"Kak Ayu memang garang macam tu ke?, I mean memang sikap dia macam tu?" soal Putri dalam teksi yang dinaiki mereka.
"Susah nak cakap Putri, tapi... dulu Kak Ayu tak macam tu. Dia seorang yang sangat baik hati. Tapi, disebabkan dia baik hatilah banyak orang pijak kepala dia" terang Nonie.
"Maksud?" soal Putri.
"Kak Ayu dulu, sangat baik. Dia dulu hampir nak khawin dengan seorang lelaki ni, entah siapa nama. Waktu tu, rupanya Kak Ayu kena game oleh jantan tak guna tu. Sebab, Kak Ayu cinta gila-gila dengan lelaki tu. Dah tak jadi, terus Kak Ayu berubah. Dia tak mudah nak percaya dengan orang lain" terang Nonie panjang.
"Takkan gara-gara tu je? Maksud Putri. Kerana seorang lelaki?" soal Putri.
"Itu salah satu sebab. Satu sebab lagi, selepas je kejadian tu, mama mereka pula sakit. Tu yang makin berubah perangai Kak Ayu. Sebab tekanan dan tanggungjawab supaya benda yang terjadi dekat Kak Ayu tak terjadi dekat Rid" tambah Nonie.
"Lebih kepada, Kak Ayu terlalu overprotective?" tanya Putri.
"Exactly" kata Nonie.
"Putri nak tanya boleh, seberapa rapat Abang dengan Nonie?" soal Putri.
"Uishh.. kitaorang memang rapat. Sampai orang ingat aku dengan Rid tu adik-beradik. Tapi, kitaorang sepupu je pun. Daniel pun kitaorang rapat juga." kata Nonie.
"Owh... patutlah first day Abang dekat office terus dia jumpa awak. Bukan Papa.. " imbas Putri.
"Betul tu... Hehehhee, anyway Putri. Jangan risau tau. Aku yakin Kak Ayu boleh terima kau. Cepat atau lambat. Kita kena buktikan bahawa Putri selayaknya jadi tunang Rid" kata Nonie.
Putri senyum lantas mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Adakah dia berjaya?
******Kereta Farid ******
"Dah berapa lama kau kenal budak tu,Mal? tanya Ayu.
"Kak please, budak tu ada nama. Nama dia Putri Darlisa. Kami dah kenal dalam 6 bulan dari sekarang" terang Farid.
"Cehh.. baru 6 bulan terus kau ajak orang tunang. Kau jangan Mal, orang macam tu aku kenal sangatlah. Nak harta." terang Ayu.
"Kak, boleh tak... jangan setiap kali samakan semua orang berperangai sama dengan bekas tunang Akak tu" cantas Farid.
"Ehhh.. Dia marah kita pula balik. Kau jangan Mal. Akak tak nak kau jadi macam Akak. Kau tengok si Julia tu, dah selamat khawin dengan Daniel. Sebab apa? Mestilah Julia nakkan yang lebih berharta. Yelah, Daniel kan ketua syarikat kita dekat luar negara. Kau? setakat dekat Malaysia." terang Kak Ayu.
"Akak. Dah takda jodoh saya dengan Julia." tu sahaja yang boleh dikatakan.
"Kau jangan ingat aku nak terima budak tu. Anyway, lusa aku masuk pejabat. Aku nak kerja dekat pejabat papa" terang Ayu.
"Kenapa nak kerja dekat syarikat Papa pula? " soal Farid.
"Biarlah..." tu sahaja yang dikatakan oleh Ayu.
"Masaklah aku dengan Putri kalau Kak Ayu dekat sana. Aduiii..." monolog Farid yang merisaukan tunangannya.
******malam****
Selepas menunaikan solat Isyak.
Panggilan dibuat terus ke buah hatinya. Dia mulai merindukan Putri.
"Princess, are you okay?" soal Farid.
"Okay Abang. Jangan risau. Anyway, Putri dah dengar cerita tu daripada Nonie" terang Putri.
"Abang pun tak tahu macam mana nak cakap pasal sikap Kak Ayu tu, Princess. Lagi satu, lusa Kak Ayu nak kerja dekat pejabat dah" gusar Farid.
"Kak Ayu kerja di pejabat? Gerun saya Abang." kerisauan Putri.
"No worries. Abang akan cuba untuk lindungi Princess ye" pujuk Farid.
"Macam mana nak ambil hati Kak Ayu ye, Abang?" soal Putri.
"Abang pun tak tahu Princess. Julia dulu elok je keluar shopping dengan Kak Ayu" terang Farid.
"Abang. Putri takut dia tak terima Putri. Sedangkan Julia yang lawa dan hebat tu, susah Kak Ayu terima. Inikan pula saya, hanya biasa-biasa sahaja" luah Putri.
"Tu bagi Princess, bagi Abang, Princess dah cukup untuk Abang. Kalau hati Abang, Princess boleh ambil. Inikan pula Kak Ayu kan?" suara romantis Farid.
"Eh, Abang ni. Ke situ pula dia" malu Putri.
"I love you, Princess. Don't worry, okay. You and I , we gonna make it!" kata Farid.
"I love you too" balas Putri.
Setelah panggilan ditamatkan. Farid terus menghubungi seseorang untuk meminta pertolongan.
"Hello....."
Share this novel