BAB 22

Romance Completed 11622

Pada pandangan syaf..

Sejak kebelakangan ni , aku nampak Nora ngan lain-lain pelik sangat. Tersengih-sengih , apa sia yang diorang sorok dekat aku? Bila aku bagitahu aku nak ke rumah Datuk Hisyam bukan main menggalakkan lagi aku ke sana walaupun aku minta diorang tolong aku.

Apahal dengan 4 ekor tu pun aku tak tahu lah haihh.. Kereta Myvi ku mula berhenti di hadapan banglo milik Datuk Hisyam dan Datin Rosnah. “Apak besar siot!” jerit ku yang masih di dalam kereta.

Pintu pagar banglo itu mula terbuka sendiri membuatkan aku mulai masuk ke dalam laman banglo tersebut. Haihh! Rasa kecil je aku ni. Besar gedabak rumahnya oi!

Hoi orang kampung! Meh lah jemput masuk sekali! Muat agaknya.

Enjin dimatikan. Jantungku mulai berdegup laju kerana masih berkira-kira untuk masuk atau tidak. Belum sempat aku membuat keputusan kali terakhir wajah Datin Rosnah sudah muncul di luar kereta kecil ku. Huhu.

Aku membuka pintu myvi dan menyapa Datin Rosnah dengan senyuman sebelum aku memeluknya apabila pintu kereta ini ditutup. Datin Rosnah memeluk lengan ku memasuki istana miliknya.

Gigi tulen ku hampir terjatuh dan bakal diganti dengan gigi palsu apabila melihat design dalaman rumahnya yang tak ubah seperti istana. Air terjun berdiri kukuh di tengah rumahnya. Perghh! Perghh! Ini kalau mandi kat tengah tu pun boleh. Hahaha!

“Tutup lah mulut tu.” suara itu membuatkan mata aku terbutang luas. Suara yang aku rindukan selama 7 tahun. Mungkin kot? Sebab 7 tahun tu lama lah. Kalau kau ingat tu. Bohong k?

Aku memusingkan tubuhku untuk melihat empunya suara itu. Dah sudah! Gigi aku masih kukuh kan? Hazran Akim a.k.a ex servant berada di hadapan ku yang lengkap dengan baju kameja.

“Inilah anak mak cik.” kata Datin rosnah membuatkan aku rasa nak tergelak pun ada. Tak tercirit kat situ pun ada. Aduh! Dekat mana aku berada sekarang ni?

Aku hanya mampu terdiam dan tergamam di situ. Patut lah 4 ekor kat rumah tu duduk tersengih-sengih dengan aku. Lagi-lagi si nora gendut tu.. Haih! Benda dah tahu bukan nak cakap kat aku.

Datin Rosnah masih lagi memeluk lengan ku dan Akim menyusuli kami hingga ke meja makan. Datuk Hisyam yang sudah duduk di situ memberikan aku senyuman. Aku membalasnya dengan senyuman yang paling manis tambah gula dan susu pekat lagi.

Akim menarikkan kerusi untuk ku tetapi aku duduk di sebelah tempat yang dia tarik tadi. Hehe! Entah lah! Aku nak balas dendam kat dia. Sebab dia pergi ke London tak bagitahu aku. Lagi-lagi sebelum dia pergi london tu dia buat tak endah dengan aku.

Dia memandang ku dengan wajahnya yang kosong seperti dahulu. Wajah yang paling aku rindukan. Hmmm hmmm syaf! Sekarang kau mengaku erk kau rindukan dia? Hehe!

Pada pandangan Akim…

Hari ni aku gembira sangat apabila gadis yang aku cintai ialah gadis yang selalu ibu ceritakan kepada ku. Semasa pengenalan aku sebagai manager di Syarikat papa. Nora tampak terkejut melihat aku ialah anak kepada Datuk Hisyam. Termasuk juga aku yang terkejut melihat dia yang berkerja di situ.

Selepas sahaja pengenalan tersebut, aku dan nora mula keluar untuk berbual setelah lama tidak berjumpa. Dia beritahu yang Syaf pun bekerja di bawah syarikat tersebut dan berita itu membuatkan senyuman aku mati serta merta kerana aku takut aku tak dapat lupakan Syaf bahkan lagi dia dekat dengan ku.

Nora hairan dengan reaksi ku. Aku meluahkan segalanya pasal Syaf yang sudah berkahwin dengan Alif dan mempunyai seorang anak yang bernama puteri. Nora ketawa berdekah-dekah mendengar cerita ku sehingga mengesat air mata yang mengalir dari kelopak mata. Apa yang lawak?

Selepas 10 minit dia ketawa macam orang gila, dia mulai cerita kesalahfahaman yang telah aku simpulkan. Tak pasal-pasal aku malu sendiri disebabkan kesimpulan ku sendiri.

Tapi aku tak kisah.. Cerita Nora membuatkan bibir ku mengukirkan senyuman yang lebar tanpa hilang walaupun sesaat. Senyuman aku bertambah lebar lagi masa aku terserempak dengan Syaf semasa dia menadah tangan di depan pejabat papa.

Aku nampak dia tapi dia tak nampak aku. Wajahnya tampak gelabah buat pertama kalinya aku lihat sedangkan sebelum ini, dia hanya menunjukkan wajahnya yang cool and chillex. Nampak comel juga dia tu walaupun tengah gelabah.

Dia hilang dari pandangan mata selepas membuka pintu pejabat papa. Mama yang sedang berdiri di sisi ku ternampak kelibat syaf mula menceritakan bahawa syaf ialah gadis yang dia berkenan untuk dijadikan menantu. Terus sahaja mama meninggalkan aku seorang diri untuk mengejar Syaf.

Aku pula berdiri di luar pejabat mencuri dengar perbualan mereka bahkan manager papa memandang aku pelik tetapi aku mengendahkan pandangan wanita itu.

Syaf sudah sampai di laman rumah ku membuatkan lamunan untuk memiliki gadis itu terhenti. Mama memeluknya setiba sahaja dia keluar dari perut kereta. Aku sudah memberitahu mama bahawa Syaf lah yang bakal menjadi isteri ku kelak. Mama tampak gembira sangat dengan keputusan itu.

Aku tak nak kehilangan Syaf buat kali kedua. Kali ini aku ingin memiliki gadis itu dan mencintai dia buat selama-lamanya. Aku menarik kerusi untuknya duduk tetapi dia melabuhkan punggung di sebelah membuatkan aku menggigit bibir. Syaf ni memang tak berubah langsung.

Aku mula melabuhkan punggung di sebelah papa yang sudah meletuskan ketawa kecilnya apabila layananku berikan kepada Syaf tidak dilayani. Aku menjeling ke arah papa untuk memberi arahan supaya berhenti ketawa.

“Ehem!” papa menghentikan ketawa dengan berdehem. Bibirnya masih lagi tersengih sumbing dan mula menegur Syaf.

“Terima kasih kerana sudi hadirkan diri.” ucap papa dengan senyuman yang manis dibibirnya.

Syaf memberi anggukan dan senyuman. “Sama-sama Datuk.”

Kami mulai makan makanan yang dihidangkan oleh bibik dan mama. Makanan di hadapan mata tidak dapat memukau nafsu makan ku. Wajah Syaf menjadi perhatian. Kadang-kadang mata kami bertembung tetapi dia tidak kisah malah menunjukkan sebaris giginya yang lama aku rindukan.

Setelah tamat sahaja menjamu selera, papa mula membuka topik secara rawak. Syaf selesa bersembang dengan mama dan papa. Tidak seperti gadis-gadis yang pernah mama bawa bertemu papa. Mereka nampak kekok berbeza dengan Syaf.

“okey lah datin.. Datuk.. Saya kena pulang ni. Takut malam sangat pula nanti. Ye lah kan, sekarang ni kan banyak sangat kes-kes yang berlaku kat Malaysia ni.” kata Syaf selepas menyalami tangan dan mencium kedua belah pipi mama.

“Hmm baiklah. Kalau senang-senang datang lah rumah pak cik ye? Tak payah lah berdatuk datin. Panggil aje pak cik ngan mak cik. Kalau boleh papa ngan mama pun pak cik tak kisah.’ Papa memberikan senyuman kepada Syaf lalu memandang ke arah ku. Memberikan lampu hijau untuk menghantarnya ke depan.

Mama juga memberikan sign board kepada ku. Terus sahaja aku mengangkat punggung dan mula mengiringi syaf ke pintu hadapan. Tak tahu kenapa, bibir ku menjadi beku dan kelu di dalam mulut. Akim! Do something!

“Ammmm.. Hmmm” tengkuk belakang digaru-garu. Kepala menunduk ke lantai. Aduh! Kenapa ngan aku ni?!
“Aku kenal kau ke?” soal Syaf membuatkan kepala ku terus mengangkat dari terus menunduk. Mata ku terbutang memandangnya. Tiba-tiba sahaja dia mentertawakan ku.

“Akim.. Long time no see. Congrats sebab bakal menjadi pengarah kat syarikat tu. Tak pasal-pasal aku pula jadi kuli kau. Haih! Malang betul nasib aku.” katanya lagi membuatkan aku tersenyum mendengar ayatnya. Ternyata dia masih ingat aku.
“Hmmm.. Sorry..” tutur ku membuatkan dia menghembuskan keluhan yang berat seperti sudah lama dia simpan sesuatu keperitan. Dia mula menyarungkan kakinya ke dalam kasut. Kepalanya mendongak untuk memandang muka ku. Dia kan pendek.. Keke! Tapi comel.

“Harap maaf , sorry anda tak diterima.” katanya lalu pergi meninggalkan ku yang mula blur. Aku termenung ke arah keretanya sehinggalah kereta itu hilang dari pandangan mata. Tak tahu kenapa kaki aku jadi berat untuk mengejarnya setelah dia mengatur ayat itu kepada ku.

Arghh! Ini semua salah kau Akim! Cemburu sangat dekat si Syaf dengan Alif dulu. Sekarang ni? Hah! Nah kau! Maaf kau siap tak diterima lagi. Syaf , just wait for me. I will make you falling in love with me. I promise.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience