BAB 15

Romance Completed 11622

Habis sahaja waktu sekolah mereka semua mula stay sekolah untuk menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Nasib baik free , kalau tak jangan harap wa nak datang sekolah keke.

“Eh , servant kau mana?” soal ainiz mengusik Syaf yang masih tidak tahu tentang perasaan yang disimpan Akim.

“Entahlah.” jawab Syaf sepatah dan kembali fokus menjawab soalan addmaths yang menyebabkan kepala migrain.

“Wehh, apa hubungan kau dengan Alif?” soal Nad membuatkan setiap kawan-kawan nya memasang telinga.

Syaf memandang muka nad. “Tak de apa.” jawab Syaf membuatkan Ainiz dan Nora lega. Sebenarnya dia berkenan sangat kalau kawan dia itu dipasangkan dengan Akim. Akim tu dah lah baik memang sesuai lah dengan Syaf.

Syaf ni tak delah kejam sangat macam korang semua bayang kan. Dia dengan Akim memang tak sekepala, tulah pasal si syaf layan dia macam orang suruhan. Dengan kitorang dialah yang paling memahami.

“Hai syaf.” suara seorang lelaki mula menyapa membuatkan kelima-lima gadis itu memandang ke arah suara tersebut.

“Hai.” balas Syaf dengan senyuman yang manis di bibirnya.

“Alif , mana Akim?” Ainiz bertanya selepas dia mencari kelibat Akim tiada di sisi lelaki itu.

“Entah lah dia. Dia dah balik kot sebab dia kata dia tak de mood.” balas Alif lalu melabuhkan punggung berhadapan dengan syaf.

Syaf yang pula sibuk dengan buku matematik tambahan terus sahaja memandang wajah Alif. “Tak de mood? Period? Macam perempuan.” cebik Syaf lalu mencapai telefon bimbitnya yang berada dalam poket.

Alif ketawa kecil mendengar soalan Syaf. Gerak-geri Syaf dipandang. Gadis itu sibuk menelefon seseorang tetapi yang dia dapat dengar dari gadis itu hanyalah keluhan dari nya. Alif tertanya-tanya siapa yang dia telefon.

Bunyi lagu pencuri – mark adam masih lagi berbunyi tetapi diendahkan oleh Akim. Nama yang muncul dari skrin Iphone miliknya adalah nama princess. Tetapi dia hanya mampu melihat nama itu terus sahaja muncul di skrin itu kerana dia tak nak hatinya akan mudah cair apabila mendengar suaranya.

Aku sakit! Sakit sangat bila dia bagi senyuman yang tak pernah dia bagi kat aku dekat alif. Gelak tawa dia.. Arghh! Gila aku dibuatnya.

Kenapa dia tak pernah sedar dengan kehadiran aku? Haihh!

Kasut sekolah miliknya dicampak begitu sahaja di rak kasut. Dia menghempaskan pintu utama dengan geram. Hatinya terlalu sakit melihat gadisnya berbual mesra dengan lelaki lain.

“Hazran..” panggil ibunya Datin Rosnah setelah mendengar hempasan pintu yang kuat.

Alif segera memeluk ibunya itu. Anak mak katakan.

“Kenapa ni?” soal Ibu sambil mengelus lembut rambut anaknya itu.

“Ma.. Lepas spm, hazran nak terus tinggalkan Malaysia. Mama ikut tau.” kata Akim membuatkan ibunya terkejut. Bukan sebab apa, anaknya itu tak setuju dengan cadangan untuk ke london. Tiba-tiba dia pula yang nak pergi cepat-cepat.

Datin Rosnah mengangguk sahaja mendengar permintaan anak tunggal nya itu. Dia taknak tanya sekarang sebab mesti anaknya itu takkan membuka cerita.

*****
Selesai sudah peperiksaan Spm yang ditakuti ramai membuatkan setiap pelajar menjerit “Merdeka!” di setiap sudut sekolah. Ada juga yang mula bermain mercun.

“So apa rancangan Syaf?” soal Alif tetapi soalan itu langsung tidak masuk ke telinga gadis itu.

Dia aneh dan pelik kerana Akim tidak lagi menegurnya malah selalu menjauhkan diri dari nya. Apa salah aku? Tapi kenapa aku kisah? Oh.. Aku mengaku , aku dah mula rindu lelaki tu. Eh?!

“Syaf.” panggil Alif menyedarkan Syaf ke dunia yang nyata.

“Oh sorry sorry. Apa tadi?” soal Syaf menghiasi wajahnya dengan senyuman palsu.

“lepas ni dah tahu nak buat apa? Means hmm.. Macam cari kerja ke apa ke?” soal Alif membuatkan Syaf terfikir sejenak. Perbualannya bersama Alif mula bermain di benak minda.

Flashback

“Princess , lepas Spm kau nak buat apa?” soal Akim yang membawa beg sandang syaf.

“Hmm.. Kau rasa apa yang best ek? Aku pikir nak cari kerja lah. Nak cari experience.” balas Syaf dengan senyuman.
“Kalau kau nak kerja cakap tau. Aku boleh lah kerja dengan kau sekali.” balas Akim dengan gembira.

Syaf memandang Akim dengan kening yang bertaut seperti tidak percaya bahawa anak Datuk nak cari kerja? Biar betik? Ini semua gurauan semata-mata ni. Hahah!

“Kau ni cakap pakai hidung ke? Kau anak datuk. Boleh ke kau kerja jadi kuli?” soal Syaf dengan ketawa kecil.

“Sekarang ni apa? Aku jadi kuli kau kan?” perli Akim membuatkan syaf menggarukan kepalanya yang tak gatal.

“Aku lain okey. Kau kira okey aku tak suka marah marah. Kau belum kenal lagi bos bos kat luar sana. Lagi teruk dari aku tahu tak?” belagak Syaf.

“Aku rasa kaulah bos paling kejam. Beg yang ringan ni pun suruh aku angkat. Lepas tu, ada motor pun suruh aku hantar kau ke rumah. Makan pun suruh aku beli.. Bla bla blaa..” bebel Akim tetapi syaf hanya tersenyum mendengar bebelan lelaki itu.

Aik apahal aku jadi macam ni? OH MAIIIII FISHHH!
End of Flashback

Alif perasan yang syaf aneh untuk kebelakangan ini. Dia banyak termenung daripada berbual seperti dahulu. Mulutnya banyak bunyi walaupun mulutnya hanya ada satu.

“Syaf! Jom karaoke?” ajak Nad yang muncul bersama-sama yang lain.

Syaf mengangguk bersetuju tanpa menjawab soalan Alif yang tadi. 4 gadis itu terus menyeret Syaf selepas mengucapkan seleamat tinggal kepada Alif.

“Eh kau pahal?” soal Nora apabila perasan yang Syaf hanya senyap kebelakangan ini.

“Emm.. Tak de pape. Jom! Kita enjoy!” jerit syaf seperti di dalam cerita puteri yang dilakonkan oleh Nora Danish.

Mereka mula menaiki kereta Nora untuk ke harbour place. Sesampai sahaja di harbour place, masing-masing membuka cerita tentang apa yang nak dibuat selepas ini. Syaf hanya tersenyum kepada mereka yang bersemangat dengan rancangan masing-masing.

Kami memasuki bilik karaoke setelah membayar untuk sejam. Bilik itu agak luas, cukup untuk lima orang. Setiap mereka mula memilih lagu untuk dinyanyikan.

Nora mula menentukan kumpulan duet antara kami dan hanya seorang sahaja akan bernyanyi solo. Mereka nampak gembira sekali tetapi bukan syaf yang hanya mengukirkan senyuman palsu di wajahnya.

Tak tahu kenapa dengan dia hari ni. Hanya wajah Akim bermain di benak fikiran. Bunyi nada dering telefon bimbitnya mengejutkannya kembali ke dunia yang sebenar. Dia melihat siapa yang menghantarkan mesej ringkas kepadanya.

From My servant

Terpacul ayat ini di skrin Experia Z membuatkan senyuman terus terukir di bibirnya. Dia mula menyentuh untuk baca mesej tersebut. Keningnya bertaut apabila membaca mesej dari lelaki itu.
From My servat

“1 4 3”

“Apa yang dia ni merepek? Salah send mesej ke apa?” soalnya sendiri.

For my servant

Eh merepek apa kau ni? –‘ ke salah hantar mesej?

Balasnya secepat mungkin sebelum 4 ekor kawannya itu perasan yang aku tak ambil perhatian dekat persembahan diorang. Syaf menunggu dan terus menunggu tetapi tiada jawapan dari Akim membuatkan dia mengeluh berat dan terus menghiburkan dirinya dengan kawan-kawan nya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience