Putri mengingati kejadian mereka keluar lunch tadi. Terngiang-ngiang kata-kata Farid. Putri sangat takut untuk menghadapinya apatah lagi sebagai ketuanya.
**flashback****
"Putri umur berapa?, Comel saya tengok. Kalau lah awak ni girlfriend saya, dah lama saya peluk awak macam teddy bear" kata Farid ketika Datuk ke tandas.
"24 tahun, Encik Akmal Farid" balas Putri.
"Owh muda lagi, umur saya pula 32 tahun. Anyway, you can call me Mr Farid je. But, kalau you.. you can call me Sweetheart" kata Farid yang sudah memulakan rancangannya untuk membuat Putri jatuh cinta.
Muka Putri sudah pun menjadi merah. Untuk pertama kalinya, dia bersama dengan lelaki yang pandai bermadah. Selama ni, Putri hanya bercakap dengan lelaki hanya kerana kerja dan tidak pernah ada madah-madah yang mampu membuatkan hatinya berdegup kencang sepertimana Farid melakukannya. Putri sedar bahawa dia juga perempuan yang boleh cair dengan kata-kata.
"Putri, cakaplah sikit. Nak juga dengar suara awak. Kalau awak berkata-kata, mungkin tak tidur malam saya sebab dengar suara awak yang sememangnya merdu ditambah dengan kecomelan awak tu" kata Farid.
Bertambah lagi warna muka Putri.
****end flashback***
Keesokannya, Putri memakai baju kurung moden dipadankan dengan rambutnya yang dilepaskan. Sedikit rambut disepitkan dengan penyepit rambut. Dia bertolak ke pejabat kerana hari ini menjadi hari pertama nya dia akan bekerja dengan Farid.
Setelah sampai ke pejabat, dia terus ke bilik bos baharunya, Mr Farid. Ketukan dilepaskan ke pintu bosnya.
"Masuk" laung Farid.
"Maaf, Mr Farid. here's ....." terdiam Putri melihat penampilan bos baharu yang tampan. Adakah dia terpana dengan bos baharunya?"
Farid tahu dia sudah berjaya mengoda Putri dengan penampilannya. Dengan baju kemeja biru disinsingkan bahagian tangan ke lengan dan Farid memakai kaca mata tanpa bingkai. Sememangnya, inilah penampilannya jikalau melibatkan perkerjaan
"Hemm. hemm.. Putri, shock?" kata Farid lantas mengejutkan Putri.
"Sorry, Mr Farid. here's your program today:
1. Meeting about new project.
That's all for today.
"Okay, terima kasih my Princess, hehehe. Can i call your Princess?" tanya Farid.
"Yes, Boleh saya keluar?" soal Putri.
"Of course, Princess" balas Farid.
Putri terus ke tandas. Dia tidak dapat mengawal perasaannya.. Adakah ini petanda dia jatuh cinta. Tak mungkin... Dia menidakkan dalam hati...
******
#Meeting#
Putri duduk di sebelah bos baharunya. Manakala, Khaled, Nonie, dan dua tiga pekerja juga turut berada di sana.
Nonie menghantar pesanan mata kepada Farid. Hanya mereka berdua mengetahuinya manakala Khaled sudah panas hati melihat Putri yang kini berada di sebelah bos barunya.
"Hai semua, mula dari sekarang. Saya akan mengantikan papa saya. Harap kita dapat bekerjasama." kata Farid.
"Okay, kita ada projek baharu berkaitan dengan industri pemasaran batik. So, anyone have idea? Kerana selaku ketua projek ni. I want hear something fresh" kata Farid.
Putei di sebelah sebenarnya tertarik dengan kewibawaan Farid ketika itu.
"Selalunya kalau idea yang kreatif-kreatif ni, Putri yang handal. Tak gitu Putri" kata Khaled. Dia ingin mendengar suara Putri kerana dia rindu.
Semua mata menghala ke arahnya. Putri berasa malu sebentar.
Putri hanya menggelengkan kepalanya dan tersenyum sahaja. Baginya, dia hanya pencatat minit mesyuarat. Jika di zaman Datuk Jalal, dia senang bekerja dengan Datuk namun tidak dengan anaknya. Dia belum biasa.
Farid memulakan langkahnya.
"Buat apa mulut kalau tidak berkata, wahai Cik Putri. Anyway, you have nice name, actually" kata Farid.
"Saya terlupa nak puji awak kelmarin sewaktu kita bertemu" tambah Farid.
"Hehehhe" Putri hanya menayangkan senyumannya pada Farid selaku ketua dalam projek kali ini.
Nonie menahan tawanya sambil berkata dalam hati, "Smooth move bro"
Khaled sudah panas hati apabila melihat Putri menayangkan senyuman manisnya kepada Farid.
"Mat salleh ni, kalau bukan kau bos aku, dah lama aku pecahkan muka dia ni" monolog Khaled.
"Err.. Mr Farid. Apakata untuk motif batik. We should use more yang melambangkan Malaysia. Maksud saya, coraknya, menggambarkan dengan Malaysia. Ini akan membuatkan bukan sahaja Malaysia but i believe pelancong pun akan berminat. Lagipun, sesuai dengan Tahun Melawat Malaysia. So, i think we can get something from there" kata Putri. Lancar dan senafas.
Farid terkejut dengan percakapan Putri sebentar, Farid mengakui kehebatan Putri. Patutlah, papanya menyukai Putri. Suara Putri yang sedikit tegas ditambah dengan kecomelannya agar sedikit berjaya mengusik hati Farid.
"Hemm.. hemm, Encik Farid" dehem Khaled. Dirasakan terlalu lama Farid merenung wajah kesayangannya.
"Ya. maaf.. Yes, Putri.. brilliant!. And i agree and i want you to become our model" kata Farid.
"What???" jerit Nonie.
"The hell?" Khaled berkata.
Berdiri mereka berdua dengan cadangan Farid yang secara tiba-tiba.
Manakala Putri hanya menundukkan wajahnya kerana malu. Pertama kali dia merasakan perasaan yang dia sukar tafsirkan....
Share this novel