Bab 33- Tamat

Romance Series 11689

"Princess.. dah bangun?" Soal Farid sambil membawa dulang makanan.

"Ehh.. abang ... Ada dekat sini?" Soal Putri pelik dia.

"Stop asking. It's time to eat. Mesti baby lapar ni. Mehh abang suap" kata Farid.

Putri hanya menganggukkan kepalanya dan dia disuapkan oleh suaminya.

"Sebelum tu, abang nak minta maaf sebab tertinggi suara dengan Princess. Abang tahu bukan Princess yang buat. Dan, kita tak akan kembali ke rumah itu selagi Kak Ayu tak terima kita" kata Farid.

Putri hanya menganggukkan kepalanya.

"Sekarang, kita fokus dengan diri kita je tau!." Kata Farid.
****************

Selang beberapa bulan, Putri meminta cuti awal dari pejabat. Hal ini kerana, hanya tinggal minggu lagi.

Ayu dan Farid pula hanya seperti orang yang tidak berkenal di pejabat. Nonie dan Putri risau melihat kondisi mereka.

Sedang Putri mengemas barang kerana dia akan bercuti panjang. Pintunya diketuk oleh seseorang. Putri menoleh ke belakang dan terkejut Kak Ayu masuk ke bilik itu.

"Errr.... Nak minta tolong tak?" Kata Ayu.

"Tak pe Kak, sikit lagi" kata Putri.

"Kak tolong ye." Ayu terus mendekati Putri dan sama-sama mengemas barang kepunyaan Putri.

"Kak dah fikir nama... Kalau Putri lahirkan anak lelaki, kak berikan nama Akmal Hakimi kalau perempuan Putri Farisha. Okay tak?" Kata Ayu.

"Okay. Terima kasih kak" kata Putri.

"Boleh kak peluk Putri tak?" Soal Ayu.

Putri melihat kakak iparnya lalu menganggukkan kepalanya.

Ayu terus memeluk Putri dan berkata,

"Kak nak minta maaf Putri. Kak tahu kak salah. Betul kata Faiz, siapa akak nak pisahkan korang. Dua-dua tak bersalah. Kak yang tak boleh lari dari kenangan lama. Sedangkan..." Ayu menangis, tidak sanggup dia meneruskan kata-katanya.

Farid yang baharu tiba di bilik Putri terkejut dengan kedatangan kakaknya.

"Kak?" Soal Farid.

"Mal.. maafkan akak Mal. Maafkan akak." Ayu meluru ke arah adiknya. Dia merindukan semuanya.

Putri pula sudah mengalirkan air mata. Dibiarkan dua adik-beradik itu melepaskan rindu.

Ayu memeluk adiknya. Teringat dia kata papanya,

"Akmal tu satu-satu adik Ayu. Seperti arwah mama kata dulu, jaga adik... Pastikan dia bahagia."

Ayu menyesal dengan tindakannya yang dahulu. Tindakan yang memakan diri sendiri.
**************

Di hospital. Semua sedang menunggu. Faiz mengenggam tangan Ayu. Dia risau.

"Everything gonna be okay. Okay baby?" Kata Faiz menenangkan kekasih hatinya.

Farid pula mundar-ma dir di luar dewan. Menunggu Putri..

Akhirnya....

"Siapa wakil Puan Putri?" Kata Doktor tersebut.

"Saya .." serentak Farid dan Ayu menjawabnya.

Tertawa kecil doktor dihadapannya.

"Okay.. dah boleh tengok Puan Putri ye." Kata Doktor.

Faiz, Ayu, Farid, dan Datuk Jalal masuk ke dalam bilik.

Farid mencium dahi isterinya.

"So, where my babyy?" Soal Ayu..

"Baby.. sabar.. suami dia pun belum tengok" tegur Faiz.

"Hehehhe.. sorry" kata Ayu.

"Nah.... Twins.. say hello to Akmal Hakimi dan Putri Farisha".

Kak Ayu gembira begitu juga Farid.

"Awak... Terima kasih!" Kata Farid kepada Putri.

Putri tersenyum... itulah kata-kata pertama yang dituturkan kepada suaminya.

P/s: Tamat sudah cerita ini. Jikalau ada kekurangan, harap dimaafkan. Sehingga kita berjumpa di.novel seterusnya. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan idea untuk jalan cerita ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience