BAB 4

Romance Completed 11622

“Haihh!” keluhnya sendiri apabila didenda oleh cikgu disiplin. Dia didenda berdiri sebelah kaki di atas kerusi di tapak perhimpunan.

“Mulut kak chici ni masin betul lah.” tambahnya lagi.

Setiap kali pelajar yang melalui jalan itu memandang ke arah Syaf lalu tergelak tapi Syaf membiarkan aje mereka. Buat apa pun nak layan diorang ni.

“Syaf!” jerit cikgu di tingkat atas menjadi pemerhati.

“Ye..” jawab Syaf dengan suara yang kecil lalu mengangkat kakinya kembali.

Setelah beberapa jam Syaf berdiri satu kaki di tapak perhimpunan, akhirnya waktu dia didenda sudah tamat membuatkan dia terus melompat dari kerusi itu.

“Nasib baik aku pakai baju sukan hari ni.” senyumnya lalu mengambil beg sandangnya yang diletakkan di atas pentas.

Dia berjalan menuju ke arah kantin untuk menunggu sahabat-sahabatnya yang lain. Setiap pelajar sekolah mula memenuhi kantin sekolah yang hanya mengambil masa selama 2 minit selepas bunyi loceng.

“Wah daebak gila!” kagum Syaf sendiri dengan pelajar sekolah itu. Selalunya dia lambat sikit ke kantin sebab cara jalan dia macam kura-kura. Hehe.

“Syaf!” panggil nad setelah lama mencari batang hidung sahabatnya itu.

“Eh monyet. Kau ponteng kelas ke?” soal nad tanpa memberi salam. Dahlah panggil aku monyet pula tu.

“Ponteng kelas? Erghh! Tak de maknanya aku nak ponteng kelas sorang-sorang. Baik aku ajak korang sekali. Tadi hah , Arifah dapat tangkap aku datang lambat. Lagi-lagi dia tangkap aku masa aku puji diri aku sendiri.” cerita syaf membuatkan mereka ketawa terbahak-bahak.

Syaf memberikan jelingan maut kepada mereka dan serta merta ketawa mereka hilang. Mereka jugalah di antara orang yang mendoakan aku ditangkap cikgu. Kurang pedas betul!

“ala lekk arhhh!” perli Nora dengan tag line aku selalu. Aku menjulingkan mata ke atas. Malas melayan mereka ni.

“Hei!” tegur Akim lalu melabuhkan punggung berhadapan dengan syaf.

“Hei.” balas mereka kecuali Syaf.

“Kau nak apa? Kau ni dah tak de kawan ke? Tak malu lepak dengan perempuan?” soal Syaf bertubi-tubi sebelum bermain dengan straw minumannya.

“Chill lah babe. Aku dengar kau kena denda dengan Puan Arifah? Betul ke?” soal Akim seperti berminat untuk mendengar cerita dari syaf.

“Akim, aku tahu lah kau tu anak murid kesayangan Pn.Arifah. Kalau kau buat jahat sekalipun, aku rasa dia takkan denda kau punya. So baik kau blah daripada tanya aku soalan yang memalukan aku.” ngumpat hati Syaf.

“Weh aku tanya kau ni.” kata Akim lagi kerana soalannya tiada jawapan dari syaf.

“Aku dah jawab lah. Kan kan kan? Nad kan?” soalnya kepada nad yang duduk di sebelah.

“Ha ar. Kau tak dengar ke? Tapi apa yang kau cakap tadi erk? Aku pun tak dengar lah.” apak arhh! Lurus bendul gila kawan aku ni. Aku bagi sign board baik punya. Aku malas lah nak layan si Akim ni.Nora , fakheera dan Ainiz memandang Syaf. Sememangnya diorang pun nak tahu.

“ye , aku kena denda diri satu kaki atas kerusi kat tengah tapak perhimpunan. Puas?”

“Hahaha!” Gelak Akim besar.

Syaf hanya memandangnya dengan pandangan kosong. Lelaki ni memang annoying gila. Tapi kesah apa aku? Syaf menyambung mencekik.

“Mencekik lagi bagus daripada layan kau.” bebelnya lalu memasukkan nasi goreng masakkannya ke dalam mulut.

“Okey okey. Sorry sorry.” Akim menyeka air mata yang keluar dari kelopak matanya lalu memandang gadis di hadapannya itu. Kenapa kau tak pernah perasan aku yang aku suka kan kau hah?

“Apa pandang pandang? Nak kena cocok mata kau tu ke?” soal Syaf membuatkan Akim tersengih.

“eh weh, aku dengar Alif masuk kelab fotografi ? Betul ke?” soal Syaf kepada Ainiz. Tetapi senyuman dia lain daripada yang lain bila bibirnya menyebut nama alif.

Akim hanya mendengar perbualan mereka tentang Alif. Aku tak faham betul. Asal lah si Syaf ni minat dekat Alif tu. Nak kata hensem memang aku lagi hensem lah kan.

“Weh aku cabar kau.” akhirnya Akim bersuara setelah lama dia mendiamkan diri.

“cabar? Macam best aje bunyi nya.” senyum jahat diukirkan di bibir Syaf setiap kali mendengar perkataan cabar.

“Kau nak cabar kitorang semua ke?”

“Bukan korang semua. Tapi kau sorang,” kata Akim.

“Hmm apa dia?” soal Syaf dengan senyuman jahat yang makin menghiasi bibirnya.

“Kalau aku dapat buat apa yang kau cabar tu. Kau nak kasi aku apa?” tambahnya dengan kening sebelah kirinya di angkat-angkat.

“Suka hati kau. Tapi kalau kau tak dapat tunaikan cabaran yang aku bagi. Aku nak kau masakkan aku setiap hari.” kata Akim membuatkan Syaf tersenyum sinis lalu memikirkan ganjaran yang dia inginkan untuk melakukan cabaran entah apa apa dari si Akim.

“Okey, kalau aku dapat buat.. Aku nak kau jadi servant aku dan aku jadi peincess.” Syaf memberikan senyuman nakal kerana fikirannya sedang memikirkan sesuatu perkara yang jahat.

Akim berfikir sejenak lalu dia menyetujui. “Deal?”

“Deal!” sahut Syaf tanpa mengetahui lagi cabaran apakah yang akan diberikan kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience