Bab 15- Pendedahan dan Kerja Baru

Romance Series 11689

Putri meminta izin dengan suaminya untuk bertemu dengan Abang Faiz. Inipun kerana Abang Faiz yang ingin berjumpa dengannya. Namun, Farid juga akan menyertainya untuk berjumpa dengan Abang Faiz. Mereka berjumpa di Starbucks terdekat dengan taman perumahannya.

"Farid, Putri. Sebelum Abang nak minta maaf dengan semua yang terjadi terutama sekali dengan keluarga kau, Farid. Dan, Abang dah terima hukuman yang setimpal dengannya" terang Abang Faiz.

"Ya, memang betul. Dulu, Abang sangat jahat. Suka permainkan perasaan orang termasuklah Ayu. Dan, apabila Abang tahu Ayu menghadapi semua ini termasuk dengan kematian ibunya, Abang rasa beraalah dengan Ayu. Ketika Abang nak minta maaf dengan segala yang berlaku, Ayu dah berlepas dekat Ireland. Abang hukum diri Abang. Sekiranya , Ayu belum berkhawin. Abang juga tidak akan berkhawin" terang Abang Faiz.

Farid mengenggam kemas tangan Putri di bawah meja. Mungkin sama-sama menyalurkan kekuatan.

"Abang dah terima balasan yang sangat setimpal. Orang yang Abang cintai tinggalkan Abang. Mak Abang dah tak ada. Sama dengan apa yang dilalui oleh Ayu ketika itu. Sekarang, Abang hidup dalam rasa bersalah yang teramat sangat
Dan , tidak mudah hidup dalam keadaan begini" luah Faiz.

*Ketika Abang jumpa Ayu, Abang dapat sinar. Abang berharap agar Ayu maafkan Abang. Tapi, Abang tahu tidak semudah itu Ayu akan maafkan Abang" kata Faiz.

"Maafkan Abang, Putri. Mungkin disebabkan Abang, Putri akan menjadi mangsa dendam Ayu. Jadi, Abang minta tolong Farid. Walau apapun yang berlaku, tolong sayangi dan cintailah Putri. Korang takda kaitan dengan masalah kami. Tapi, mungkin korang yang akan kena tempias" luah Faiz.

"Bang Faiz jangan risaulah. Saya akan jaga isteri saya ni. Dan, saya maafkan Abang. Tapi, saya harap Abang bertangunggjawab dan pergilah minta maaf dengan Kak Ayu. Siapa tahu hati dia terbuka kembali dan siapa tahu cinta kamu yang dahulu boleh hidup balik" kata Farid.

Dia tahu, Abang Faiz masih mencintai Kak Ayu. Abang Faiz lelaki, dia juga lelaki.

*********Hari Isnin*******

Farid dan Putri sama-sama melangkah masuk ke dalam lif. Putri terlihat kejadian dia mengikat tali leher suaminya. Sepatutnya boleh siap 3 minit ini sampai membawa kepada 30 minit. Faham-faham jelah ye..

Terdapat mesyuarat tergempar pagi ini, dipengerusikan oleh Lady Bos. Kak Ayu...

"Baiklah, semua. Perkenalkan. Ini PA baharu untuk Encik Akmal Farid, Huda"

Terkejut Farid, Nonie, san termasuklah Putri dengan pemberitahuan itu.

Masuk Huda dalam bilik. Agak seksi dan tinggi orangnya. Gerun Putri melihatnya jikalau ini bakal bersama suaminya sepanjang mereka bekerja.

"Maaf, Bos. Tapi, saya dah ada pembantu. Putri" terang Farid.

"Putri? Nope. Dia akan bersama dengan Team Kreatif di bawah pengelolaan Nonie. Lagipun, Putri kan idea dia kreatif. Jadi, saya rasa Putri perlu di sana. Dan Huda akan mengambil tempat Putri" terang Ayu.

Putri tahu ini merupakan rancangan Kak Ayu. Putri hanya melihat Farid dan Farid merenung Putri.

Dalam hati Putri berkata, "It's not gonna be easy, Putri Darlisa".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience