Kepenatan dia hari ini. Putri hanya tertidur di dalam kereta. Itupun selepas didera secara mental oleh kakak iparnya menyiapkan kerja. Nonie dan Khaled ditegah oleh Kak Ayu daripada membantu Putri.
"Kau jangan ingat kau boleh sambung kerja ni dekat rumah. Lusa aku nak, sebab nak bawa pergi meeting." tegas kakak iparnya.
Khaled sedikit berani membentak ego Kak Ayu.
"Bos. Maaf, tapi kami pun team kreatif. Apasal bagi kerja ni dekat Putri sorang?" Bentak Khaled. Nonie sudah pun menikus di belakang Khaled apabila Kak Ayu menjegilkan matanya kepada Nonie kerana cuba membantu Putri tadi.
"Ehwah.. Budak ni, tahulah dulu kau tu ada hati dekat Putri. Ingat gossip-gossip ni aku tak tahu. Kau Nonie, dah tahu Khaled ni pernah syiok dekat Putri , nak juga kau ye jadikan budak ni sebagai kekasih. Kalau aku, tak nak lah" kata Kak Ayu.
"Masalahnya, saya pun tak nak ambil bos jadi kekasih saya kalau perangai bos macam ni." Balas Khaled.
Nonie hampir terketawa dengan balasan Khaled namun terpaksa ditahan.
Kak Ayu tidak dapat menjawab. Dirasakan perangai Khaled serupa dengan bekas tunangnya, Faiz. Dia hanya membentakkan kakinya keluar dari bilik team kreatif.
"Dah, takpe. Kita orang bantu" kata Khaled
"Pandai baby melawak ye tadi" usik Nonie.
"Wajib lah sayang. Orang macam tu. Dia jarang ketawa. Kenalah melawak sikit dengan Lady Bos kita tu" terang Khaled.
Putri terbangun dari tidurnya apabila dia tersedar Farid memegang tangannya.
"Penat lagi ke Princess? Kalau penat, rehat je." kata Farid, kesian dia melihat isterinya.
"Entahlah Abang, Putri pelik. Sejak kebelakangan ini, asyik penat je Putri rasa" luah Putri.
"Mungkin Putri penat melayan Kak Ayu kutt. Abang minta maaf kalau tak dapat tolong Putri. Sepatutnya..." Farid tidak habis menghabiskan kata-katanya.
"Tak pe Abang. Abang pun kena dera kan dengan Kak Ayu" kata Putri.
"Kesian kita dua ni kan?" Kata Farid.
*********** Hotel *****
"Okay, hari ni aku nak tentukan pasangan bilik" kata Kak Ayu.
"Tapi, kak.... Mal nak" belum sempat Farid menghabiskan katanya... Dipotong oleh kakaknya.
"Habis takkan lah nak suruh Nonie tu tidur dengan Khaled?" Soal Kak Ayu.
Putri bersetuju dengan pemikiran kakak iparnya. Lagipun hanya mereka berdua sahaja lelaki.
Tiga bilik. Bilik pertama- Kak Ayu dan Huda. Bilik kedua-Khaled dan Farid dan bilik ketiga-Nonie dan Putri. Setelah mereka masuk ke bilik masing-masing. Nonie mula meluahkan rasa tidak puas hatinya.
"Pandai betul kakak sepupu aku tu. Bilik mereka sebelah-sebelah. Sekali, bilik kita. Hujung dunia daa." Kata Nonie.
"Biarlah Kak. Asalkan Abang pandai jaga diri" kata Putri sambil mengemaskan pakaiannya di dalam almari.
"Tapi, best juga sebilik dengan Putri. Yayyy!! Boleh lah kita bergila-gila." Kata Nonie sambil meluruh memeluk Putri.
Sementara di bilik Farid dan Khaled.
"Bro? Kenapa? Rindu orang rumah ke?" Soal Khaled. Sejak menjejakkan kaki ke bilik. Farid diam seribu bahasa.
"Aku tak biasa tidur takda dia Led. Dah biasa dah tidur sebelah dia" jujur Farid.
"Hahahahha. Bertabah lah Bro. Nanti kau pinjam lah baju dia, buat peluk malam ni. Jangan kau peluk aku sudah. Nonie belum rasmi lagi. Mengamuk sepupu kau tu nanti" usik Khaled.
"Hahahahaha.... Kita kena kunci pintu Led. Budak Huda tu seram aku, naik meremang dibuatnya. Berani gila tau dia tu" kata Farid.
"Kau jangan cakap. Aku kenal lah budak macam tu. Selagi tak dapat, selagi tu nak. Biarpun dah bersuami. Siapa suruh kau hensem sangat macam Edward Cullen" kata Khaled.
"Nak buat macam mana. Mak orang mat salleh" kata Farid.
"Dahlah, aku nak rehat. Esok, it will be long day" kata Khaled.
Manakala di bilik Huda dan Ayu.
"Huda. Dah ready.? Ingat rancangan kita tau. Jangan gagalkan." pesan Kak Ayu.
"Baik Kak" kata Huda.
Share this novel