Ketika Farid di dalam bilik bersama Putri, Putri ada menyuarakan isi hatinya.
"Misal kata, kalau satu hari Putri bergaduh besar dengan kak Ayu, siapakah yang Abang akan pilih?" soal Putri.
Entah kenapa soalan begitu terlintas di fikirannya. Farid yang ketika itu sedang membaca buku terhenti perlakuannya.
Jikalau disuruh memilih di antara mereka berdua, dia tidak sanggup. Kak Ayu ialah darah dagingnya. Manakala, Putri ialah suri hatinya.
"Abang berharap yang hari tu tidak akan muncul. Sebab Abang tak tahu nak pilih siapa. Sebab dua-dua Abang sayang" ujar Farid.
Dia bergerak ke arah Putri dan terus duduk di sebelah Putri. Entah kenapa sejak kebelakangan ini, dia dapat merasai emosi yang tidak stabil daripada Putri.
"Percaya dengan Abang, Princess. Dalam jahatnya Kak Ayu tu, mesti dia ada kebaikannya juga. Abang percaya sebab abang kan adik dia." kata Farid.
"Kadang-kadang Putri tertanya-tanya.. sebenarnya sikap Kak Ayu dulu macam mana ?" soal Putri.
"Dia seorang kakak yang sangat baik. Sangat. Boleh dikatakan sebenarnya perangai Putri hampir serupa dengan dia. Betul" jujur Farid.
"Mungkin dia benci Putri sebab dia nampak bayang-bayang lama dia dalam diri Putri?" soal Putri, naif.
"Itu berkemungkinan salah satu faktornya" balas Farid sempat mencubit pipi Putri.
"Jom tidur." sengih Farid.
Putri hanya tersenyum. Faham lah dia mengenai sengihan itu.
***************************
"Can you stop disturb me, Faiz" teriak Ayu di telefonnya. Semenjak episod dia berjumpa dengan Faiz. Semenjak itu dia sering diganggu oleh Faiz. Ditelefon dan diberikan bunga di setiap awal pagi di hadapan rumahnya. Kadangkala dia juga berfikir, entah dari mana dia dapat nombor telefon untuk menghubunginya.
Bersyukur sahaja dia, dia orang pertama yang menjumpai bunga, kalau papanya mesti masak dia.
"Why i should stop, Ayu? Awak yang selalu kacau saya. Sebab selalu dekat dalam fikiran saya" kata Faiz.
"Stop all lame jokes. Kalau kau fikir aku akan tercair. You're totally wrong!" jerit Ayu.
"Well, i just want to fix all wrongdoings that i make to you. And, make you fallin love again with me" kata Faiz.
"Love? Hahahahha.. in your dreams" marah Ayu.
"Sometimes, i wonder. Mana pergi Ayu dulu ye?" soal Faiz
"Ayu yang dulu dah takda. You yang buat. You yang buat i macam ni" kata Ayu ingin menangis.
"I think this is my responsibility to seek my Ayu. Right? Cepat atau lambat. Saya akan pastikan Ayu saya ada dengan saya. Right, baby?" bisik Farid.
"Don't you ever dare call me baby...." belum sempat dia menghabiskan katanya. Faiz sudah menutup telefonnya. Dia sesak.. Panggilan baby itulah panggilan Faiz kepadanya.
"It's all your fault, Faiz. And, i gonna make sure that Putri rasai apa yang aku rasa" rancang Ayu.
*****************
"Apa Pa, Papa ajak kami tinggal sana?" soal Farid.
Pelik dia. Tiba-tiba papanya mengajak dia dan Putri tinggal di rumahnya. Sedangkan Farid sudah selesa tinggal berdua dengan Putri.
"Ya. Lagipun, rindu dekat Lisa. Lepastu, kakak kamu cakap. Dia bosan takda kawan. Itulah papa ajak Farid dengan Putri tinggal sini. Rumah ni besar. Sunyi je rasanya" kata papanya.
Entah kenapa Farid rasa sangsi apabila papanya menyebut nama kakaknya.
"Nanti Mal fikirkan ye pa" kata Farid.
Share this novel