Farid tidak dapat tidur. Dia merindukan isterinya. Pagi tadi belum puas dia bersama Putri.
"Bro, kau kenapa? Tak dapat tidur ke?" Soal Khaled.
"A ah.." kata Farid.
"Anyway, esok kita kena tengok-tengokkan Lady Bos dengan Huda tu. Aku syak mereka ada perancangan." Luah Khaled.
"Apa lagi mereka tu nak Khaled? Kakak aku tu yang aku pelik. Dia tak suka ke tengok adik dia ni bahagia?" Soal Farid.
"Entahlah Farid. Untuk kes kau ni aku tak berani nak komen. Tapi, aku nak bagi kau cadangan. Kau nak ke tak?" Kata Khaled.
"Apa dia?" Soal Farid.
**********************
Keesokannya paginya.
"Maaf, kita terpaksa pindah tempat. Kita terpaksa buat dekat hutan. Maaf" kata Kak Ayu.
Setelah mereka menghabiskan kerja mereka yang tergendala. Akhiranya siap kerja mereka.
"It's a wrap" laung Ayu sambil menepuk tangan. Kini tiba masanya dia menjalankan rancangan dia dan Huda.
"Nonie dan Khaled, ini angkat barang ni . Korang jalan dulu" arah Kak Ayu.
Nonie dan Khaled tidak membantah dengan cadangan Kak Ayu dan pergi jalan terlebih dahulu.
Kak Ayu menyuruh Farid berbincang dengan jurugambar terlebih dahulu. Sengaja Kak Ayu menyuruh Farid yang pergi supaya hanya tinggal mereka bertiga sahaja di sana. Jadi, apabila tinggal mereka bertiga, dia akan meninggalkan Huda dan Farid. Yang selebihnya, biar Huda yang uruskan.
"Hey.. budak. Ni angkat ni barang
Kau tak payah tunggu Farid. Kau pulang dengan Nonie dan Kahled. Pergi!" Arah Ayu.
Putri hanya mengikuti arahan Kak Ayu dan berlalu pergi.
"Akak.. Huda pergi dulu . Jangan lupa ye" kata Huda pergi ke sebelah sana.
Farid sudah selesai berbincang dengan jurugambarnya. Juru gambarnya pulang terlebih dahulu.
"Eh... Mana Putri?" Soal Farid.
"Dekat sana. Dia pesan dekat Akak, suruh Mal ke sana" arah Kak Ayu. Arah yang ditunjuk bukannya ke tempat Putri namun ke tempat Huda.
Farid pergi ke tempat yang dimaksudkan.
"Senang. Bye-bye Putri Darlisa" sengihan jahat Kak Ayu terlihat.
****************
Farid menuju ke tempat itu,
"Abang......"
Share this novel