"Tok.. tok.. tok.."
"Masuk" laung Datuk Jalal
"Pa, hai" Farid berkata setelah masuk ke bilik papanya. Dia menyalam tangan papanya. Rindu.
"Akmal Farid, anak papa. So, macam mana di Malaysia dua minggu ni, Dah boleh ke dengan cuaca Malaysia?" soal Datuk Jalal
Farid mendekati tingkap dan meilhat bangunan di sekeliling lalu berkata,
"Boleh lah pa, cuma Rid rindu tunang Rid"
"Rid, papa dah banyak kali ingatkan. Inilah padahnya kalau bercinta dengan model. Sepatutnya perkahwinan kamu berdua boleh berlangsung tahun ni kena tunda entah sampai bila.. tahun ni dah masuk berapa kali kamu tangguh?" luah Datuk Jalal.
"Pa, please. I'm in love with Julia. Rid sanggup tunggu dia berapa tahun lagi" kata Farid.
"2x5 lah kamu dengan sepupu kamu dekat UK tu. Bercakap pasal sepupu kamu, Danial okay tak? Dia boleh tak handle syarikat sana?" tanya Datuk Jalal.
"Boleh pa. Rid dah ajar dia dah" luah Farid.
"Kamu tu, jangan nak galak sangat dengan perempuan dekat sini. Bukan papa tak tahu perangai kamu tu" amaran Datuk kepada Farid.
"Pa, nak buat macam mana. Pakej lengkap anak papa ni. Handsome, pandai bermadah." puji Farid sambil menayangkan senyuman giginya.
Datuk Jalal mengakuinya dalam hati. Anaknya Akmal Farid seorang yang memang ada rupa, mukanya dan ketinggiannya seperti pelakon Twilight Robert Patinson, ini kerana arwah isterinya ialah orang United Kingdom. Tidak hairanlah mereka mempunyai cawagan di luar negara.
"Okaylah, papa tak nak sentuh pasal itu. Esok, kamu akan ambil alih sepenuhnya. Papa hanya pemerhati. Anyway, hari ni lunch dengan papa. Papa nak kenalkan kamu dengan orang kegemaran papa. Dia yang akan bantu kamu sepanjang kamu berada di sini" kata Datuk Jalal.
"Who?" soal Farid.
"Putri.. well , Putri Darlisa" kata papanya.
"Putri... budak nerd tu ke?" soal Farid.
"Kamu jangan nak cakap dia budak nerd, dia bukan nerd. Tapi, dia pendiam" amaran papanya.
"Oppss, sorry..." tersedar akan keterlanjuran Farid kerana dia mengetahui bahawa Putri merupakan pekerja kegemaran papanya. Dalam fikiran Farid, dia sudah merangka rancangan untuk membuat Putri jatuh cinta kepadanya. Farid berangan-angan Ps5 menjadi miliknya.
"Termenung apa lagi tu, dah jom." ajak Datuk apabila melihat Farid tersenyum seperti kambing.
**********
Datuk Jalal mendekati meja Putri. Dia sememangnya berharap dengan perkenalan mereka mampu membuka hati Farid untuk berkenalan dengan Putri. Sebenarnya, dia tidak berapa bersetuju dengan pilihan anaknya. Cuma, dia berdoa agar Farid terbuka hati melihat kesopanan Putri.
"Putri, jom. Kita lunch, anyway. Kenalkan inilah anak saya, Akmal Farid. Saya harap kamu dapat bimbing dia nanti" pesan Datuk Jalal.
Farid hanya menundukkan kepalanya tanda persalaman manakala Putri hanya tersenyum sehingga menampakkan kedua lesung pipitnya
"Boleh tahan papa punya pekerja kesayangan ni. Comel lah pula, tinggi dia pun paras dada aku je. Aduiii.. Dah kenapa hati aku ni. Berhentilah berdegup. Julia lagi lawa. Julia lagi hot. Budak ni tak ada apa sangat. Dah lah tu hati, penatlah berdegup" monolog Farid.
"Farid dengar tak apa papa cakap ni?" tegur Datuk Jalal.
"Apa pa, sory.. Rid tengah berfikir tadi" Farid menutup kesilapannya.
Datuk Jalal sudah tersenyum menang, dia tahu anaknya sedikit tertarik dengan pekerja kesayangannya.
"Papa cakap, kita lunch dekat restoran Melayu. Rid bawa kereta. Dah jom Putri" pesan Datuk Jalal.
Putri dan Datuk Jalal berjalan beriringan manakala Farid di belakang mereka.
"Macam papa lebih sayangkan Putri dari aku. Kurang asam punya budak. Kau tunggu esok!" kata Farid dalam hati.
******
Di sebalik pintu, terlihat Khaled menggengam penumbuknya lalu berkata , "setan, ada pula Farid mat salleh ni. Tak boleh jadi. Putri milik aku"
Share this novel