BAB 23

Romance Completed 11622

Syaf terus pulang ke rumah selepas makan malam di rumah Datuk Hisyam dan Datin rosnah. Dia mengatur ayat menolak maaf Akim kerana hatinya sakit apabila lelaki itu sesuka hidung dia aje tinggalkan dia merindukan lelaki itu.

Sudahlah pergi tanpa beritahu malah tidak menegur dan mengendahkannya selama ini. Dia inginkan lelaki itu mengerti mengapa dia menolak maafnya tadi. Aku nak kau kejar cinta aku Akim. Kalau betul apa yang Nora dan Ainiz bagitahu aku yang kau sukakan aku.

Tombol pintu dipulas , tubuhnya mula melangkah masuk ke dalam rumah dengan kaki kanan dan salam yang dituturkan di bibir.

“Waalaikumsalam, ya sahabatku.” ternyata empat kawannya menanti kepulangan sahabat mereka yang seorang itu. Semata-mata menginginkan Syaf menceritakan segala apa yang berlaku di rumah Datuk tadi. Adakah dia setuju untuk menjadi menantu Datuk? Wow!

“No story for today.” kata syaf sebelum kawan-kawan nya membuka mulut. Aku tahulah apa motif korang berkumpul beramai-ramai kat sini.

“Weh cerita lah! Cerita lah!” bodek Nad memeluk lengan Syaf manakala Ainiz menunjukkan muka yang kesian.

“Wehh.. Kitorang nak tahu juga.” Nora pula bersuara dan Fakheerah berse

“Tak nak. T-A-K N-A-K. Tak nak.” jawab syaf yang malas melayan mereka buat malam ni.

“Alaaa alaaa alaaaa..” rengek Fakheerah seperti kanak-kanak hingusan.

“Okey fine. Nanti kitorang telefon Akim bagitahu yang kau sukakan dia.” gertak nad.

“Emm bagitahu lah. Aku buka sukakan dia pun. Dah lah , aku nak tidur.” syaf tidak gertak langsung dengan ugutan yang dibuat oleh Nad. Kalau nak bagitahu.. Bagitahu jelah. Kisah apa aku?

Mulutnya menguap beberapa kali, badannya menggeliat kepenatan walaupun hanya keluar sebentar tetapi penat duduk depan laptop tengah hari tadi tidak hilang lagi.

Kakinya melangkah ke tingkat atas untuk ke bilik. Suara mereka yang merengek-rengek dibiarkan. Lantak lah korang nak rengek sampai pagi pun.

Katil yang empuk lagi lembut di depan mata dilompat ke atasnya setelah , membuka tudung dan segala keronsang dan peniti. Telefon bimbitnya yang berada di tangannya diletakkan ke atas meja yang berada di sisi katil. Mata yang mula bermain tutup buka tutup buka hampir tertutup. Mulut yang asyik menguap ditutup dengan belakang tapak tangan. Tanpa disedari, dia sudah dibuai mimpi.

“Indah nya sungguh di hari raya~ ramai nya orang bersuka ria~” Syaf meraba-raba meja di sisinya untuk mengangkat panggilan entah dari siapa.

“Hello.” suara serak Syaf terdengar di hujung talian membuatkan bibir Akim tersenyum manis.

“Hello princess.” sapa Akim membuatkan mata Syaf terbutang luas dan segera skrin telefon bimbitnya ditelek beberapa kali. Mata nya beralih ke arah sebelah kanannya di mana ada kelibat seseorang yang dikenali sedang membaca majalah e-pop.

Nora memberikan senyuman dan menunjukkan ‘peace’. Ini mesti kes dia ni bagi nombor telefon aku kat si Akim. Aku membalas senyumannya dengan jelingan maut. Maut lah kau kat situ.

“Kau nak apa call aku memalam?” soal syaf apabila memandang sekilas jam dinding yang menunjukkan pukul 11.30 malam. Jadi aku tidur 1 jam je tadi.

“Aku rindu kau lah.” jawab nya membuatkan Syaf membuat muka tidak percaya.

“Apa masalah kau?”

“Masalah aku tu kau. Kenapa kau tak pernah cakap kat aku yang kau pun suka kat aku?”

“Apa kau merepek shima?” wajahnya membahang mendengar soalan dari Akim tetapi dia tidak menjawab malah mengembalikan soalan kepada lelaki itu.

“Syaf, I love you my princess.” bisiknya di hujung talian tetapi dapat mendengarnya dengan jelas.

Lidah Syaf kelu dengan pengakuan yang dibuat oleh Akim. Dia terdiam dan senyap. Nora memandang Syaf pelik kerana telinganya masih terlekat di telefon bimbit tetapi dia hanya senyap.

“Hello…” Akim pelik kerana tiada jawapan dari Syaf langsung.

Syaf mula berpura-pura membuat suara dengkuran kerana ingin Akim mematikan panggilan itu dan menganggap nya sudah tertidur apabila mendengar 3 perkataan dari mulut Akim.

“Emm dah tidur ke? Tak pelah.. Sleep tight my princess. I will miss you. I will love you forever even I just your servant in your eyes.” ucapnya lagi.

Tadi pipi Syaf membahang kini jantungnya berdegup kencang. Perutnya terasa kegelian kerana terasa ada beberapa ekor rama-rama yang sedang bertebangan di dalam itu. Senyuman nya terukir tanpa disedari membuatkan nora tersenyum nakal memandang nya.

“What?” soal syaf kepada sahabatnya. Telefon bimbit tadi di letakkan kembali. Dia ke tandas untuk menggosok giginya. Haishh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa jantung aku? Kenapa perut aku ni? Salah makan ke apa?

*****

“Cepatlah sikit mak cik oi!” jerit Syaf kepada sahabatnya yang lembab bersiap.

“Eleh! Sabarlah! Yang kau nak cepat cepat ni dah kenapa? Tak sabar nak jumpa si Akim lah tu.” usik Nora yang sedang menghiaskan diri.

“urgh! Tak de makna. Aku ni nak minta cuti dekat bos.” ayat syaf membuatkan nora menghentikan kerjanya untuk mencalitkan gincu di bibirnya. Serta-merta gadis yang sedang membaca novel suamiku bukan romantik tapi autistik itu dipandang.

“Kenapa?” soalnya.

“Aku rindukan sepupu aku yang baby tu. Aku nak juga cium-cium anak dia tu. Lagipun aku rindukan mak ngan bapa aku. Diorang semua balik perak sekarang ni alang-alang cuti sekolah 2 bulan. Nak juga aku jumpa sepupu-sepupu aku yang kecil-kecil tu.” jawab gadis itu tanpa memandang wajah Nora.

“Weh! Nak ikut! Nak juga balik kampung kau lagi sekali.” Nora pula yang terlebih excited sampai terlompat-lompat.

“Kalau nak ikut.. Pergi lah tanya bos kau. Kalau aku dapat lah cuti kan.. Aku nak pergi hari khamis ni. Ajak lah Nad , Fakh dengan ainiz sekali. Diorang tu tak pe. Diorang kan bisnes woman.” balasnya lalu menutup novel dan memandang wajah kawannya itu.

“Mesti datuk Hisyam kasi punya lah.” kata nora membuatkan Syaf tergelak kecil. Apa ? Kau nak bodek si Akim tu ke apa?

“Dah lah , aku tunggu kau kat bawah.” kata syaf lalu keluar dari bilik itu.

“Hehe!” gelak jahat Nora lalu mendail nombor telefon Akim.

“Hello Nora, hah mana korang?” belum sempat di’helo’kan dah tiba-tiba diberikan soalan. Tak sabar sangat nak jumpa buah hati dia tu.

“Ala lek lu. Kau tahu tak nanti syaf dah tak pergi kerja kat sana dah?”

“Hah!!!!” jerit Akim membuatkan Nora segera menjauhkan telefonnya dari telinga. Mak aih! Boleh pekak siot telinga aku macam ni. “Bila? Kenapa? Asal? Dia nak berhenti? wehh! Suruh lah dia jangan!” bertubi-tubi soalan dikeluarkan membuatkan nora tergelak.

“Hoi nyot! Bukan berhenti kerja lah. Dia nak ambil cuti je pun. Tapi aku tak tahu lah dia ambil cuti sampai bila. Dia nak balik kampung kat taiping perak.” kata nora membuatkan Akim melepaskan rasa leganya.

“Oh yeke? Alaa.. Rindu lah aku kat dia.”

“Eee! Menggatal gila kau ni. Inilah masanya kau nak ngorat syaf, monyet!” kepalanya digeleng kerana kelembapan lelaki itu. Haih!

“ha ar….”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience