BAB 14

Romance Completed 11622

Selepas tamat waktu mata pelajaran Sejarah masing-masing menguap kerana ngantuk menahan mata untuk terus terbuka. “Ngantuknya!” jerit Syaf sambil menggeliat.

“Tahu tak pe! Haih! Bila lah aku ni nak minat dekat sejarah?” soal Ainiz kepada diri sendiri. Fakheerah yang sebagai pelajar yang meminati subjek itu hanya menggelengkan kepala melihat muka kami yang semua macam zombi kampung pisang setiap kali subjek sejarah.

“Princess!” sapa Akim yang masuk ke kelas Syaf. Dah lah tak dijemput tapi dia dimaafkan kerana datang bersama Alif.

“Yo Alif.” tegur Syaf tanpa membalas kembali sapaan Akim.

“Hai.” senyum Alif dengan senyuman manisnya. Tangannya yang memegang kamera jenama canon di dekatkan ke muka lalu menangkap gambar muka syaf.

“Malu lah aku.” kata syaf seperti malu-malu kucing.

Akim hanya diam melihat mereka berdua dengan sakit yang berbekas di hati. Ainiz dan Nora perasan muka Akim yang mula bertukar muram tapi mereka hanya sengih sama sendiri.

Nad dan Fakheerah pula menyertai perbualan Alif dan Syaf yang nampak rancak sekali. Hummmm! Ada yang cemburu. Hahaha!

“Akim..” panggil nora seperti berbisik.

Akim memandang nora dan Ainiz selepas namanya dipanggil. “Kau suka Syaf?” soal ainiz.

“Kau jangan risau. Aku rahsiakan dari Syaf” sambung Nora selepas Akim menunjukkan muka terkejutnya. Akhirnya Akim mengaku dengan mengangguk dan mata kami semua ke arah Syaf dan Alif.

“Hahaha! No wonder lah si Akim ni suka sangat berkepit dengan SyaF walaupun sebagai servant. Hahahaha!” gelak hati Nora. Ainiz pula memberikan pandangan yang gatal kepada Nora dan Nora juga membalas kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience