Semenjak peristiwa tersebut. Farid seakan tidak melayannya. Dingin sikap Farid kepadanya. Begitu juga di pejabat. Mereka bagaikan orang asing.
Putri terasa dengan sikap Farid kepadanya. Ingat lagi selepas kejadian Kak Ayu, malamnya. Farid tidur membelakanginya walau kata-kata maaf diberikan. Farid hanya membalas.
"Tak penat ke bercakap. Tidurlah esok nak kerja" biarpun tu sahaja yang dituturkan namun membuatkan hati Putri sedih.
Setiap pagi, Putri hanya dihantar oleh Pak Samad, pemandu mereka. Itupun kerana kata Farid, dia lambat ke kerja bersama kakaknya. Namun, Putri tahu Farid tidak mahu melihat muka Putri.
Hampir seminggu mereka tidak bertegur sapa. Puas Putri mencari jalan agar Farid bercakap kembali dengannya namun semuanya tidak berhasil.
"Putri, jom makan. " Ajak Nonie.
"Tak pelah Kak. Putri kenyang sebenarnya" dalih Putri.
"Eh.. jangan lah macam tu. Tu Farid ada, Kak Ayu ada. Jomlah" pujuk Nonie.
mendengarkan nama itu disebutnya. Putri takut. Dia takut dengan suaminya sekarang. Suaminya bukan seperti yang dia kenal selama ini.
"Tak pelah. Betul Putri kenyang. Akak pergi tau. Bye" kata Putri.
"Okay" kata Nonie.
*******************
Ketika balik. Pak Samad menghubunginya.
"Pak Samad nak minta maaf. Ni kereta meragam. Boleh tak Lisa balik dengan tuan" kata Pak Samad.
"Boleh.. takda masalah" kata Putri.
Setelah panggillan ditamatkan. Putri mengambil keputusan untuk tidak memberitahu suaminya. Biarlah dia balik menaiki teksi.
Sebenarnya, Putri sangat lapar. Dia tiada selera sejak kebelakangan ini. Dengan masalah rumah tangganya. Dia tidak selera untuk makan.
Pernah juga Nonie menegurnya kerana pucat. Namun, dia memberikan alasan bahawa dia tidak memakai make up.
"Putri, Kak Nonie dengan Abang Khaled balik dulu tau. Jangan lah buat kerja sangat. Dah pukul 6 ni. Pergilah balik. Okay?" Kata Nonie khuatir dengan Putri.
"Okay kak. Akak balik dulu. Sikit lagi ni. Bye kak. Hati-hati ye" kata Putri.
Tepat jam 7:30 baru dia menyiapkan kerjanya. Dia terus solat maghrib di pejabatnya.
Putri rasa tidak sihat. Perutnya seakan menyucuk. Kepalanya berpusing. Namun dia gagahi ke lif dan terus menekan punat lif.
Dia keluar dari perut lif dan pandanganya berpinar. Tiba-tiba dia merasakan pandangan yang kelam dan gelap.
Share this novel