"Abang....Huda dah lama tunggu Abang Farid. Huda.........." Terdiam dia sekijap. Ini bukan Abang Farid.
"Sorry, Ini bukan Abang Farid pujaan kau tu. Ni Nonie dan Khaled. Hahahhaha" kata Nonie sambil ketawa.
Khaled hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai Nonie. Kadang kala perangai dia ini seakan budak pembuli.
"Sayang. Dah. Jom balik. Banyak nyamuk sini. Nanti kena gigit" tegur Khaled.
"Okay..." Kata Nonie sambil memegang lengan Khaled.
"Young lady, what you waiting for? Awak tak takut ke seorang-seorang dekat sini. Dah jom" kata Khaled kepada Huda.
Huda hanya membuntuti mereka berdua dengan hati yang sakit, malu, dan semua perasaan sehingga diapun tidak boleh berkata-kata.
Ayu sedang keluar dari situ. Terkejut dia apabila di hadapannya sekarang ialah Farid dan Putri sedang memegang tangan.
"Ehh.. Mal? Bukan kau kau pergi sana ke ? Bukan kau sepatutnya dengan....." Pelik dia dengan semua ini.
"Akak ni dah kenapa? Betul lah. Farid ke sana jumpa Putri.. Akak dah kenapa ni?" Soal Farid pelik.
"Eh.. kijap. Huda.. Huda masih dekat sana .. Dia..." Belum sempat dia berkata. Muncul Nonie, Khaled, dan Huda.
"Ahh... Tu mereka " kata Farid melemparkan senyuman kepada mereka bertiga.
"Eh.. kijap. Bukan Kak suruh Nonie balik dulu ke ? Ehhh.. tak faham lah akak. Dahlah." Malas dia mahu berfikir kenapa rancangan dia tidak berhasil.
Ayu sudah jalan meninggalkan mereka dan Huda berlari mendapatkan Kak Ayu. Malu dia dengan semua ini.
Setelah kelibat mereka berdua hilang. Nonie, Farid, dan Khaled ketawa. Pelik Putri melihat mereka.
"Ada apa ke yang Putri terlepas?" Soal Putri, naif.
*******Sebelumnya**
"Farid, pss.. pss. Sini" Khaled memanggil Farid.
"Kenapa? Aku nak pergi tempat Putri" kata Farid.
"Tengkorak kau. Sana tu Huda. Tu Putri tu. Pergilah" kata Nonie.
"Lahh yeke.. terima kasih banyak Cou. Dah kau pergi tengok budak tu, sesat karang dia. Dah, aku cau dulu" kata Farid.
******Sekarang*****
"Nasib baik ada Kak Nonie dengan Abang Khaled" terang Putri.
"Dah jom balik. Nak rehat.. " kata Khaled.
Mereka berempat keluar dari hutan menuju ke hotel mereka.
Share this novel