Pagi itu mereka bersarapan bersama. Huda agak sakit hati melihat pasangan di hadapannya sekarang dan membayangkan Farid menyuapnya sepertimana Farid menyuap Putri sekarang.
Kak Ayu baru sahaja sampai dan terus memulakan agenda pada pagi ini.
"Baiklah, sekarang kita kekurangan dua model untuk pasarkan beg ni. Jadi, any volunteers?" Kata Kak Ayu.
Diam sejenak meja tersebut.
"Kak Ayu. Saya nak boleh?" Huda sudah membuka langkah. Dia pasti Farid akan tergoda dengan gaya modelling nya.
"Boleh. Good. Lagi? Nonie?" Cadang Kak Ayu.
"Errr... Nonie tak nak Kak. Apakata bagi Putri?" cadang Nonie.
"Elehh.. budak itu pandai ke model-model ni. Hurmm. Tak pelah. Hey you, you in" tegas Ayu menunjuk ke arah Putri.
"Show them, Princess. okay?" Kata Farid.
Huda hanya memandang serong kepada Putri. Dirasakan Putri tiada pengalaman dalam modelling ini. Yakin dia bahawa Farid akan terkesima dengan kecantikkannya.
Putri dan Huda disiapkan di bilik yang berasingan. Manakala Nonie, Khaled, dan Farid berbincang mengenai lokasi yang sesuai untuk penggambaran.
"Aku tak sabar nak tengok Putri. Dulu pun dia jadi model. Aku yang perempuan pun boleh jeles. Lawa lain macam Putri tu kalau dah kena touch-up" puji Nonie.
"Tengoklah orang rumah siapa, tak gitu Farid?" Kata Khaled.
"Hishh.. ada kang habis pengambaran, aku angkat isteri aku tu pergi hotel. Hahahhaa" gelak mereka bertiga.
Mula-mula keluar Huda untuk pengambaran pertama. Kak Ayu memuji kecantikkan Huda. Tetapi, tidak kenapa mereka bertiga. Dirasakan Huda memang cantik namun ada yang kurang.
Huda berharap Farid akan melihatnya tapi Farid hanya memadang majalah di tangannya.
"Okay, good Huda. Stunning.. next!" Jerit Ayu.
Keluar sahaja Putri dari khemah itu. Semua terdiam dan terkesima. Ya, memang dia Putri. Kecantikkannya luar biasa.
Huda sudah berdiri dan mendekatkan diri kepada Farid. Namun, berjaya dihalang oleh Nonie. Kini, Nonie berada di tengah-tengah antara Farid dan Huda.
"Cou... Cantik gila Putri kan?" Soal Nonie, sengaja mahu membangkitkan api cemburu Huda.
"My wife lah katakan. Of course, hishh. Ini yang nak balik bilik cepat-cepat ni" kata Farid.
Nonie terus dapat idea untuk menaikkan lagi kemarahan si Huda.
"Boleh je. Kau pergilah bilik aku. Lagipun, aku dengan Khaled nak keluar kijap. Enjoy your second honeymoon with your wife" kata Nonie.
Huda yang mendengar sudah panas apatah lagi panasnya dia ditambah dengan renungan Farid ke Putri.
"Okay. Done.. Bagus. Jadi, untuk esok tinggal scene dekat laut lagi yerh dan lusa kita boleh enjoy. " Laung Ayu tanpa mengucapkan terima kasih atau memuji Putri sepertimana Huda tadi.
"You look beautiful, Princess. Sini kijap" kata Farid.
Farid membisikkan sesuatu kepada isterinya lalu menunjukkan kunci bilik. Nonie memberikan kepadanya.
"Kak. Dah habis kan?" Soal Farid.
"A ah dah" kata Kak Ayu.
"Okay, bye" Kata Farid sambil mengajak isterinya pergi dari situ.
Berbulu mata Kak Ayu dan Huda melihat mereka pergi.
"Akak... Huda bencilah" rungut Huda.
"Tak pe Huda. Hari ni hari mereka , esok hari kita" kata Ayu.
Khaled dan Nonie yang masih ada di situ sedikit sebanyak mendengar apa yang dituturkan oleh Kak Ayu dan Huda.
Nonie dan Khaled menghantar renungan yang mereka berdua yang faham.
Share this novel