julia ke mana, Mal ke mana" kata Ayu.

Nonie dan Farid masing-masing menundukkan wajahnya. Putri hanya melihat mereka berdua sahaja.

"Ni, siapa perempuan ni?" soal Ayu.

Putri hanya melemparkan senyuman.

"Jangan cakap ni tunang baharu kamu yang Papa cerita. Nampak sangat budaknya lah. Kau ni Farid.. memang tak serik-serik ke apa ?" kata Ayu.

Putri sudah takut dengan Kak Ayu, bakal kakak iparnya.

"Kak, janganlah takutkan dia. Ye, dialah Putri. Tunang Mal" Farid tahu Putri gerun. Dia cuba ingin melindungi Putri.

"Hoi perempuan, kau jangan ingat aku senang-senang nak terima kau ye. Kau tu sama je dengan Julia. Nakkan harta lah tu. Ingat aku tak tahu. Perempuan macam kau ni. Berlambak lah..." kata Ayu.

Nonie pergi ke arah Putri. Dia tahu Putri memerlukan sokongan sekarang.

"Dah, Nonie, kau dengan budak ni pergi naik teksi. Aku nak naik kereta dengan Mal. Lagipun, aku nak privacy.. " kata Ayu meninggalkan mereka berdua.

"Princess, Abang balik dulu. Maaf Princess, malam ni Abang call. Abang janji" kata Mal sambil membuntuti kakaknya.

Nonie menyabarkan Putri.

"Putri, aku harap kau bersabar ye. Kakak dia memang macam tu. Aku pun takut dengan dia" kata Nonie.

"Tak pe Nonie... hubungan mana yang tak dilanda ombak kan?" positif Putri namun dia berasa takut dengan Ayu sebentar tadi.

"Kau kena banyakkan bersabar ye" kata Nonie.

"Macam mana Julia boleh tahan dengan perangai kakak dia?" kata Putri.

"Julia itu selalu kerja, so kurang sikit terserempak dengan kakak dia tu. Tapi, kalau jumpa dengan kakak dia pun. Julia pandai ambil hati. Dia ajak Kak Ayu shopping." terang Nonie.

"Saya rasa rendah diri pula Nonie, tengoklah orang sehebat dan secantik Julia pun kakak dia boleh tolak. Apatah lagi saya ni" luah Putri.

"Dah... jangan risau. Nanti kita fikirkan macam mana nak ambil hati Kak Ayu tu. Dah, jom balik" kata Nonie.

Putri sudah merasakan hari-hari seterusnya akan lebih mencabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience