BAB 19

Romance Completed 11622

Pagi yang indah dengan sinaran matahari yang hampir menegak ke langit. Syaf keluar awal untuk ke kedai bunga sebelum pergi ke pejabat. Alang-alang hari ini aku bangun awal , baik aku pergi beli bunga seperti yang disuruh bos.

Syaf mencari parkir kereta untuk meletakkan kereta myvi kesayangannya. Kakinya melangkah keluar dari perut kereta setelah mendapatkan parkir. Tudung bawalnya diperbetulkan sebelum menunjukkan wajahnya di mata orang.

Setelah membetulkan tudungnya, kakinya melangkah laju ke kedai bunga yang terletak dalam sebaris kedai-kedai yang masih belum buka kerana jam masih menunjukkan pukul 7.40pagi.

Nasib baiklah kedai bunga tu buka. Aku malas nak keluar tengah hari semata-mata nak membelikan bunga buat anak Datuk yang bakal mengarahkan syarikat yang megah berdiri di tengah-tengah kuala lumpur.

“Kak… Bunga apa ek sesuai untuk lelaki?” soalnya malas untuk memilih bunga sebab aku ni bukan tahu menahu pun pasal bunga-bunga ni. Baik aku suruh minah bunga depan aku ni pilihkan bunga untuk aku.

“Kalau lelaki.. Bunga..” belum sempat dia menghabiskan ayat. Syaf segera memotongnya dengan menyuruhnya terus memilih bunga itu untuk nya supaya dia boleh terus membawa ke pejabat.

“Oh..” angguknya lalu melakukan kerjanya.

Mata Syaf meliar-liar melihat pelbagai bunga yang disusun rapi di kedai tersebut. Kakinya berhenti melangkah apabila ternampak seorang wanita yang berdiri di luar kedai bunga ini dengan kerutan di dahi.

“Assalamualaikum.” sapa Syaf untuk menarik perhatian wanita itu. Mula-mula takut juga nak menegur. Yelah sekarang ni dah macam-macam dengar pasal kes-kes yang diluar jangkaan.

“Waalaikumsalam.”Balasnya memberikan senyuman.

“Kenapa ni kak?” soal syaf memanggil wanita yang berusia dalam lingkungan awal 50an dengan panggilan kakak kerana tak nak dia terkecil hati.

“Hmm .. Tu hah kereta tiba-tiba aje rosak buat hal. Saya tak tahu nak telefon siapa sebab driver saya tu ambil anak saya kat airport sekarang ni.” jawabnya.

“Oh ye ke? Saya pun tak berapa tahu sangat pasal bab-bab kereta ni.” kata syaf. Anak mata nya kejap bergerak-gerak dah dahinya mula berkerut mencari idea bagaimana dia boleh bantu kakak ini.

“Kak, bunga dah siap.” panggil pekerja kedai bunga tersebut.

Syaf mengangguk dan meminta izin sekejap untuk membayar bunga tersebut. Selepas sahaja menghulurkan duit kepada gadis penjual bunga itu, syaf kembali kepada kakak itu setelah mendapat idea.

“macam ni lah. Syaf hantar kakak pergi ke tempat kakak nak pergi. Kereta ni nanti saya telefon kawan saya suruh bawa ke bengkel.” kata syaf. “Jangan risau saya ni baik.” tambahnya lagi dengan sengihan apabila tidak dapat respon dari wanita itu.

Akhirnya wanita itu bersetuju dengan bantuan yang diberikan oleh syaf. Syaf menelefon Amir yang memiliki bengkel. Tidak lama kemudian Amir datang dengan kereta tarik untuk membawa kereta itu ke bengkel.

Syaf dan kakak mula ke arah kereta myvi Syaf. “Maaf lah kak, kereta saya kecil je.” kata Syaf kerana serba salah dengan wanita itu. Yelah , tengok kereta dia tadi pun buat Syaf ternganga. Kereta Peugeot tu der! memang jauh beza beribu batu dengan kereta myvi aku . huhu.

“Tak payahlah panggil saya kakak. Pelik sangat bunyi nya. Kamu tu macam sebaya anak saya. Panggil aje mak cik rosnah.” katanya memperkenalkan diri membuatkan syaf menghadiahkan senyuman.

Bunga di tangan diletakkan di tempat duduk berlakang. Mak cik Rosnah hanya melihat gerak geri gadis itu sehingga membuatkan dia tersenyum simpul.

“Untuk pakwe ke?” soal Mak cik rosnah membuatkan Syaf tergelak kecil.

“Tak ade lah. Ni untuk anak bos. Takkan lah untuk pakwe pula. Sepatutnya pakwe tau yang bagi saya bunga.” balas syaf dengan gelak tawanya.

“Ha ar ye tak ye.” setuju Mak cik rosnah dan ikut Syaf ketawa sekali.

“Mak cik Rosnah nak ke mana?” soal Syaf selepas menghentikan gelak tawa mereka berdua dan mula menghidupkan enjin kereta.
“Hantar je lah ke rumah. Niat nak ke KLIA 2 rindukan anak lah katakan.” jawabnya.

“Oh ye ke? Tak pelah saya hantar sekali ke KLIA sana. Lagipun saya masuk lambat pun tak pe hari ni.” senyum Syaf. Habislah Azam aku tahun ini..

“Takpe ke ni? Tak menyusahkan ke? Minyak macam mana?” soal Mak cik itu bertubi-tubi.

“Tak pe. Lagipun saya yang nak tolong.” senyum Syaf lalu gerak keluar dari tempat parkir kereta.

Sepanjang perjalanan , mak cik rosnah banyak menceritakan tentang anaknya itu. Kadang-kadang membuatkan Syaf ketawa kecil mendengar celoteh mak cik itu.

Wajah ibu mula muncul dibenak Syaf. Rindunya kepada ibu semakin meningkat setelah mendengar cerita Mak cik Rosnah. Apa khabar lah ibu ye?

Walaupun setiap malam Syaf menelefon ibu tetapi masih lagi rindunya itu tidak terbalas selagi dia tidak dapat memeluk dan mencium pipi tembam ibunya itu.

“Syaf ni lahir kat mana?” soal mak cik rosnah.

“Lahir kat pelabuhan klang. Cari kerja kat sini.” jawab Syaf yang masih fokus kepada jalan raya yang mulai sibuk dengan kenderaan.

“Lah ye ke.. Mak cik dulu pun duduk sana. Kecilnya dunia.” kata Mak cik rosnah.

“Oh ye meh? Haha! Entah entah kita pernah jumpa tak?” Teka Syaf.
“Hmm agaknya lah.”

Akhirnya sampai juga di KLIA setelah 20 minit mengambil masa ke sini. Syaf menghulurkan tangan untuk menyalam mak cik itu.

“Tak nak jumpa anak mak cik dulu ke? Mana lah tahu berkenan ke?” soal mak cik Rosnah membuatkan Syaf tergelak kecil.

“Tak pelah mak cik. Saya ada urusan lain. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi. Kalau betul ditakdirkan saya jadi menantu mak cik , tak ke mana pun. Haha” gurau syaf selepas mencium tangannya.

Mak cik rosnah hanya tersenyum simpul mendengar ayat gadis itu. Wang dikeluarkan dari beg dompetnya untuk dihulurkan kepada Syaf tetapi dengan segera gadis itu menolaknya membuatkan wanita itu tersenyum lebar.

“Kalau perlukan bantuan jangan segan silu telefon mak cik ye?” kata Mak cik rosnah selepas menghulurkan kad kerjanya sebagai pemilik butik lalu meninggalkan Syaf selepas mengucapkan terima kasih berulang kali.

Syaf membaca kad itu. Matanya terbeliak apabila mengetahui wanita yang dia panggil kakak atau makcik itu adalah seorang Datin. “Oh! Kau memang bengong Syaf.” kutuknya sendiri lalu masuk ke dalam perut kereta.

Syaf mula meletakkan kad itu ke dalam dompetnya dan mula memandu keluar dari tempat itu.
Habis ulang tayangg….

Sejak aku tahu yang dia Datin. Tiada lagi kata panggilan sebagai kakak mahupun mak cik. Aku hanya lah semut merah!

“Hmm tak nak sarapan kat rumah mak cik dulu ke?” soal Datin Rosnah berulang kali. Walaupun Syaf memanggilnya Datin tetapi tetap dia mengenalkan diri nya sebagai mak cik.

“Tak pelah Datin. Lain kali sahaja sebab takut manusia-manusia yang kat rumah tu kebuluran tak de makanan.” balas syaf yang memaksudkan 4 orang sahabatnya yang berada di dalam rumah.

Datin rosnah sedih sedikit apabila pelawaannya ditolak tetapi dia memahami situasi gadis itu. Gadis itu menyalam tangannya lalu meminta diri untuk pulang.

Datin rosnah tersenyum melihat gadis itu sehinggalah bayang-bayang gadis itu hilang dari anak matanya. “Kalau lah budak tu jadi menantu aku?” monolognya sendiri.

Tak lama daripada itu anak lelakinya muncul untuk membawa ibunya pulang ke rumah.

“Kau lah ni. Lambat sangat. Kan dah tak dapat jumpa bidadari.” perli Datin Rosnah membuatkan anaknya menggaru kepala yang tak gatal.

Lelaki itu menghulurkan bantuan untuk mengangkat setiap plastik yang dibawa oleh ibunya yang nampak gembira sekali. “Ma, ma okey tak ni?” soal Lelaki itu dengan kening yang bertaut.

“Okey lah hazran. Ma nak cari siapa perempuan tu.” jawab Datin rosnah membuatkan lagi dahi Akim berkerut.

“Perempuan mana?” soal Akim lalu matanya meliar-liar mencari gadis yang disebut-sebutkan ibunya dari semalam lagi.

Datin Rosnah hanya memberikan senyuman kepada anaknya yang kebingungan itu lalu terus pulang ke rumah. Sesampai sahaja dirumah, barang-barang yang dibeli di pasar tani tadi diangkat Akim dan diletakkan di atas meja dapur.

“Hazran dah ada calon dah untuk jadi isteri?” soalan Datin Rosnah membuatkan Akim hampir tercekik roti sambal ikan bilis itu. Apa tiba-tiba mama ni?

“Apa mama ni? Kan mama tahu yang Hazran malas nak cerita pasal perempuan. Hazran still muda lagi lah ma.” balas Akim mencari alasan. Gadis yang pernah menjadi cinta pertamanya mula muncul di minda membuatkan dia mengeluh berat.

“Alaa, kamu ni.. Sikit-sikit muda lagi. Sikit-sikit muda lagi. Mama ni yang dah tua tahu tak? Mama nak juga dukung cucu mama sebelum mata ni tertutup.” bebel mama membuatkan Akim menjadi serba salah.

“hmmm.. Habis tu ma nak Hazran buat apa?” soal Akim yang melihat ibunya yang mengimpikan seorang cucu. Maklumlah rumah ni dah lama sunyi. Papa sibuk dengan kerja dia. Aku pula dah mula sibuk nak ambil alih kerja papa.

Datin Rosnah memberikan senyuman kepada anak nya yang sorang itu. Membuatkan Akim tak sedap hati. Aduh! Apa pula lah rancangan mama ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience