Majlis berjalan dengan lancar. Itupun setelah diasak oleh papa mentuanya untuk mengadakan majlisnya di hotel. Putri berangan-angan ingin mengadakan di rumah ibunya sahaja. Namun, apakan daya.
Kak Ayu? Semestinya dengan pelbagai cara agar mengagalkan majlis perkhawinan. Teringat ketika dia dan Farid memohon cuti awal.
"Kalau aku tak luluskan, kau nak buat dengan akak, Mal?" soal kakaknya. Putri ketika itu hanya duduk merenung lantai. Tidak berani dia berhadapan dengan Kak Ayu yang sememangnya tidak menyukainya.
"Kak, kalau akak sayang Mal, akak tak akan halang kami, kak" terang Farid.
"Sebab akak sayang kau lah, Akak tak nak kau khawin dengan dia ni. Akak tahu Mal, orang macam mereka semua nak duit, Mal" terang Kak Ayu tanpa menghiraukan Putri di situ.
Putri terasa dengan apa yang dikatakan oleh Kak Ayu. Namun, dia harus bersabar kerana dia tahu Kak Ayu jadi begini kerana pengalamannya.
Namun, dengan masuk campur Datuk Jalal, akhirnya mereka dapat cuti untuk mempersiapkan majlis perkhawinan. Putri teringat sindiran kasar oleh Kak Ayu.
"Boleh tahan khawin dekat hotel.. Maklumkan khawin dengan anak Datuk kan?" sapa Kak Ayu.
Nonie ketika itupun hanya mampu menyabarkan Putri. Nonie beranggapan bahawa umur Kak Ayu yang sudah lanjut usia menjadikan dia seperti itu. Ditambah lagi dengan kisah silam membuatkan Kak Ayu menjadi begitu.
Walaupun ketika majlis perkhawinannya, keluarga ibunya hanya sedikit yang datang. Kebanyakkan dihadiri oleh orang-orang kenamaan yang Putri sendiri pun tidak kenal.
"Abang Faiz, terima kasih sebab datang Bang. " tegur Putri ketika melihat abang sepupunya datang.
"Wajib lah Abang kena datang Putri, adik sepupu kut yang khawin, tak nak kenal kan ke siapa nama suami Putri ni. Hari tu, Abang tak sempat nak berkenalan" kata Faiz.
"Abang. Ni nak kenalkan, Abang sepupu Putri, Abang Faiz." kata Putri.
Farid bersalaman dengan Faiz.
"Saya, Akmal Farid." kenal Farid.
Entah kenapa muka Faiz ketika itu pucat semacam.
"Mal, malam ni akak nak kau....." belum sempat Kak Ayu menghabiskan cakapnya, terkejut dia dengan siapa di hadapan.
"Faiz.... what the hell?" kata Kak Ayu.
"Ayu..." tegur Faiz.
Pelik mereka melihat kedua insan di hadapan mereka. Berkenal kah?
"Abang Faiz, ni Kak Abang Farid...." belum sempat Putri menghabiskan kata-katanya,
"Ayu Faridah... How are you?" basa-basi Faiz.
"Kenapa kau ada dekat sini? Kenapa banyak-banyak orang, kau juga yang aku jumpa.?" naik tinggi suara Kak Ayu.
"Ayu, tenang . Aku cuma nak jumpa adik sepupu aku, dia khawin hari ni...tak sangka kita ...." belum sempat Faiz menerangkan segalanya, Ayu mula berkata.
"Kau jangan ingat, aku akan maafkan semua yang kau buat dekat aku. Owh, Jadi Putri berkenalan dengan Akmal supaya kau nak buat adik aku macam mana kau buat aku dulu ke? Ahhh? suara Ayu sudah mulai meninggi.
Farid dan Putri sudah mulai ketakutan dengan apa yang berlaku.
"Ayu.. please. Kau boleh cakap aku. Tapi, jangan cakap adik sepupu aku. Dia takda kaitan dengan semua ini. Lagipun, kisah tu kisah dulu. Dan, aku dah terima balasannya. " terang Faiz.
"Dah.. Aku tak nak dengar. kau dengan Putri, go to hell" kata Ayu sambil meninggalkan mereka bertiga.
Farid dan Putri sudah mulai takut dengan semua ini. Nampaknya, semakin susah untuk menambat hati Kak Ayu.
Faiz meminta maaf dengan kejadian tadi dan berlalu pergi.
Berdasarkan kejadian yang berlaku, Abang Faiz ialah lelaki yang sudah mengecewakan Kak Ayu.
Dalam hati, Putri berkira-kira untuk berjumpa dengan Abang Faiz untuk meminta kepastian.
"Heii.. Apa termenung ni, Princess Abang ni, dah mandi ke belum?" soal Farid.
Dia mengelamun di meja kopinya. Ya, mereka sekarang sedang berbulan madu di Langkawi.
"Tak delah Bang. Putri rasa perkhawinan kita tidak akan senang. Dengan Kak Ayu macam tu" luah Putri.
Farid membelai rambut Putri, memberikan kekuatan.
"So, we have to support each other, right? Apa yang terjadi antara Abang Faiz dan Kak Ayu, biarlah mereka yang selesaikan. Ini bukan hal kita sayang..." terang Farid.
Memang Farid marah apabila tahu rupanya Abang Faiz lah orang yang menghancurkan hati Kak Ayu. Namun, apabila dia berfikir.. dia tidak berhak untuk memasuk campur urusan mereka berdua. Ibarat, "ditelan mati mak, diludah mati bapa." Jadi, adalah lebih baik dia dan Putri tidak memasuk campur urusan Kak Ayu dan Abang Farid.
"Cuti kita nak habis daa.. Minggu depan kita akan ke pejabat" kata Putri.
"Ya sayang... Lepas ni, Abang makin rindulah. Kan?" sengih Farid penuh makna.
Faham dengan sengihan Farid. Putri tahu apa yang dimahukan sekarang.
Share this novel