Hari ini dia, Farid dan Putri bersama-sama ke pejabat. Hati Putri gembira dengan layanan Kak Ayu yang baik kepadanya.
Nonie pelik dengan perubahan Kak Ayu, begitu juga Khaled.
"Kak Ayu dah okay daa. Syukur Kak Nonie" kata Putri gembira. Namun, tidak pada Khaled.
Ketika makan tengah hari bersama Nonie, Khaled menyuarakan hal tersebut kepada Nonie.
"Entahlah sayang. Macam ada yang tak kena je.. Bukan ke Lady Bos tu benci sangat dengan Putri?" soal Khaled.
"Tulah. Sayang pun fikirkan yang sama Baby.. Macam ada je muslihat Kan Ayu tu kan?" soal Nonie.
"Semoga mereka baik-baik sahaja" doa Khaled.
***************
Di rumah ketika hujung minggu.
"Putri, jom masak.. kita masak kuah kacang nak" kata Kak Ayu.
"Jom" senang hati Putri diajak kakak iparnya. Farid dan papanya berada di biljk bacaan.
Setelah mereka siap masak. Putri menyuruh Kak Ayu merasai masakannya.
Tiba-tiba Kak Ayu sesak nafas. Putri panik dengan keadaan Kak Ayu. Bergema jeritan Putri di dapur.
"Kak... Kak Ayu.. Abang.... Papa... Tolong" jerit Putri. Terkocoh-kocoh suaminya dan papanya turun ke dapur.
"Princess, kenapa ni?" Farid bersuara, dia melihat Kak Ayu sudah terbaring di lantai dapur.
"Kak Ayu, Putri suruh dia rasa kuah kacang yang Putri masak" kata Putri.
"Say it again? Kuah kacang?" meninggi suara Farid.
"Kau tahu tak Kak Ayu ni allergic kacang. Kenapa kau suruh dia rasa. Kau nak dia mati ke apa ni Putri? Lain kali kalau nak masak, bagitahu Abang" tertinggi suara Farid
"Rid, papa dah call Doktor keluarga. Better angkat dulu Kak kamu ni. Cepat" arah papanya.
Ketika Farid mengangkat kakaknya. Dia tidak langsung memandang muka Putri. Dia takut kehilangan kakaknya. Farid menuju ke bilik tidur Ayu.
Putri bersuara. Dia rasa bersalah. Dia masih terkejut dengan Farid yang meninggikan suara kepadanya. Belum pernah Farid bertindak sedemikian rupa.
Putri mendekati Papa mentuanya, "Pa, maafkan Putri. Putri tak tahu. Putri...." tidak sempat Putri menghabiskan percakapannya. Dia menangis, rasa bersalah dia kepada Kak Ayu.
"Tak pe Lisa. Lisa kan tak tahu. Dah Lisa pergi bilik . Takut pula papa, Farid tu meradang. Farid tu sebenarnya tak boleh kalau ada terjadi dekat kakak dia. Mula lah dia nak mengamuk. Dah, Lisa naik atas tau" arah Papanya secara lembut .
**************
Di bilik Putri tidak tahu apa yang terjadi. Cuma, doanya agar Kak Ayu baik-baik sahaja. Sempat dia berfikir, kalau Kak Ayu alah pada kacang. Kenapa dia mengajak untuk memasak kuah kacang.
Namun, mata Putri semakin berat. Tulah kelemahannya, seusai menangis akan terus tertidur.
*****************
"Nasib kamu cepat call kau, Lal. Saluran pernafasan Ayu hampir nak bengkak. Lepas ni, suruh dia makan ubat, rehat" pesan Doktor Keluarganya.
"Terima kasih Doktor" kata Datuk Jalal.
"Kan, budak Ayu ni dah tahu dia tak boleh makan kacang, kenapa dia makan?" soal Doktor Ismadi.
"Err... menantu saya tak tahu Ayu alah kacang. Tak pelah. Ayu pun dah okay kan. Dah, mari saya iringi Doktor keluar" kata Datuk Jalal.
Farid masih memegang tangan kakaknya. Dia tidak mahu kakaknya meninggalkan dia sepertimana mamanya meninggalkan mereka.
Ayu mulai sedar...
"Mal..." kata Kak Ayu.
"Kak dah sedar. Syukur... jangan tinggalkan Mal ye" peluk Farid.
"Tak. Kak dekat sini pun." pujuk Kak Ayu.
"Kenapa Akak beranj sentuh kacang?" soal Farid kepada kakaknya.
"Akak tak sampai hati nak kecewakan Putri. Lagipun, Kak tengok dia bersungguh-sungguh masak kuah kacang tu. Dia pula paksa-paksa kacang suruh rasa. Akak tak nak" alasan Ayu.
"Jangan lah buat macam tu lagi. Mal tak boleh akak tinggalkan Mal macam mama tinggalkan Rid" kata Farid, risau.
"Dah. Rid, biar akak kamu berehat. Ayu, kalau nak apa-apa. Panggil je ye" kata Papanya.
"Baik Pa" kata Ayu. Setelah Farid dan papanya keluar. Ayu mulai tersenyum menang.
"Tak sia-sia aku korbankan diri aku. Lepas ni, gaduh besar lah dorang. Hehehhe" kata Ayu, puas dengan rancangannya yang menjadi.
"Rid, pergi pujuk Lisa." kata papanya.
"Nantilah. Rid masih sakit hati. Kalau ada apa-apa jadi dekat Akak macam mana? Rid tak sanggup Pa, cukup Mama tinggalkan kita. Jangan Kak Ayu atau Papa" luah Farid. Dia masih marah dengan tindakan Putri.
"Ye.. Papa faham. Tapi, kan.. Lisa tak tahu yang Kak Ayu tu alah kacang. Kita pun silap tak bagitahu dekat Lisa. Yalah, redakan dulu perasaan kamu tu. Ingat. Lisa tak tahu.." kata Papanya dengan hemah.
Dikenal sungguh anaknya ni. Jikalau marah memakan masa untuk reda.
"Tengok lah nanti" tu sahaja Farid mampu jawab.
Share this novel