Semenjak Putri menjadi yakin, cantik, dan anggun dari segi pemakaiannya. Khaled tidak habis-habis menganggu nya di pejabat. Hal ini termasuklah dengan pemberian bunga dan coklat di atas mejanya. Putri ingin sahaja memberitahu bahawa Farid tu tunangannya. Namun, memikirkan hal itu menjadi rahsia, dia hanya membiarkan Khaled memberikan bunga dan coklat.
Khaled merasakan ada yang tidak kena dengan Putri, dia seakan tidak mempedulikannya. Pernah sekali Putri memberitahu bahawa berhenti menghantar bunga dan coklat namun dia masih tidak berputus asa agar Putri melihat kesungguhannya.
Khaled masih memikirkan bagaimana strategi agar Putri melihatnya sebagai penyelamat. Terbit rancangan jahat di benak Khaled.
Aku sanggup lakukan apa sahaja, asalkan Putri jadi milikku, biarpun terpaksa memerangkapnya" ujar Khaled dalam hati.
Khaled pergi mendapatkan Putri di mejanya. Khaled meneruskan rancangannya.
"Putri, Shana nak jumpa awak dekat bilik file sekarang" kata Khaled.
"Owh yeke. Okay. Boleh" kata Putri terus pergi ke bilik file.
Bilik file jauh di belakang. Sesiapa sahaja yang ke sana mungkin akan melalui jalan gelap sedikit.
Kini, Khaled pergi mendapatkan Nonie untuk mengumpan Mr Farid agar masuk ke perangkapnya.
"Nonie, boleh tak saya tak?" kata Khaled. Dia sebenarnya tahu bahawa Nonie menyimpan perasaan kepadanya namun diendahkannya kerana Khaled lebih memilih Putri berbanding Nonie.
"Apa tu Khaled?" kata Nonie. Dia tidak tahu bahawa Khaled sudah memasang perangkap untuk mengenakan Putri dan Farid.
"Tolong panggilkan Mr Farid dekat bilik file. Aku nak bincang sikit dengan dia. Boleh kan?" soal Khaled.
"Boleh, takda masalah" kata Nonie lantas menujuk ke bilik Farid.
Senyuman kemenangan sudah diukirkan oleh Khaled.
****2 jam sebelum*****
Khaled mempunyai perancangan mengumpan Farid ingin berbuat sesuatu yang tidak baik kepada Putri di bilik file. Bilik file dipilih kerana di sana belum dipasang CCTV.
Dia tahu Datuk Jalal akan datang hari ini kerana mereka ada meeting sebelah petang. Jadi, dia akan manfaatkan peluang ini untuk perangkap mereka berdua.
Jikalau mereka berduaan di bilik file. Mesti Datuk Jalal akan marah dengan Farid sebab berlaku tidak senonoh dengan pekerja kegemarannya, Putri.
Farid akan diberhentikan kerja dan tiada lagi pesaingnya.
Itulah rancangan Khaled.
*****Bilik file*****
Farid diberitahu oleh Nonie bahawa Khaled ingin berjumpa dengannya di bilik file. Farid pelik kenapa tempat itu dipilih oleh Khaled. Namun, baguslah. Kerana Farid ingin berbincang dengan Khaled mengenai hal Nonie dan Putri.
Farid memulas tombol pintu bilik file dan terkejut Putri berada di dalamnya.
"Princess, what you doing here?" soal Farid, pelik.
"Errr... Mr Farid, tadi Khaled cakap Shana minta tolong dekat bilik file tapi saya sampai dekat sini. Shana tak ada pun, Mr Farid pula buat apa dekat sini?" soal Putri, dia juga pelik dengan bosnya yang ada di sini.
" Eh, Khaled pun nak jumpa dengan Abang. Peliknya.. ke ada apa-apa ni?" soal Farid.
Namun, tidak sewenang-wenang ada lipas jatuh di rambut Putri, Farid ternampak dan terus berkata,
"Princess, there have something on your hair. But, please don't scream. Promise me?" kata Farid yang tahu fobia Putri ialah lipas.
"Apa tu, apa dekat rambut saya. Abang... Abang... kenapa dia berjalan, Abang... lipas kan?" suara Putri sudah meninggi dan terus berlari ke arah tunangnya, dia sudah menangis ketakutan.
"Don't be afraid Princess, abang nak ambil lah ni, jangan lah peluk abang. Macam mana abang nak ambil. Aduiii... " kata Farid. Dia tahu perbuatan Putri sekarang di luar sedarnya. Teringat bakal ibu mentua pernah memberitahu fobia Putri dengan lipas.
"Dah.. dah.. Lipas dah takda, stop crying..shuuu" pujuk Farid.
Tengah-tengah dia memujuk Putri. Kedengaran pintu dikuak dari arah luar.
"Astagfirullah, Farid.. kau buat apa dekat Putri, Datuk... tengok anak Datuk ni, tak senonoh. Berani dia sentuh Putri" jerkah Khaled.
Nonie, Datuk Jalal, dan Khaled bingkas ke bilik apabila terdengar suara nyaring Putri dari bilik file.
"Pa, i can explain. Tadi, ada lipas. So, Princess takut dengan lipas. I just do my job to take care of her" kata Farid.
"Kau siapa nak "take care" sangat dengan Putri. Tengoklah Farid ni, Datuk.. dia...." kata Khaled namun dipotong oleh Datuk.
"Dah sudah tu Khaled. Farid, macam mana korang berdua boleh dekat sini?" tanya Datuk Jalal.
"Khaled ni Pa, Nonie cakap dia nak jumpa saya dekat sini. Putri pula dekat sini sebab Khaled cakap Shana minta tolong dekat dia. Tulah pasal, kami dekat di sini" terang Farid.
Datuk Jalal melihat Khaled. Khaled sudah pucat mukanya.. Adakah dia bodoh? Ya, dia agak bodoh sikit. Dia tidak menjangkakan perkara ini akan berlaku.
"Baiklah, saya terus-terang. Memang saya yang buat sebab saya cintakan Putri, saya nak perangkap mereka. Maafkan saya, Datuk" kata Khaled menundukkan wajahnya. Dia tahu dia sudah tersilap langkah.
"Dah... saya maafkan awak, bukan sebab saya sayangkan awak, tapi.. awak tu anak kawan saya, saya bagi awak peluang sekali lagi." tegas Datuk Jalal.
"Maafkan saya Datuk, Farid, Putri, Nonie. Saya berjanji tak akan bersikap macam ni" kata Khaled. Dia tahu salahnya..
"Kalau awak buat lagi, saya tak teragak-agak akan berhentikan awak Khaled. Ini semua salah kamu lah Farid, cuba kamu bagitahu hal sebenar. Mungkin perkara ini tidak terjadi. Dah, bagitahu hal sebenar dengan Khaled" arah Papanya.
"Khaled, i think you should stop loving my Princess, because she is my finance." kata Farid.
Khaled terkejut mendengar kata-kata Farid. Patutlah Putri tidak memberikan tindak balas apabila dia memberikan bunga dan coklat. Panggilannya juga tidak berangkat. Ada hati ingin dijaga rupanya.
"Since when?" soal Khaled.
"Five months ago, i 'm sorry Khaled" kata Farid.
"Don't be. Aku yang perlu minta maaf. Maafkan saya sekali lagi Farid, Datuk, dan Nonie" kata Khaled, menyesal.
"Dahlah... buang yang keruh ambil yang jernih. Lisa okay tak?" kata Datuk Jalal.
"Rasanya dia tidur ni pa, sebiji macam mama dia cerita. Habis nangis terus tertidur." terang Farid.
"Dah angkat dia pergi bilik kamu, jangan ambil kesempatan dah" Kata Datuk terus berlalu pergi dari bilik file.
"Maafkan aku sekali lagi Farid. Sampaikan maafkan aku dekat Putri juga ye" kata Khaled.
"Okay cou...Aku blah dulu.. Dah jom Khaled, kita tinggalkan mereka berdua ni" kata Nonie.
Nonie dan Khaled meninggalkan mereka.
Farid terpaksa mengendong Putri ke biliknya
"Nasib ringan je my Princess ni" kata Farid dalam hati.
Putri tertidur dalam gendongan Farid.
Share this novel