Teringat hari terakhir ketika trip mereka. Farid lebih banyak menghabiskan masa bersama isterinya. Tidak diendahkan Kak Ayu yang bising dengannya. Dia malas mendengar kata kakaknya.
Khaled dan Nonie juga buat hal mereka. Mereka juga malas melayani dua orang yang tidak senang melihag kebahagiaan Putri dan Farid.
Tinggallah mereka berdua, Huda dan Ayu. Makan hati ulam jantung.
*********************
Hari kembali seperti biasa namun satu masalah besar menimpa Farid.
"Led, masalah besar ni" luah Farid ketika sedang makan tengah hari.
"Aku kena pergi meeting esok. Masalahnya, aku pergi dengan Huda" luah Farid
Khaled faham apa yang dimaksudkan oleh Farid. Dia risau jikalau berdua-duaan dengan Huda.
"Okay... Macam ni" Khaled memberikan cadangan.
*******************
"Dah, semua dokumen adakan?" Soal Farid kepada Huda.
"Semua ada sir" balas Huda. Hatinya gembira kerana dia akan bersama dengan Farid. Tiada Putri dan tiada siapa yang akan menganggunya. Hanya mereka berdua.
"Errr... Sir, saya duduk depan boleh ? Takkan nak anggap Sir macam pemandu kan?" Soal Huda.
"Ermmm.. Duduklah" kata Farid.
Hatinya meloncat gembira.
Dia berbual dengan Farid. Hatinya senang. Sungguh senang. Entah kenapa Farid baik dengannya hari ini.
Selesai mesyuarat, mereka pulang.
"Errr.. Huda. Boleh saya nak berterus-terang awak?" Kata Farid.
"Apa dia Sir?" Sengaja suaranya dilembutkan kepada nada menggoda.
"Apa sahaja yang awak buat selama ni, boleh hentikan tak? Saya minta secara baik." Kata Farid.
"Maksud?" Soal Huda, buat-buat tidak faham.
"I don't like you and i will never like you. Hati saya dah dimiliki oleh Putri. Kalau saya tak terus terang dengan awak. Mungkin perangai awak akan macam ni. Dan, sangat tak manis dilihat" tegur Farid.
"Awak masih muda. Huda. Cari orang lain. Walaupun awak disokong oleh Kak Ayu. Tapi, cara awak ni salah. Saya nasihat awak sebagai seorang Abang" tegur Farid.
Huda sudah menundukkan kepalanya. Entah kenapa baru dia tersedar akan kesilapannya selama ini. Entah kenapa baru dia rasa malu dengan semua ini.
"Saya tegur sebab saya anggap awak sebagai adik. Lagipun, isteri saya tu.. dia baik sangat. Saya sebagai suami tak sanggup tengok dia sedih. Betul" terang Farid.
Huda sedih lalu berkata,
"Abang Farid. Maafkan saya. Entah kenapa saya tak dapat mengawal diri. Saya tahu saya silap. Saya rasa bersalah dengan Kak Putri. Saya... Hurm... Cuma, sampaikan salam saya dengan Kak Putri ye. Abang Farid sebenarnya beruntung dapat Kak Putri. Cantik dan baik. Maafkan saya sekali lagi, Abang Farid" kata Huda.
"Dahlah, kita lupakan ya" kata Farid.
Farid sebenarnya mengikuti cadangan Khaled kemarin.
"Aku rasa kau kena terus -terang dengan budah Huda tu. Hanya itu je jalan dia sekarang" kata Khaled.
Farid bermonolog dalam hati, "terima kasih Led atas cadangan kau".
******************
Gempar syarikat Ayu apabila Huda memberikan dia sutmrat berhenti jawatan berkuatkuasa hari ini. Dia perlu membuat perhitungan dengan Farid.
"Apa Mal dah buat dengan Huda?" Soal Kak Ayu.
"Mal tak buat apa-apa Kak, dia cakap dia nak sambung belajar. So, Good for her" kata Farid.
Kak Ayu berlalu dari bilik Farid. Dia menutup pintu menuju ke sofa dan menjerit kegeraman.
"Kalau Huda pun tak jalan. Biar aku yang pisahkan korang. Putri, kau jangan ingat kau boleh hidup senang. Anggaplah kau sedang membayar apa yang Faiz buat dekat aku" dendam Kak Ayu.
Share this novel