Bab 19- Malam yang panjang

Romance Series 11689

"Led. Aku nak ke bilik bini aku ye. Nak ikut cadangan bernas kau tu. Hehehhehe" kata Farid sambil keluar. Dia hanya tersenyum melihat Farid.

Sempat Khaled menghantar pesanan ringkas kepada Nonie.

"Bagi peluang dekat mereka sayang. Kesian suami isteri berjauhan" itulah yang dihantar kepada Nonie.

"Dah, Akak nak mandi dulu tau" kata Nonie mengetahui bahawa Farid akan ke bilik mereka sebentar nanti.

Bunyi ketukan di pintu bilik mereka. Putri menjenguk di lubang pintu dan ada suaminya di luar. Cepat-cepat Putri membuka pintu.

"Abang... Rindu" kata Putri sambil memeluk suaminya.

"Me too, Princess" kata Farid. Siapa tak rindu bini oiii..

"Nonie mana ?" Soal Farid.

"Nonie mandi" balas Putri.

"Rasanya sempat ni...." Kata Farid.

"Sempat?" Soal Putri tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Farid.

"Tokk... Tok... Tokkk"

Khaled melihat di lubang pintu. Huda di luar. Khaled membuka pintu dan terkejut melihat pemakaian Huda. Baik tak payah pakai baju budak ni.

"Errr... Abang Khaled. Abang Farid mana?" Soal Huda.

Khaled melihat Huda dari atas sampai bawah lalu menggelengkan kepalanya.

"I don't want to be rude, young lady. But, dengan cara kau ni. You not gonna make it. Whenever it is. Sila berpijak di bumi yang nyata. Sayang kalau masih muda tapi pemikiran singkat. Assalamualaikum" kata Khaled terus menutup pintu.

Huda terkejut dengan kata-kata Khaled sebentar tadi. Dia pulang dengan hati yang hampa.

"So, macam mana Huda?" Kata Ayu.

"Bukan Abang Farid, Abang Khaled yang buka pintu. Sedih saya kak. " Kata Huda.

"Dah.. jangan sedih. Panjang lagi masa." Kata Kak Ayu.

"Thank you, Princess. Err... Princess. Nak baju Princess.." kata Farid.

"Buat?" Soal Putri.

"Yalah. Nanti Abang rindu macam mana?" Kata Farid.

Putri bingkas bangun menyerahkan bajunya kepada Farid.

"So, where's my?" Kata Putri.

"Abang bagi ciuman selamat malam je ye" kata Farid lalu memberikannya kepada Putri.

"Okaylah Abang balik bilik dulu ye. Byee Princess, See you tomorrow" berlalu Farid dari bilik mereka.

Sesampainya di biliknya.

"Baguslah kau pergi tempat isteri kau tadi. Ada tetamu tak diundang datang tadi" kata Khaled yang baru sahaja selesai mengelap rambutnya dengan tuala.

"Siapa ?" Solal Farid.

"Huda" kata Khaled.

Terkejut Farid dengan berita ini.
.............................................................

p/s: So, Okay kan Khaled? Taklah jahat seperti di chapter awal kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience