BAB 10

Romance Completed 11622

Bulan yang paling mengerikan bagi pelajar tingkatan 5 semakin hampir. Setiap hari Akim dan yang lain-lain lepak di rumah ku untuk study. Aku tak faham lah dengan si Akim ni. Dia tu lelaki tapi nak juga study group dengan kitorang yang perempuan ni.

Kali ini Syaf rasa janggal sikit sebab family yang lain tak de kat rumah. So hanya kitorang lima perempuan dengan seorang lelaki. Awkward! mak ngan bapa tahu yang diorang akan datang hari ni. So diorang dah pesan awal-awal jangan lupa kemas rumah lepas tu.

“Korang bawa buku apa?” soal Syaf selepas mereka yang lain dijemput masuk ke dalam ruang tamu. Errghh! Takkan nak bawa bilik kot? Girls aje dibenarkan masuk.

“Addmaths lah. Kau kan pandai addmaths. Ajarlah aku do.” pinta Akim sambil menunjukkan kecomelannya.

Bukan comel , seriau do bagi aku. “Kejap, aku pergi ambil air kat dapur jap. Fakh ikut aku.” syaf memberikan senyuman sebelum menarik Fakh ke dapur sekali.

Sesampai sahaja di dapur Syaf menyandarkan Fakh di dinding lalu memandang kiri dan kanan untuk memeriksa line clear ke tak.

“Apa hal kau?” soal Fakh yang berkerut dahi.

“aku ajak korang. Dah kenapa Akim ada sekali?” soal Syaf.

“Laa, bukan selalu dia ikut join ke kita bila ada study group?”

“Aku bukan ajak korang study lah hari ni. Aku nak ajak korang tengok cerita ni.” Syaf menunjukkan dvd drama korea di depan mata Fakheerah membuatkan dia teruja. Ye , dia lah sahabt aku yang meminati drama korea. Sebenarnya aku tak minat sangat pun. Dvd ni pun aku dapat masa birthday aku tapi tak tengok lagi.

“Wah daebak! Alaa ajak je lah dia sekali apa susah?” sesedap hidung si Fakheerah je cakap macam tu. Aku ni dah lah emosional sikit masa layan drama. Aku ni hati lembut tahu tak? Kang aku nangis masa tengok . Tak ke malu si Akim tengok?

Belum sempat SyaF menghalang Fakheerah, dia terus sahaja ke ruang tamu untuk memasang dvd tersebut. Syaf mengeluh berat lalu menyediakan air dan popcorn yang sudah di beli tadi.

Syaf kembali ke ruang tamu dengan dulang yang berisi air coke dan popcorn. “Sorry lah kalau kau tak suka. Ni lah kerja kitorang bila lepak. Layan drama korea. Kau okey kan?” soal Syaf dengan bunyi yang agak risau. Aik? Apahal aku nak risau pula dengan dia ni?

Dia menggelengkan kepala lalu mengukirkan senyuman kepada syaf membuatkan syaf lega sedikit. Ergh! Hari ni aku tak boleh layan sangat nanti air mata meleleh tak pasal-pasal servant aku ni bahan aku tiap hari. Habis lah air muka aku sebagai princess.

Syaf keluar sekejap untuk memanggil kakak chici untuk menyertai kami sekali. Biarlah ramai perempuan nanti tak pasal-pasal kena tangkap khalwat macam mana? Huh! Habis rosak nama mak bapa aku.

Kakak chici dengan rela hatinya menyertai kami untuk menonton drama tersebut. Mereka menjemput Kakak chici dengan baik sekali.

Akim duduk di atas lantai manakala kami berenam duduk menyempit di atas sofa dengan tangan yang memegang mangkuk besar berisi popcorn. Akim juga ada tetapi hanya untuk dia seorang. Iyeee! Siapa nak kongsi dengan dia. Haha!

Drama korea yang bertajuk ‘To the beautiful you’ mula ditayangkan setelah Nora menekan butang mula. Watak utamanya Minho dari kumpulan shinee manakala heroinnya pula bernama Sulli dari kumpulan f(x).

Watak utamanya agak hensem kalau dia senyum alahai! Boleh cair lah. Kebanyakkan kawan Syaf amat berminat dengan K-drama dan K-pop jadi disebabkan Syaf tak nak mengecilkan hati mereka ketika mereka bercerita kepadanya tentang dunia korea. Syaf mula mengambil tahu sedikit tentang dunia korea supaya bila mereka berkongsi minat kepada nya , dia boleh lah memberikan sedikit respon.

“Eh, Akim.. Muka kau macam minho lah.” Tiba-tiba sahaja Ainiz bersuara membuatkan semua mata memandang ke arah Akim. Semua mempersetujui apa yang dikatakan oleh ainiz tetapi bukan syaf.

Syaf mula tergelak dengan Kata-kata Ainiz. “Aduh! Aduh! Sakit perut. Kau bergurau apa ni niz? Hahaha.
Akim menjeling ke arah gadis yang menjadi crush nya dari dulu lagi. Ini bukan kali pertama orang cakap muka aku macam minho kau tahu tak? Cakap je lah kau dah cair dengan muka hensem aku daripada minho.

“bagai melepaskan kentut di dalam lif” kata syaf lalu menyambung kembaki ketawanya.

Entah apa punya peribahasa lah si Syaf ni guna. Buat perosak bahasa melayu je. Semua kawan-kawan nya menggelengkan kepala melihat perangai Syaf yang sedang mengilai seperti cik Pon dan Lang itu lalu sambung layan drama korea.

“Eleh, cakap jelah kau dah cair dengan kehenseman minho tu sampai kau tak ngaku yang muka aku macam dia.” Akim bersuara setelah lama berfikir untuk merungkaikan type lelaki yang disukai oleh syaf.

“Tak de maknanya. Minho tu boleh lah. Tapi aku lagi suka melayu tulen kau tahu tak?” kata Syaf membuatkan kawan-kawan nya menahan ketawa.

“Syaf, kau tak payah nak tipu lah. Dengan Akim kau boleh kencing tapi dengan kitorang harap maaf. Kau dah minat dekat minho tu ngaku jelah.” bisik hati Fakh, niz, Nora dan Nad di dalam hati.

Kakak chici hanya diam melihat Akim dan syaf berkelahi. Diorang ni tak pasal-pasal kahwin dah besar nanti baru tahu. Mulut aku ni masin. Hehe

“Minho? Hensem seribu kali ganda daripada kau. Buweek!” Syaf menjelirkan lidah kepada Akim.

“Okey fine.” mengalah Akim lalu kembali memfokuskan matanya ke arah televisyen.
Akhirnya kami sudah menonton 3 episod dari 16 episod drama ini. Syaf sampai tertidur di atas kerusi takut terlalu melayan punya pasal. Nanti nangis siapa nak tanggung?

Nad mengejutkan syaf dari terus dia tidur di atas sofa. “Weh bangun! Boleh pula kau tidur?”

“Hmm.. Dah habis ke?” soal syaf dengan suara yang serak-serak basah.

“Dah habis sayang.” jawab ainiz lalu mengelus lembut pipi gebu Syaf.

Syaf menegakkan tubuh badannya. Tudung bawal yang di atas kepala diperbetulkan sedikit. Matanya memandang setiap muka kawan-kawan nya. “Dah pukul berapa?” soal nya.

“Pukul 5.” jawab fakh.

“jomlah solat.” ajak Nad dan yang lain mengangguk. Manakala kak chici meminta izin untuk pulang ke rumahnya. Seperti biasa Akim akan menjadi imam kepada makmum perempuan. Macam berbini banyak pula. Hahaha

Selepas habis solat, Syaf dan kawan-kawan kecuali Akim ke bilik tidurnya untuk membetulkan tudung masing-masing.

“Weh kau tak rasa ke Akim betul betul suka dekat kau?” soal Fakh.

“Suka siapa?” blur Syaf. “Kak chici? Wah daebak! Mesti gempak punya rumah tangga diorang nanti.”

“Apahal pula?” pelik Ainiz.

“Entah. Teka je, hehe!” gelak Syaf.

Dia ni memang tak de perasaan langsung dekat Akim. Tak payah ditanya. Tengok reaksi muka pun dah tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience