BAB 16

Romance Completed 11622

7 tahun kemudian….

Jam tangan dilihat beberapa kali ketika dia tersekat di dalam kesesakan lalu lintas. “Haih! Serabut betul lah! Ni lah KL. Kalau tak sesak tak boleh. bla bla bla..” bebelnya sambil menekan hon kereta honda miliknya.

Suara bebelan orang sebelah boleh memecah masuk ke dalam kereta Syaf membuatkan gadis itu menggelengkan kepala. “Bising aje.” bisiknya mengkritik orang sebelah yang masih lagi tak putus asa menekan hon kereta.

“Lelaki dibunuh kerana bising menunggu kesesakan lalu lintas. ” bacanya tajuk besar di dalam suraT khabar. Hah elok sangatlah tu, memang kena dengan kes orang sebelah ini.

Setelah lama menunggu, akhirnya dia terlepas dari kesesakan lalulintas membuatkan dia tersenyum bahagia. “I’m free!” jeritnya di dalam kereta.

Sesampai sahaja di sebuah bangunan yang megah berada di depan matanya itu, dia memasuki bangunan tersebut selepas menilik jamnya buat kali terakhir. “Lambat 20 minit. Okeyyy.” ngomelnya pasrah.

Dia mula berjalan selamba tanpa gelabah ke tingkat di mana pejabatnya berada. Kakinya mula berhenti melangkah setelah sampai di pejabatnya. Setiap mata menumpu ke arah gadis yang berbaju kurung dan bertudung bawal yang sedang tersenyum menegur sapa,

“Ehem!” seorang lelaki berdehem membuatkan dia terus sahaja menegakkan tubuhnya lalu memusingkan badannya untuk melihat gerangan siapakan yang sakit tekak pepagi ni. Hahaha!

“Hai Paan. Bos mana?” soal Syaf sddikit lega. Dia fikirkan yang berdehem tadi tu bos dia,

“Bos belum sampai lagi. Tak tahu lah pula pasal apa.” jawabnya membuatkan Syaf terlompat-lompat mengalahkan monyet dan mula berhenti serta-merta apabila dia perasan yang setiap mata memandang ke arahnya. Syaf menunjukkan senyuman sumbing kepada mereka lalu masuk ke dalam bilik pejabat nya seorang.

Bukan nak belagak ke apa. Kini aku dah jadi akauntan tahap yang paling tinggi tapi masih lagi seorang kuli. Tu yang sedih tu. Huhu

Komputer meja syaf buka. Alang-alang tengah free ni baik aku layan cerita Filipina, Temptation of wife. Keke.. Tetikus berwarna merah jambu itu digerakkan ke kiri ke kanan untuk mwmbuka fail video.

“aku tengok episod berapa erk hari tu?” monolognya sendiri lalu memeriksa setiap episod untuk mengetahui episod mana yang belum dia tonton. Episod 80 ditekan dan dia mula bersandar ke kerusi pejabatnya. Drama pun bermula…

“Weh Syaf.” panggil seorang gadis yang sangat Syaf kenal dari bangku sekolah lagi. Dah lah tak bagi salam masuk pejabat aku. Potong steam pula tu.

“Hmm pe dia Nora?” soal Syaf lalu menekan butang pause dan memandang Nora yang sudah duduk di kerusi yang terletak di hadapan mejanya.

“Kau bukan keluar rumah awal ke pagi tadi?” soal Nora kawan serumah Syaf. Alhamdulillah , persahabatan kami masih kukuh seperti dahulu. Duduk serumah tetapi tempat kerja lain-lain kecuali Nora dan Syaf.

“Tadi ada benda yang jadi. So aku ter… Ter.. Okey? Terlambat.” jawab SyaF yang mula menanam azam untuk datang awal setiap tahun. Dah berubah…

“Oh..” mulutnya membentuk huruf ‘o’ dan menganggukan kepala.

“Kau nak tahu tak? anak pengarah syarikat ni dah balik Malaysia setelah sekian lama menyambung pelajarannya di London. Sebab tulah bos kita tu tak de hari ni.” sambung Nora seperti selalu.. Seorang gadis yang penuh dengan gosip.

“oh ye ke? Alhamdulillah.” ucap Syaf dengan tangannya ditadah lalu diraupkan ke muka.

“Apahal tiba-tiba alhamdulillah?” Soal Nora pelik.

“Baguslah dia masih ingat di mana tanah airnya.” kata Syaf membuatkan Nora menjulingkan anak matanya ke atas.

“Alaaa kau ni tak best langsung lah. Kau tak nak tahu ke lelaki tu hensem ke tak?”

“Buat apa? Malas… Aku ni tak lama lagi nak kahwin..” jawab Syaf membuatkan Nora terkejut. Matanya terbutang luas mendengar pengakuan kawannya itu.

Setelah beberapa saat Nora membutangkan matanya, Syaf yang pada mulanya membuat muka serious terus meletuskan ketawa yang agak kuat.

“Eh bengong.. Aku gurau jelah. Kalau aku nak kahwin siapa calon dia? Hahahaha!” gelak Syaf dengan suara nyaring sambil menepuk-nepuk meja.

Nasib baik pejabatnya itu boleh kata kalis suara. Haishh! Tak macam princess betul. –‘

“bangang lah hang ni. Buat aku cuak je. Pikirkan kau nak kahwin dengan Alif. Maklum lah dia dah luahkan perasaan dia kat kau.” usik Nora.

Syaf menghentikan ketawanya. Ye , Alif pernah meluahkan perasaan cintanya terhadap ku tetapi aku menolak kerana aku rasa hati aku sudah ada orang memilikinya. Aku menolak perasaan Alif dengan baik. Alif menerimanya dan masih lagi bersahabat dengan ku seperti dahulu.

“Aku bunuh kau jap gi. Yang kau tu? Dah ada calon belum?” soal syaf menukar topik.

“Aku dah ada dah. Anak bos ni lah. Aku nak ngorat.” kata Nora membuatkan Syaf sekali lagi meletuskan ketawanya.

“Tak payah lah berangan wehh.. Kita ni orang biasa-biasa aje.. Takkan lah anak bos tu nak kahwin dengan kita ni. Tu hah si shah tu minat kat kau. Apa lagi? Dia tu boleh kata hensem juga lah.” mula dah si syaf ni nak memperkenalkan si shah yang nerd dan banjir.

“Whatever. Malas ar nak bual ngan kau ni.” malas dia melayan kawan nya yang sekor ini. Terus sahaja dia keluar dari pejabat gadis yang masih ketawa tak henti menahan sakit perut.

“Alahai…” air mata yang keluar dari kelopak matanya diseka. “Lawak! Lawak!” kepalanya digeleng. Video tadi dimainkan semula untuk ditonton.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience