BAB 24

Romance Completed 11622

Entah kenapa Datuk Hisyam memberikannya cuti sepanjang mana yang syaf suka termasuk juga nora. Nak terkeluar juga gigi aku tersenyum masa dia cakap tadi. Ada pape ke?

Syaf menyimpan sesikit baju yang boleh kerana dia tak suka bawa banyak-banyak baju. Ala lagipun kat sana nanti aku boleh pinjam baju bibi(ibu saudara) yah.

Kain batik sehelai, baju t-shirt dah. Seluar dah. Tudung dah.. Hemm apa lagi ek? Oh ye! Tuala! Syaf mula mencari-cari tuala di dalam almari, Nora dan lain-lain juga sibuk mengemas baju masing-masing. Diorang bawa baju bukan main. Macam nak pindah rumah kata ko!

Akhirnya selesai sudah menyimpan baju-baju. Sementara syaf menunggu kawan-kawan nya siap mengemas. Dia duduk di hadapan televisyen untuk menonton cerita yang ditayangkan pada pukul 2 petang.

Dia berhenti menekan butang-butang alat kawalan jauh apabila siaran astro warna menayangkan ulangan maharaja lawak tahun lepas. Kini giliran jambu untuk membuatkan penonton tidak kering gusi. Syaf ketawa apabila ‘punch line’ jambu menjadi.

Syaf memandang ke tangga setelah terdengar bunyi tapak kaki dan beg roda. Kawan-kawannya masing-masing sudah siap menyimpan baju. Kunci kereta Nad di ambil. Nak menjimatkan duit. Tak payah nak guna kereta banyak-banyak sebab kereta Exora miliknya cukup untuk 5 orang. Kereta aku je kecil.. Aku sedar! Huhu

Beg-beg diangkat masuk ke dalam bonet kereta dan Nora disuruh memandu setelah menjadi seorang yang janggil semasa bermain lat tali lat tali tam plom.

Nad memberikan tepukan langit dengan Syaf manakala Ainiz dan Fakheerah. Nad duduk di hadapan sekali. Fakh , syaf dan ainiz duduk di tempat kedua. Yang belakang sekali tu untuk letak beg berguni-guni diorang ni.

“Wehh embah(nenek) kau tahu tak yang kitorang balik kampung kau sekali ni?” soal ainiz. Ceh! Cakap macam baru pertama kali ke kampung si syaf je. Hehe! Padahal pernah kot meredah masuk kampung dia sebab rumah kampung nenek dia boleh tahan besar. Haha!

“Tahu. Aku dah mesej bapak aku suruh bagitahu nenek aku.” balas syaf.

Radio dibuka oleh Nad. Siaran Radio Hotfm mula berkumandang di dalam kereta. Bermacam-macam lagu dimainkan oleh stesen radio tersebut. Mulut masing-masing terkumat-kamit mengikut lirik lagu yang dimainkan. Walaupun pun tak tahu , bantai ajelah.

Setiap satu jam, pemandu akan ditukar melalui urutan lat tali lat tam plom tadi. Kini Ainiz pula mengambil alih. Sehinggalah ia nya dipandu oleh Syaf yang menjadi orang terakhir. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam dari KL. Kalau dah singgah sana sini memang makan masa lama sikit lah kan.

Jam menunjukkan sudah masuk pukul 9 malam, nasib baik lah tadi dah sempat solat jamak qasar takdim maghrib dan Isyak di R&R. Syaf memberikan salam kepada tuan rumah kayu tambah batu itu. Terdapat banyak kereta yang di parking di depan rumah nenek.

“Hmm! Cuti ni mesti best gila!” jerit Syaf apabila mendapati kereta-kereta tersebut adalah milik adik beradik kepada ayahnya. Semua ada hah! Cuti sekolah lah tu!

Seorang wanita yang lanjut usianya membukakan pintu membuatkan Syaf memeluk dan mencium kedua pipi wanita itu. “Assalamualaikum Embah!”

Wanita itu membalas pelukan cucunya itu dan diikut dengan 4 gadis yang mengikut cucunya ke kampung. “Apa khabar kamu semua ni?” soal embah kepada mereka berlima selepas menjawab salam cucunya yang seorang itu.

“Sihat alhamdulillah embah.” balas mereka serentak lalu masuk ke dalam rumah batu tambah kayu itu.

Setiap manusia yang berjantina wanita di salam dengan mesra. Sepupu-sepupu syaf memang ramai. Berdozen-dozen! Masing-masing kecil-kecil lagi sebab bapa syaf adalah anak sulung dan mempunyai adik beradik yang ramai.

Inilah masanya dia merasa hidup di kampung, kerana antara kawan-kawan syaf sudah tiada kampung lagi. Tidak seperti Syaf yang masih mempunyai kedua atuk dan nenek.

Syaf mula memeluk dan mencium pipi emak dan bapanya sehingga meleleh air mata dia. Padahal baru beberapa minggu tak jumpa. Si Syaf ni memang manja ngan mak dia kalau korang nak tahu. Adik nya syaddad juga ada tapi tak habis-habis mengejek Syaf ‘ciwek’

“Diam arh!” jerit syaf lalu menjentik dahi Syaddad. Sehinggakan syaddad terjerit kecil. Jentikkan Syaf bukan main-main , boleh merah kot.

“Kak syaf! Kak nad! Kak Ainiz! Kak fakh! Kak Nora! Makin cantiklah,” puji sepupu Syaf yang bernama fauzana yang sudah berusia 17 tahun. Dah habis spm! Teringat kitorang masa spm dulu haha.

“Terima kasih. Nana pun makin cantik dan makin matang.” balas Syaf dan disetujui yang lain.

Nad sibuk dengan telefon bimbitnya. Eleh! Tengah text abang aku lah tu. Entah bila entah start bercinta dengan abang aku.

“Assalamualaikum.” suara abang Syaf iaitu Hakimi membuatkan kami sekeluarga membalas salam lelaki itu.

Syaf menyalami dan mencium tangannya lalu mendongak untuk melihat wajahnya. Matanya terbutang apabila terlihat kelibat Akim ada dibelakang abang. What?!

“weh bang! Kau tampar aku sekarang!” suruh Syaf membuatkan kening abangnya bertaut.

“Huh?”

“Tampar ajelah.” suruh syaf lagi. Kali ini Abangnya tersenyum lalu mendaratkan tapak tangannya di pipi syaf. Tak kuat tak perlahan, sedang-sedang aje.

Yang lain-lain yang faham kenapa Syaf meminta dia ingin ditampar tergelak kecil dan menggelengkan kepala.

“Apahal kau ada kat sini?” soal Syaf kepada lelaki yang berkopiah dan berkain pelikat itu.

“dia tetamu kat rumah ni lah syaf.” kata Pn. Hani.

“Err…” Syaf terdiam dan malas nak melayan lelaki itu yang tengah tersengih. Ini mesti salah sekor member aku bagitahu yang aku nak duduk sini. Aku kerat 14 korang ni kang!

Syaf mula menarik mereka ke bilik kosong yang ada. Nasib baiklah ada lagi satu bilik kosong. Ala lelaki suka hati je boleh tidur mana-mana. Tidur kat luar rumah pun tak kisah.

Tudung dibuka dari terus melekat di kepala. Mata diejlingka kepada semua kawannya itu. Mereka seperti biasa membalasnya dengan muka toya. Oh come on! Aku nak cuti ni jadi paling best!

Dia malas nak berkelahi sebab bergaduh bukan lah dirinya. Dirinya adalh cool and chillex. Lek syaf! Lek! Buat macam biasa. Syaf mengambil tuala dan baju-bajunya.

“Korang tak mandi ke?” soal Syaf kepada kawan-kawannya itu.

“Kau nak kitorang mandi ngan kau ke apa?” soal Nora.

“hah jomlah. Mandi dengan aku. Kalau dah tak de dara jangan tanya aku.” kata Syaf mengusik kawannya dengan soalan Nora tadi.

“iyeeeekkk! Gatal!” Nora menjauhkan diri dari Syaf manakala yang lain ketawa melihat wajah Nora yang kegelian.

“Eh ngengg. Rumah nenek aku ni ada 5 tandas lah. Belakang ada , atas ada, kat bilik nenek aku ada, luar ada , tepi tangga tu pun ada. Suka korang lah nak guna tandas mana.” geleng kepala dibuatnya dengan kawannya itu. Lupa lah tu rumah nenek aku ni semua ada. Nak mandi sungai pun ada. Tapi kena naik basikal lah ke sana.

“ha ar lah, aku lupa hehe.” gelak nad dan yang lain-lain dengan penyakit lupa diorang. Syaf mula keluar dari bilik dengan kain tuala yang menutup kepala.

Dia terus ke tandas yang berada di bilik nenek. Nenek nya membukakan lampu tandas setelah syaf mencari-cari suis lampu tandas itu. Pelupa aku ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience