Bab 32- Rumah Kita

Romance Series 11689

Putri sudah sampai di rumah. Dia mematikan telefonnya.

Putri lagi suka dia bersendirian. Sambil memegang perutnya, dia berkata,

"Sayang... Kita dekat sini je. Aunty Ayu tak suka kita dekat sana. papa pun" kata Putri.

Entah kenapa dia ingin menangis namun tiada air mata yang keluar dari matanya.

Mungkin penat dengan semua ini. Akhirnya Putri tertidur di sofa ruang tamu.
******************
Dia tersedar, dia bukan lagi di ruang tamu. Terkejut dia.

"Siapa pula yang angkat aku ni?" Bisik Putri.

"Takkan aku jalan sambil tidur tadi?" Soalnya di benak fikiran.

Terkejut dia yang masuk di bilik tidur mereka ialah.....
*************

"You like what i did to my wife just now?" Kata Farid di bilik kakaknya.

Kak Ayu pelik mendengarkan kata Farid sebentar tadi.

"Apa dia ni Mal?" Soal Ayu.

"Ingat Mal tak tahu ke? Yang akak pura-pura jatuh? Lepas tu, salahkan Putri. Kan kak?" Kata Farid.

Entah Ayu berdebar apabila rancangan yang dapat dihidu.

"Mal nampak Akak simbah sendiri pencuci lantai, terus jatuh sendiri. Mal nak tanya dekat Akak, Kak kenapa tak boleh tengok kami bahagia ? Sebab Abang Faiz ada kaitan dengan Putri? Pasal tu je ke Kak ?" Farid meluahkan segalanya.

"Kak kena ingat. Kak cuba nak pisahkan kami. Mal yang akan sengsara kak. Dengan isteri Mal mengandung. Putri kandungkan tu bukan orang lain, anak buah akak. Yang akak janji nak namakan dia kalau anak Mal dah lahir nanti. Kalau akak tak suka Putri, bermaksud akak tak suka Mal" kata Farid.

"Mulai hari ini, Mal tak nak jejakkan kaki ke sini dan jumpa akak lagi sampailah akak boleh terima Putri tu isteri Mal" kata Farid sambil berlalu ke bilik mengemaskan pakaiannya.

Farid sekarang memikirkan Putri. Dia rasa bersalah, menjerkah Putri tadi. Dengan kondisinya mengandung..

Farid menghubungi papanya. Dia minta izin untuk keluar dari rumah ini. Terkejut papanya mengenai berita itu.

Farid sebelum meninggalkan rumah itu, dia menuju ke bilik kakaknya dan menyalam kakaknya.

"Maafkan Mal kalau Mal ada dosa. Doakan Mal dan Putri dengan anaknya yang dikandung Putri baik-baik sahaja. Mal sayang akak" Farid meninggalkan kakaknya yang tidak melihat dia.

Entah perasaan Ayu ketika itu sama seperti perasaan yang pernah dia alami. Ditinggalkan.

Farid memandu laju ke rumah mereka. Dia terus meluru masuk ke rumah dan dapati isterinya tertidur di sofa ruang tamu.

Farid sempat mengusap pipi isterinya dan mengangkat isterinya ke bilik tidur mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience