BAB 2

Romance Completed 11622

Untuk sekian kalinya , loceng dibunyikan menandakan waktu rehat sudah tamat. Mereka semua mula mengangkat punggung dari situ secepat mungkin lagi-lagi si Syaf yang tak reti sabar dari tadi.

Akim menarik diri untuk pulang ke kelasnya selepas dihalau baik punya oleh Syaf tetapi Akim hanya mengukirkan senyuman kepada Syaf.

“Apahal dengan Si Akim tu do? Meremang bulu roma aku bila dia duduk semeja dengan kita tadi.” kata Syaf ketika berjalan pulang ke kelas.

“Eleh! Okey apa? Cute do dia tu.” Jawab nora manakala yang lain setuju kecuali nadhirah dan syaf.

“Hahaha! Are you kidding me Nora?” gelak Syaf kuat.

“Kidding? I’m serious lah. Apahal kau tak suka dia? Bahaya tau kalau benci kan orang sangat nanti dia jatuh cinta kat orang tu.” Usik Fakheerah membuatkan Syaf mengecilkan mata melihatnya.

“Aku bukan benci dia lah. Aku annoying je dengan dia tu.” balas syaf dengan jujur. “Tapi kenapa korang suka kat dia huh?” soalnya pula.

“Kau tak tahu ke weh? Dia tu hensem , baik, caring..” belum sempat Ainiz menghabiskan kata-katanya Syaf menyambung ayatnya.

“dan kemas.. Memang kena dengan ciri-ciri setiap gadis melayu, lagipun dia tu anak mak.. Dia utamakan mak dia dulu dari orang lain… Bla bla bla.” sambung syaf menghafal ayat mereka tiap kali menjawab soalannya.

“Tahu pula. Asal tanya?” Fakheerah mencelah.

“Eh , aku tanya kawan-kawan yang lain pun. Jawapan dia sama je. Ceh ye ye je dia macam tu. Tak percaya lah aku.” syaf menggelengkan kepala dan menjulingkan matanya ke atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience