Farid tidak sabar untuk makan tengah hari bersama isterinya, dia sudah mula merindukan Putri.
Baru sahaja dia ingin keluar dari muka pintu. Kak Ayu dan Huda sudah berada di depan pintu biliknya.
"Ah, Mal. Bagus . Jom makan dengan akak dan Huda. Ada benda nak dibincangkan" terang Kak Ayu.
Dia sudah ternampak isterinya, Nonie, dan Khaled menunggunya.
"Err... Akak. Sorry. Hari ni Mal makan dengan mereka. Tu mereka dah tunggu" kata Farid.
"Hurm.. okay kalau macam tu, kami ikut. Dah jom Huda" kata Kak Ayu.
Pelik dia dengan perangai kakaknya. Kenapa mesti ajak Huda.
Di meja makan. Kelihatan Farid berada di tengah-tengah antara isterinya dan Huda. Pandai kakaknya merancang. Tapi, Farid merapatkan kerusinya ke arah isterinya. Dapat dia merasakan aura kurang baik daripada budak baru@PA nya.
"Kenapa Abang?" Soal Putri.
"Princess.. Abang seram dengan budak tu" Farid berbisik di telingan isterinya
Putri sudah tersenyum sengih. Mengertilah dia. Putri berbisik di telinga suaminya.
"Bukan macam tu ke taste Abang dulu? Ada iras-iras model. Apa pula nak seram?" Bisik Putri.
"Princess ni.. ejek abang ye. Awas balik rumah nanti. Denda Princess.." bisik Farid sempat dia mengigit telinga Putri..
Putri sudah mengekek geli, nasib suaranya dapat dikawal.
"Korang ni, kenapa? Tak cukup dekat rumah, nak bermesra dekat sini ke?" Sindir Kak Ayu.
Merah padam muka kedua-duanya.
Nonie dan Khaled hanya tersenyum melihat mereka berdua..
"Kita khawin awal, nak tak sayang?" Soal Khaled.
"Kenapa?" Soal Nonie.
"Tercabar pula dengan mereka ni" kata Khaled.
Tercetus ketawa dari meja mereka. Kak Ayu malas melayan mereka. Dia mengikuti mereka untuk Huda.
Manakala Huda agak cemburu melihat kemesraan Farid dan Putri sebentar tadi. Membayangkan dirinya ialah Putri.
"Hurmm.. dah alang-alang kita semua dekat sini. Ada projek dekat Terengganu. 4 hari 3 malam. Meeting dengan syarikat sana. Jadi, saya nak kamu semua bersedia, terutama sekali team Kreatif. Ini bukan bulan madu kali kedua. Ini kerja. Faham?" Soal Ayu sambil merenung Putri dalam -dalam.
Putri tahu kata-kata itu ditujukan kepadanya. Dia hanya merenung lantai. Tiba-tiba tangannya dipegang oleh suaminya.
Dia melihat suaminya dan melemparkan senyuman.
"I'm here" kata Farid. Dalam.
Sememangnya dia terasa ingin menangis sekarang. Entah kenapa kata-kata Kak Ayu menyentap tangkai hatinya. Selalunya, dia tidak akan terasa dengan kata-kata Kak Ayu. Tapi, entah kali ini dia terasa begitu emosi.
Makanan sudah sampai dan mereka menikmati makanan mereka. Putri seperti tiada selera untuk makan.
"Princess.. why? Makan lah ye" kata Farid. Tahu isterinya terasa dengan kata-kata Kak Ayu.
"Err... Macam takda selera lah Abang" terang Putri.
"mengada. Umur dah dewasa pun nak mengada." Sindir kak Ayu.
"Kak. Please stop. Depan rezeki ni" tegas Farid. Tidak suka dia dengan perangai kakaknya yang suka hati menyindir orang tanpa menghiraukan sekeliling.
"Dahlah, jom Huda. Kita makan tempat lain. Malas lah nak tengok drama orang baru khawin ni" kata Ayu terus meninggalkan mereka. Huda mengikuti Ayu dari belakang.
Putri terus menjatuhkan air matanya. Nonie dan Khaled tidak tahan melihat keadaan Putri yang terus-terus disindir dan dibenci oleh kakak iparnya. Entah apa dosa Putri ni.
"Kadang-kala aku tak fahamlah dengan Kak Ayu tu. Pasal apa dia tak suka Putri ni?" Soal Nonie.
Farid megelap air mata dan sempat mencium pipi Putri
Nasib meja mereka terselindung dari banyak orang.
"Sebab orang yang kecewakan kak Ayu ada kaitan dengan Putri. Lelaki tu abang sepupu Putri" terang Putri.
Nonie terkejut dengan kata tersebut namun dia cuba berfikir matang.
"Tapi, perkara ini tak kaitan langsung dengan korang. Hish.. tak faham lah dengan macam tu . Makin tua Makin menjadi perangainya. Tu Huda tu, mesti orang suruhan Kak Ayu lah tu. Bukan main gedik nak dekat-dekat dengan Farid. Tak padan dengan umur. Tak berkenan saya dengan budak macam tu" luah Nonie
Khaled hanya melihat Nonie terus mencubit pipi Nonie, " awak ni kalau marah.. mulut tu tak boleh ke tak muncung?" Usik Khaled.
Ketawa mereka dengan lawak Khaled.
"Farid. Kau jangan risau. Aku dengan Nonie akan melindungi Putri sekiranya Lady Bos kita tu nak buli Putri" kata Khaled.
Farid mengangguk sambil mencium sekali lagi pipi Putri. Dia tahu sekarang, isterinya memerlukan sokongan moral.
Share this novel