BAB 6

Romance Completed 11622

Akhirnya , Akim bangun dan turun dari terus bertenggek di motosikal nya itu. “terima kasih kerana memberitahu saya bahawa setiap gadis di sekolah ini mempunyai hati terhadap saya. Adakah tuan puteri juga mempunyai perasaan juga terhadap saya?” soal Akim.

Mendengar soalan Akim membuatkan Syaf menekan perut dan meletuskan ketawanya.

“Tuan puteri tak akan jatuh hati kepada servant nyalah Akim. Stop make me laugh.” balasnya lalu memasukkan anak kunci untuk menghidupkan enjin motor.

Dia mula naik ke atas tempat duduk dan mula menekan punat starter. Topi kaledar di pakai ke kepala. “Untuk keselamatan diri.” bisiknya sendiri. Syaf membetulkan cermin sisi supaya dapat melihat belakang melalui cermin. Sedang dia mengatur-ngatur , dia melepaskan keluhannya.

“Kau nak apa Akim? Asyik diri kat situ je.” Syaf memandang Akim dengan muka yang malas. Aku nak balik. Nak tidur! Daripada tengok muka kau kat sini.

Akim menunggu sahaja Syaf untuk menuturkan soalan yang patut diberikan kepadanya tetapi Syaf hanya memberikan pandangan malas kepada dirinya. Kenapa kau ni degil sangat huh?

Semasa perbualan Syaf dan kawan-kawan nya , Akim berada di luar kelas mereka secara kebetulan. Setiap perbualan mereka jelas didengari Akim. Akim fikir lepas habis sekolah Syaf akan tanya tentang cabaran itu atau mencarinya tetapi fikirannya jauh terpesong.

“Kau tak penat ke kacau aku tiap hari? Dari darjah 2 lagi kau tak habis habis nak usik aku.” kata syaf lalu mematikan enjin motosikal. Dia cuba menyorong motosikal ke belakang tetapi di tahan Akim. Ish! Apa masalah dia ni do?
“Tak.” balas Akim yang memeluk tubuh.

“Okey, so bagitahu aju straight to the point. Apa kau nak dengan aku?” soal Syaf seperti pasrah.
Serious dia ni memang bendul tahap maksimum betul. Kau tak tahu ke aku nakkan perhatian kau Syaf?

“Aku nak cerita pasal cabaran yang bagi untuk kau.” kata Akim dengan nada suara yang malas.

“Hah! Ha ar! Rupanya kau lah yang aku nak jumpa. Hahaha! Apa lah pelupa betul aku ni. Makan semut banyak lah ni.” kutuknya kepada diri sendiri.

“Hmm.. Apa dia?” sambungnya lalu kembali memandang Akim dengan serious.

Akim tersenyum apabila mendengar celoteh gadis itu lalu kembali ke dunia asal apabila soalan ditujukan kepadanya.

“Aku cabar kau. Kau minta nombor telefon Alif.” kata Akim membuatkan Syaf ketawa terbahak-bahak. Akim memberikan pandangan yang penuh dengan soalan kepada gadis itu. Aku ada buat lawak ke?

“Aku dah ada lah monyet. Siap setiap malam aku mesej dengan on the phone dengan dia.” bohongnya. Dia memang ada nombor telefon Alif tapi tak de maknanya aku nak mesej dia setiap hari. Buat apa pun?

Ketika Syaf memberitahu yang dia sering bermain mesej dan menelefon Alif setiap malam. Hati Akim seperti dirobek. Kepalanya menjadi kosong tiba-tiba.

Sedang Akim mengelamun , syaf mengambil peluang itu dengan mengundur motosikalnya ke belakang dan menghidupkan enjin.

“Okey! So cabaran kau ni aku dah langgar. From now you are my servant!” jerit Syaf menghentikan lamunan Akim lalu terus meninggalkan Akim yang terpinga-pinga seorang diri untuk membalas kata-kata Syaf.

“Hahaha!” gelak Syaf jahat ketika di atas motosikal. Lawak gila muka dia tengah termenung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience