BAB 11

Romance Completed 11622

Tangan Syaf berkali-kali mencubit pipi nya berkali-kali apabila matanya melihat Akim dan suzan bersama. Matanya berkelip-kelip mengharapkan apa yang dilihatnya hanya lah bayang-bayang.

Hatinya terasa berat dan lutut kakinya menjadi lemah. Sakit di hati seperti dirobek menggunakan pisau berkali-kali. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana aku rasa setiap kali aku ternampak Akim berkepit dengan Suzan.

“Kak ngah! Bangun!” bunyi jeritan seorang serak lelaki menyedarkannya dari dibuai mimpi ngeri.

“Dah kenapa kau?” soal Syaf kepada adiknya yang terlompat-lompat macam monyet di katil nya membuatkan henjutan berlaku.
“Bangun! Sembahyang subuh!” jeritnya lagi tetapi masih tidak berhenti dari terus melompat.

Badan Syaf yang terhenjut-henjut dibiarkan malah menukar posisi badan untuk kembali tidur.

“Syafirahhhhhh!” jerit Ibu dari luar membuatkan Syaf serta merta menuruni katil dan menyahut panggilan ibunya seperti dia sudah lama bangun.

“Ni semua salah kau.” tak pasal-pasal adik dia yang innocent tu yang disalahkan oleh Syaf.

Adiknya hanya menjelir lidah kepada Syaf lalu berlari keluar untuk menyelamatkan diri.

“arghhhhh!” Syaf menegakkan segala tulang-tulang yang ada sambil menguap. Tuala yang tersangkut di paku ditarik lalu dililitkan di tengkuk. Kakinya mula melangkah masuk ke dalm tandas untuk membersihkan diri secepat mungkin untuk menemui Allah S.W.T.

Di depan cermin , Syaf menyangkut tualanya di tempat sangkut. Dia melihat cermin lalu melihat barisan giginya. Berus gigi yang berdiri di dalam cawan di ambil dan diletakkan ubat gigi di atas berusnya itu.

“Mimpi apa sia aku malam tadi?” soalnya kepada cermin yang memantul wajahnya sambil menggosok-gosok gigi. Mimpi tadi mula bermain di fikiran tetapi dalam sekelip mata mimpi itu menjadi kabur dan menghilang. Dia membasuh beberapa kali untuk menyegarkan kulit mukanya.

Mimpi memang macam tu. Lagi-lagi masa mimpi yang menyeronokkan, bangun-bangun ingat sikit lepas tu dalam beberapa saat dah lupa. Tapi yang Syaf ingat dia mimpikan Akim dengan Suzan, masalahnya dalam mimpi itu hati dia sakit sangat.

“Agaknya dalam mimpi tu , aku ada sakit kanser hati tak?” bisiknya sendiri lalu membuang segala ubat gigi yang sudah berbuih di dalam mulutnya.

Dia berkumur untuk membuangkan sisa-sisa yang ada lalu membuka radio yang diletakkan di atas kaca yang bebas daripada air kalau tak main bomba-bomba lah masa mandi.

Lagu Goodbye summer yang dinyanyikan oleh kumpulan f(x) ft D.O dari korea selatan mula berkumandang. Ni mesti kes si Nora tukar memory card kat dalam radio ni. Haishh! Tak pelah layan je lah. Inilah tandas campur karaoke. Hehehe!

Selepas mandi , Syaf menunaikan rukun islam yang kedua yang sudah menjadi rutin harian setiap orang Islam di dunia ini kerana kita hanya lah hamba yang lemah dan diciptakan oleh Allah yang maha Esa.

“Assalamualaikum.’ Syaf memberikan salam kepada malaikat yang berada di kanan dan kirinya lalu meraup mukanya. Tangannya mula menadah untuk berdoa kepada Allah yang maha Esa.

Seusai berdoa , syaf melipat kain telekung dan sejadah lalu diletakkan di tempat penyidai. Dia pergi ke arah telefon bimbit yang berjenama Xperia Z miliknya untuk membuka laman sosial yang sudah lama dia tinggalkan.

Syaf membuka laman sosial twitter untuk memeriksa akaun nya. “Hmm makin ramai followers aku. Hahaha ! Famous jah oi!” katanya pada diri sendiri seperti makcik makcik yang sedang bergosip.

“tapi satu pun aku tak kenal.’ katanya dengan nada suara yang annoying lalu membaringkan badannya.

“Stalk orang jom!” jeritnya lalu membuka satu persatu profile kawan-kawan yang dia kenal di sekolah.

“Hadi.. Siapa ni? Macam pernah dengar.. Lantak lah stalk jelah.” scroll scroll dan scroll itu lah kerjanya membaca setiap tweet-tweet yang ada.

“Princess and the servant?” satu profile menarik perhatiannya lalu disentuh skrin Xperia untuk membuka profile tersebut.

“Leee Akim rupanya.” keluhnya berat lalu sambung stalk si Akim yang letak nama Princess and the servant sebagai nama penuhnya.

“apak arhh! Jiwang gila siot! Hahah!” gelak syaf membaca setiap tweet-tweet Akim. Semua dalam bahasa Inggeris tetapi kalau dibaca agak sedap bunyinya. Tapi tulah , alahai semua pasal cinta.

‘@HazranAkim jatuh cinta ye bang?’ taip syaf lalu menyentuh butang enter.

Dalam beberapa saat selepas itu telefon bimbit Syaf berbunyi siulan menandakan ada yang menghantarkan tweet kepadanya.

From @HazranAkim

@Syaftheprincess asal ? Jealous? Hahaha!

Bermulalah perbualan mereka…

To @HazranAkim

@HazranAkim yelah , maklumlah kalau kau dah jumpa princess kau nanti. Kau bukan lagi servant aku. XD

From @HazranAkim

@Syaftheprincess ececeh, kalau kau jealous aku boleh jadi prince kau. Kalau kau nak lah.

“apa merepek si Akim ni?” bisiknya sendiri setelah membaca tweet Akim kepadanya. Tetapi hatinya lain pula, terasa sesuatu yang aneh yang muncul di hatinya. Perutnya seperti ada rama-rama yang terbang di dalam. Bibirnya mengukirkan senyuman tanpa disedari.

To @HazranAkim

@HazranAkim apa kau merepek ngek? Kau memang nak cari gaduh ngan aku er? Belasah kang.

Di rumah Hazran Akim.

Setelah menghantar tweet “@Syaftheprincess ececeh , cakap jelah kau sedih sebab aku tak jadi prince kau.” Akim merasakan jantungnya berdegup kencang semasa menunggu jawapan dari Syaf.

Err! Akim! Kenapa kau ni kecut sangat hah? Kenapa kau tak terus terang je? Haih!

“beep beep!” bunyi Iphone 5s nya yang terbaring meniarap di atas katil selepas dicampak Akim.
Akim mengambil nya dengan tangan yang menggeletar. Dia mencapai iphone itu sambil matanya tertutup dan dengan perlahan dia membuka kelopak matanya.

From @Syaftheprincess apa kau merepek ngek? Kau memang nak cari gaduh ngan aku er? Belasah kang.

Tweet yang dibalas oleh syaf membuatkan dia mengeluh lalu mencampakkan kembali Iphone yang tidak bersalah itu di atas katil. Akim juga mencampakkan badannya ke atas katil selepas itu tanpa membalas tweet Syaf.

Kembali kepada Syaf..

Sudah 10 minit dia menunggu tweet Akim tetapi tiada respon darinya. Sudah 3 game dia main sementara menunggu lalu dicampaknya telefon bimbit itu ke atas katil dan dia bangun dari terus baring.

Dia keluar dari bilik untuk menemui ibunya yang berada di dapur. Nak tolong masak sekalì. Maklumlah aku bukannya princess yang duduk di dalam istana. Rumah aku tak sebesar mana , cukuplah untuk kami sekeluarga.

“Assalamualaikum mak.” salam diberi lalu memeluk Pn Hani dan sebuah ciuman mendarat di pipi wanita yang sudah berusia dalam 40-an itu.

“Waalaikumsalam. Ni cium orang ni, gigi tu dah gosok ke?” soal Pn Hani kepada anak keduanya itu.
Sya mengangguk tetapi masih lagi tak melepaskan pelukannya itu. Kepalanya diletakkan dibahu Pn. Hani. Ni lah anak dara aku sorang ni. Manja betul.

“Hai ngah? Dah tua bangka pun manja lagi?” soal adik lelaki syaf yang mengejutkannya pagi tadi. Namanya Syaddad , umurnya dah masuk 15 tahun tapi suka nak mengusik Syaf.

Syaf melepaskan pelukannya lalu menjeling ke arah adiknya itu. “Tak pelah. Dengan mak je pun bukan dengan kau. Blekk!” lidah dikeluarkan dan diberi hadiah kepada adiknya itu.

“eeee! Kau nak memanja dengan aku? Err! Geli-geleman dibuatnya.” wajah kegelian dibuat.
“Siapa nak memanja dengan kau? Eeeyuu! Aku pun tak hingin ok?” masing-masing tak nak mengalah membuatkan pn . Hani menggelengkan kepala melihat kedua-dua anaknya itu.

“Sudah sudah lah tu, engkorang ni kalau pagi-pagi tak memekak tak boleh kan?” bebel Pn. Hani tetapi anak-anaknya masih lagi berlawan menjelir lidah dengan satu sama lain.

“Mak, bapak mana?’ soal Syaf kepada ibunya selepas penat bermain lidah dengan adik nya.

“Pergi meniaga lah. Takkan lah nak tunggu korang dua? Sampai tegak matahari baru nak nampak muka.” balas ibu memerli mereka berdua tetapi langsung tak berkesan di dalam hati mereka kerana Syaf dan adiknya masing-masing menunjukkan sebaris gigi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience