BAB 9

Romance Completed 11622

Akim menerima setiap duit yang dihulurkan oleh mereka dan mula berjalan keluar dari perpustakaan dengan senyuman di bibir. Dia gembira sangat bila nampak Syaf tersenyum macam tu dekat dia! Haish!

Senyuman Akim serta merta mati apabila suzan datang mendekati nya dan memegang tangannya. Akim mencuri pandang ke arah syaf untuk melihat dia cemburu atau tak tetapi Syaf tersenyun dan melambaikan tangan kepadanya lalu kembali bersembang dengan Nad.

“Lepas lah.” marah Akim membuatkan Suzan melepaskan tangan Akim.
Syaf! Kenapa kau tak de perasaan kat aku? Hmmm…

“Eh kau tak jeles ke Suzan dekat dengan servant kau?” soal Fakheerah.

“buat apa? Suzan tu aku tengok okey apa. Lawa, pandai.. Sesuai lah tu dengan si Akim yang diidam-idamkan oleh korang semua.” jawab Syaf dengan senyuman di bibir.

“Betul?” soal Nora pula untuk mendapatkan kepastian.

“Apa korang merepek hah? Eleh , kau macam tak kenal aku? No man , no problem , no pain , no gain , no stress , no cry.” Prinsip Syaf setiap kali ditanya tentang lelaki padahal dia tak pernah pun couple. Haha! Tak experience tapi dapat rasa. Macam mana tu?

“Cinta monyet.” Nad bersuara dengan nada yang agak rata.

“Nad sentiasa kering. Hahaha!” Gelak mereka semua mengenangkan perangai nad yang hati batu. Dia lagi lah, hari tu wish birthday orang tak de perasaan langsung. Muka blank lepas tu wish. Memang kena bahanlah.

Dalam beberapa minit selepas itu , akim datang membawa makanan yang dibeli di lori yang menjaja di luar sekolah.

“Thanks akim.” ucap yang lain kecuali Syaf yang memberikan senyuman manisnya kepada lelaki itu.

Syaf seorang gadis yang boleh dikatakan cantik luar dan dalam tetapi disebabkan dia ni jenis yang kurang sosial dan selalu buat hal sendiri kat sekolah tidak ramai yang perasan kewujudannya. Dia akan menjadi peramah bila dengan orang yang rapat dengan dia. Cuma kadang-kadang tu je dia masuk air tiba-tiba akan menjadi seorang peramah.

Matanya bulat yang dihiasi dengan anak mata yang berwarna coklat cair. Bulu matanya agak lentik walaupun tidak memakai sebarang alat solek di atasnya. Senyuman itulah yang menjadi alat solek yang paling cantik baginya. Sikapnya agak kasar sedikit tetapi kadang-kadang mengalahkan perempuan.

“Hoi!” jeritan suara Syaf menghentikan lamunan Akim.

Ya allah! Kenapa aku ni? “Huh apa dia?” soal akim berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

“kau tak makan ke ngek? Kalau tak , bagi aku.” kata syaf memperlawa dirinya untuk memakan makanan yang berada di hadapan Akim.

“kau nak ke?” soal Akim lalu menolak bekas makanan itu kepada syaf. Berkerut dahi Syaf dibuatnya melihat akim yang berkelakuan aneh. Dahlah tersengih aje dari tadi masa termenung.

“Aku gurau je lah tonyot. Makan lah kau. Nanti perut masuk angin.” kata Syaf menolak kembali bekas makanan tersebut kepada Akim. Sekali lagi, Akim memberikan senyuman yang ‘creepy’ untuk Syaf.

Apa masalah mamat ni do? Seram aku dibuatnya. Naik bulu roma aku. Hui, seriau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience