Bab 15 - Huda
putri sudah memindahkan semua barang kepunyaannya ke bilik pejabat Nonie. Sememangnya, Nonie senang apabila Putri dipindahkan ke jabatannya. Begitu juga Khaled.
"So, macam mana Putri? Everything okay?" soal Khaled sambil mendekati Nonie, pujaan hatinya.
"insha Allah. Cuma, ada sedikit risau" kata Putri tanpa berselindung.
"Tu jangan risau. Aku kenal lah sepupu aku tu. Orang macam Huda tu. Not his taste" kata Nonie, yakin.
"but, before Abang meet me. Bukan taste Abang macam tu ke ? Yang ala-ala model" kata Putri yang teringat bekas kekasih suaminya, Julia.
"Alah kau ni. Relaks. Tu sebelum .. ni selepas. Dah tak macam dulu dah" kata Nonie.
"Dah... Okay, apakata hari ni kita lunch sama-sama. nak tak?" Cadang Khaled.
Nonie dan Putri serentak menganggukkan kepala mereka tanda setuju.
*** Di bilik Farid****
"Anything, sir?" Basa-basi Huda.
"So, you will be my PA now. okay, here the things that you should know about me... Okay, pertama. Bacakan program saya setiap jam 8 pagi. Hanya ke bilik saya sekiranya saya panggil. Dan pastikan pintu bilik ni terbuka kalau awak ada dekat dalam" terang Farid.
"maaf, sir. Kenapa nak kena buka pintu?" Soal Huda.
Farid senyum kepada Huda.
hati Huda berdegup sambil hatinya berkata, "boleh tahan juga bos baru aku ni.."
"Sebab saya tak nak orang cakap-cakap . Tak manis. Sebab saya dah khawin. Orang rumah saya itu PA sebelum awak yang kena paksa pindah dekat team Kreatif" panjang penerangan Farid.
Hati Huda tersentak sedikit dan hatinya bersuara, "patutlah mamat ni membantah aku jadi PA dia. Lepas tu, asyik tengok kak Putri aje. Bini dia rupanya".
"So , kalau takda apa-apa. Boleh dah kut, buat kerja awak" kata Farid.
Huda agak tersentak dengan layanan Farid kepadanya.
"Baik. Sir" paminmt Huda.
Di meja, Huda mengkhayal. Dia teringat perbincangan dia dengan Kak Ayu.
"Huda, ingat lagi tak Adik akak yang akak cerita dekat Ireland dulu?" Soal Kak Ayu.
Huda dan Ayu berkenal di Ireland. Ini kerana, majikan Ayu merupakan ayah kepada Huda.
Apabila Ayu menunjukkan foto Farid kepadanya. hatinya berbunga-bunga dan tetiba jatuh hati dengan empunya gambar.
"Akak nak ajak Huda kerja dengan akak. jadi PA adik akak. nak?" Soal Ayu lagi.
"nak.. nak" kata Huda.
Tidak disangka rupanya Farid sudah berkhawin. Dia terus menghantar pesanan kepada Ayu.
"Akak... Abang Farid dah khawin ke dengan Kak Putri?" soal Huda.
Huda yang baru berusia 23 tahun berhak memanggil Putri kakak kerana umur Putri mencecah 25 tahun.
Kak Ayu membalas pesanan tersebut, " A ah. Tapi, akak tak berapa berkenan dengan dia. Tu yang akak suruh Huda jadi PA mal, supaya ada masa lebih"
"Owh.. yelah kak. Akak doakan saya ye supaya Abang Farid lembut hati dengan saya" kata Huda. Minta restu dari Ayu.
"Mestilah Huda. Kak Ayu nak sangat Huda jadi adik ipar Akak. Bukannya si Putri tu. Menyampah akak" kata Ayu.
Kini, dirasakan Huda bahawa dia akan berjaya memiliki Farid kerana dia menyimpan hati dengan Farid saat ditunjukkan gambar kepadanya.
"I don't like sharing, Kak Putri. What is mine, forever will be mine " gumam Huda.
Itulah perangai sebenar Huda.
Share this novel