BAB 17

Romance Completed 11622

Malam itu , kami berlima keluar untuk makan malam di restoran mamak. Syaf nak tengok fifa tak memasal 4 ekor sahabatnya itu ditarik sekali. Yelah, esok hari minggu maaa.. Cuti lah bha. Tapi sekarang bukan malam lagi. Sudah pukul 2 pagi maaa!

“wehh.. Sejak bila kau minat bola sepak ni ‘PRINCESS’ ?” perkataan princess ditekankan kerana memerli Syaf yang langsung tak de ciri-ciri princess.

“Alaaa.. Abang aku lah , dia cabar aku.. Kalau Spain menang lawan portugal malam ni . Aku kena bagi nombor nad dekat dia. Kalau portugal menang , aku bagi nombor dia kat kau.” balas syaf membuatkan masing-masing ketawa kecuali Nad. Apa da?

“Eh bengong, sama lah tu. Kalau dia menang kau bagi nombor nad. Kalau kau menang kau bagi nombor abang kau. Apa beze dia?” soal Ainiz dengan kebengongan Syaf dan dipersetujui ramai.

Nad yang sedang duduk di hadapan syaf mula tersipu malu buat kali pertama. Aku tahu dia ada perasaan dekat abang aku. Tapi saje je aku terima cabaran mangkuk abang aku tu.

“Kan ada perbezaan di situ? Kalau aku bagi nombor abang aku dekat nad. Belum tentu lagi si nad ni nak whatsapp abang aku. Kalau aku bagi nombor nad.. Sah sah lah dia whatsapp si Nad. Lain lah kalau nad nak text abang aku..” usik syaf sambil memandang Nad.

“Ouch!” jerit kecil syaf apabila tangannya dicubit Nad.

“Oh ha ar.. Bagus permainan kau.” angguk Fakheerah yang sudah tahu tentang rancangan Syaf.

“Tapi kau memang kan? Tak boleh nak dengan perkataan cabaran langsung.” kata ainiz membuatkan Syaf mendabik dada. Eh biasa lah!

“Nak makan apa adik manis?” soal seorang pelayan yang bekerja di situ.

“Hmm , teh ais 3. Milo ais 2.. Roti telur 5.” kata Syaf setelah masing-masing berbincang.

Pelayan itu menganggukan kepala lalu pergi meninggalkan mereka berlima.

Kedai mamak itu mula dipenuhi dengan pelanggan – pelanggan yang mempunyai niat yang sama untuk menonton fifa untuk tahun ini. Yelah Fifa kan 4 tahun sekali.

Siara langsung bola sepak di antara Portugal dan Spain mula ditayangkan di papan wayang yang besar. Mata syaf mula terang apabila setiap orang mula bersorak.Manakala Nad dan lain-lain hanya memandang ke arah skrin tersebut dengan pandangan kosong.

“Mana makanan ni?” soal Ainiz yang malas untuk terus fokus pada perlawanan itu.

Akhirnya , makanan yang dipesan telah sampai di meja kami. Fakheerah , Nad dan nora yang pada mulanya tersengguk-sengguk mula menegak apabila makanan sudah sampai. Syaf hanya menggelengkan kepala melihat perangai kawan-kawan nya yang sedikit pun tiada minat akan perlawanan bola sepak.

Mereka mula menjamu selera dengan gembiranya manakala Syaf hanya memfokuskan matanya kepada perlawanan itu. Dia boleh kata minat juga lah dengan bola sepak sebab dia dikelilingi dengan adik-beradik lelaki jadi diorang selalu ajak Syaf untuk menonton perlawanan bola sepak tak kiralah antarabangsa punya ke atau di dalam negara punya.

“Goalll!” jerit setiap penyokong Sepanyol yang menumpukan perhatian kepada skrin tersebut.

“Ceit!” decit Syaf apabila Sepanyol dapat memboloskan bola ke dalam tiang gol Portugal.

“So Nad, bakal kakak ipar Syaf er? Hehe!” Usik Nora membuatkan pipi nad membahang panas sehingga menunjukkan kemerahan yang muncul di pipinya.

Ainiz dan Fakheerah pun mula mengusik-usik nad. Syaf hanya diam melihat Nad yang diusik sehingga tampak muka Nad begitu merah sekali.

“Weh tolong lah aku!” pinta Nad kepada Syaf. Nora , Fakheerah dan Ainiz mula memandang ke arah Syaf. Betul ke syaf nak tolong kau nad? Antara kita dia lah kaki bahan. Hahaha!

Syaf akhirnya bersuara dan menyertai mereka bertiga mengusik Nad. Sehingga mereka penat dalam mengusik nad. Masing-masing sudah melelapkan mata setelah lama menahan berat yang ditampung di mata.

Nad dan lain sudah mula berdengkur di atas meja. Syaf masih lagi menonton perlawanan itu sehingga tamat. Kadang-kadang matanya juga meragam untuk meminta direhatkan tetapi Syaf segera menahannya sehingga tamat perlawanan.

“Weh korang.. Bangun!” jerit Syaf mengejut keempat-empat kawannya itu. Mereka mula bangun dan menggosok-gosok kedua belah mata dan memandang syaf dengan kuyu.

“Siapa menang?” soal nad setelah menoleh ke arah skrin itu tetapi siarannya sudah habis.

“Tahu lah kau nanti.” balas syaf dengan senyuman lalu menarik tangan Nora untuk membantunya berdiri tegak. Haih! Ainiz dengan si Fakheerah pula dah macam orang lepas minum arak aje. Macam mabuk?

Syaf menjadi pemandu lah gamaknya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience