Entah apa yang difikirkan oleh Ayu. Dia akan memastikan Putri dihalau keluar dari rumah ini. Dengan cara menyakitinya akan membuatkan Putri bersalah.
Dia sudah menyediakan pencuci lantai supaya dia pura-pura terjatuh dan menyalahkan Putri.
"Putri.. tolong Kak mop lantai ye" kata Ayu singgah ke bilik beradu Farid dan dia.
"Baik kak" Naif Putri yang tidak mengetahui bahawa ada perancangan di sebalik semua ini.
Semuanya selesai. Tiba-tiba kedengaran jeritan Ayu bergema di pelusuk rumah.
Semua bergegas ke tempat Ayu. Termasuk Putri sambil memegang mop di tangannya.
"Siapa yang lap lantai?" jerkah Farid. Putri yang baru sampai dengan mop tidak tahu menahu terkejut dengan sergahan tersebut.
Semua pembantu rumah melihat ke arah Putri.
"Lisa.. baru mop lantai ke?" Tanya seorang tukang gaji.
"Ye" jawab Putri, dalam hatinya dia tahu. Dia terkena lagi kali ini.
"Kau ni dah kenapa? Mop lantai tu tak boleh baik-baik sikit? Dulu.. kau masak kacang hampir nak bunuh Kak Ayu. Sekarang kau nak dia jatuh terhantuk lantai ke ahhh?" Jerit Farid.
Putri yang ketika itu terkejut dengan sergahan Farid. Termasuk ini, kali kedua dia disergah atas kesilapan yang bukan salahnya.
"Sekarang. Kau dengar sini. Kemas beg kau. Kau balik pergi rumah kita. Cepat.. Pak Samad. Hantar dia pergi rumah kami " laung Farid. Terkocoh-kocoh Pak Samad.
Dia tahu kalau Farid marah, tiada siapa yang membantah.
Putri sudah meninggalkan mereka. Dia tahu, jikalau dia memberitahu kisah sebenar pun, suaminya tidak akan mempercayainya. Putri mengemaskan semua pakaian.
"Sini Pak Samad tolong, nak tu mengandung. Buat masa sekarang, biarkan dulu mereka" kata Pak Samad.
"Baik Pak Cik" itu sahaja yang dikatakan oleh Putri.
Sementara Putri sudah keluar dari rumah itu. Farid menguruskan Kak Ayu.
Dalam hati, Kak Ayu tersenyum kemenangan. Dia kini tidak lagi akan melihat muka yang dia tidak suka itu.
Share this novel