BAB 13

Romance Completed 11622

Akim mengajak Syaf untuk keluar dengan untuk keluar shopping di pasar malam yang menjadi tempat kegemaran gadis itu. Pelik-pelik je princess aku ni, banyak-banyak tempat.. Pasar juga yang dia suka.

Pada mulanya Syaf menolak kerana ada sebab-sebab tertentu. Tapi bila aku kata aku nak belanja laju aje perkataan ‘nak’ dari mulut gadis itu. Hahaha!

Akim bersiap-siap awal kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan gadis yang memenuhi isi hatinya itu. Rambutnya dibetulkan beberapa kali di depan cermin. Sekejap sikat belah kanan, sekejap belah kiri. Kadang-kadang tu di tegakkan ke atas.

Akhirnya rambutnya mencacak ke atas seperti Zayn malik. Dia melihat cermin untuk memeriksa seluruh tubuhnya. Dia tahu Spm semakin hampir dan semakin hampir jugalah dia akan meninggalkan gadis itu.

Mama dan papa inginkan Akim untuk menyambung pelajarannya di London. Dia tidak tahulah bagaimana dia di sana nanti tanpa Syaf yang tidak bersamanya disisi. Pasti dia akan merindui untuk bertengkar dengan gadis itu kelak.

Patut ke aku luahkan perasaan aku sebelum aku berangkat ke London? hmm..

******

“Syaddad! Cepat lah sikit. Lembab siap.. Macam perempuan.” jeritnya menunggu adiknya yang lambat bersiap mengalahkan perempuan.

“Sekejap lah monyet. Aku ni dah lah baru bangun tidur tiba-tiba aje suruh pergi pasar.. Bla bla bla” bebel syaddad dari dalam bilik.

Syaf menutup telinganya dengan earphone. Hehe! Biasalah adik aku tu macam perempuan. Sikit-sikit nak membebel. Macam perempuan !

Akhirnya dia keluar dari bilik. Syaf mula bangun dari sofa dan memeluk bahu adiknya itu. “Eh pendek. Tak payah nak bergayut sangat dengan bahu aku k?” kata syaddad membuatkan jelingan maut dari Syaf diberikan kepada adiknya itu.

“Ye aku pendek.” malas dia nak bergaduh dengan adik dia hari ini. Yelah , kang tak pasal-pasal dia tak nak ikut aku pergi pasar. Tak memasal aku kena berjalan berduaan dengan si Akim. Iyyeeekk! Harom!

Syaf membonceng syaddad dengan motosikal kesayangannya. Almaklumlah, syaddad mana ada lesen lagi. Kang ada roadblock tak pasal-pasal kena saman. Free free je duit terbang kat situ.

Sesampai sahaja di pasar malam, orang yang pertama kali aku cari ialah Akim sebab dia ada hutang belanja dengan aku hari ni. Keke! Syaf menaip nama servant untuknya menghubungi mamat itu.

“Kau kat mana?” soal Syaf apabila suara Akim berada di talian.

“Depan kfc. Kau kat mana? biar aku datang dekat kau.”

“Aku dekat depan kedai MU ni.” Jawab Syaf lalu memutuskan talian apabila Akim bersetuju untuk mengambilnya di situ.

Syaddad dan syaf mula melabuhkan punggung di tembok yang bersebelahan dengan kedai itu. “Ngah, kau suka abang Akim er?” soal Syaddad.

“Tak. Dia tu servant aku je.” jawab Syaf yang masih keliru dengan perasaannya terhadap Akim.

Akhirnya wajah Akim muncul membuatkan perbualan dia dan Syaddad terhenti. “Kau apa khabar bro?” soal Syaddad menyapa Akim yang sudah dia anggap sebagai abangnya kerana Akim sering datang ke rumah mereka.

“Baik.” jawab akim sambil mengukirkan senyuman kepada dua beradik di hadapannya itu.

Kami mula pergi ke pasar paling panjang di tempat kami. Sepanjang berjalan kaki di dalam pasar itu. Mata masing-masing melilau melihat makanan yang bermacam rupa. Air liur yang hampir terkeluar dari mukutnya segera dilap. Hehe!

“Weh.. Kau asyik guna duit kau je beli makanan yang kau nak. Kan aku kata aku belanja?” akhirnya Akim bersuara setelah lama dia mendiamkan diri melihat Syaf membayar makanan yang dia beli menggunakan duitnya sendiri.

“Suka hati aku lah.” jawab Syaf lalu kembali fokus kepada aiskrim cawan di tangannya. Syaddad hanya menggelengkan kepala dengan perangai kakaknya itu.

Syaddad terdiam setiap kali melihat Akim yang melayan Syaf tidak seperti seorang sahabat. Aku rasa abang akim ni ada perasaan kat kak ngah la. Tapi ni mesti kak ngah langsung tak tahu. Less dense betul.

“Servant, nah angkat barang-barang ni.” suruh Syaf lalu memberikan plastik-plastik yang berisi makanan-makanan yang dibeli olehnya.

“Monster.” perli Syaddad kepada kakaknya. Apabila syaf bertemu makanan. Inilah cerita dia.

“Shut up you.” cebik Syaf.

Akim tersenyum melihat perangai Syaf yang seperti kanak-kanak riang yang baru keluar dari rumah setelah lama dikurung. Syaf berjalan ke depan bersama aiskrim di tangan manakala aku dan Syaddad membuntuti Syaf dari belakang dengan tangan yang penuh plastik.

“Bang.. Abang suka kak ngah?” soal Syaddad menghentikan langkah Akim.

Akim mengangguk dan tersenyum kepada lelaki yang baru nak meningkat dewasa. Ceh ! Macam lah aku ni dewasa sangat?

“bisik apa tu? Ngumpat aku le tu.” ngomel Syaf apabila perasan yang mereka berdua tidak mengikutinya lagi.

Akim memberikan senyuman nya lalu berlari ke arah gadis itu. Syaddad juga mula mengejar Akim untuk mendapatkan kakaknya. Mereka mula berjalan bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience